Hari ini, hari pertama kehidupan baharu. Kehidupan selepas zaman sekolah menengah. Sekarang beralih ke kehidupan tingkatan enam. Aulia mengemaskan baju kurungnya agar nampak lebih ayu.
Aulia diterima masuk ke sebuah sekolah yang hanya menempatkan pelajar tingkatan enam sahaja. Tempat itu juga boleh dipanggil sebagai kolej kerana sesi pembelajarannya yang hampir sama dengan kolej di luar sana. Itu yang membuatkan Aulia teruja untuk memulakan hari pertamanya.
"Aulia gerak dulu!" jeritnya kepada kedua ibu bapanya dengan lambaian. Selepas memberi salam, Aulia keluar dari rumah bersama beg di bahunya.
Aulia hanya berjalan kaki ke sekolah kerana jarak dari rumahnya agak dekat. Memudahkan Aulia berulang-alik.
Setibanya di sekolah, pelajar mula memenuhi perkarangan sekolah. Ada juga pelajar semester 3.
'Aku nak pergi mana ni?' kata Aulia dalam hati. Tiba-tiba, dia mendapat panggilan dari seseorang.
Oh, Fina!
Aulia menjawab panggilan tersebut. Salam diberi dan dibalas.
"Kau dekat mana, Aulia? Dah sampai ke belum?" tanya Fina.
Baru Aulia teringat yang kawannya yang bernama Surfina Humaira itu juga sambung belajar di tempat yang sama dengannya.
"Aku dekat..." Aulia melihat sekeliling. "Depan koperasi! Kau masuk je dari pondok pak guard tu terus kau nampak koperasi".
"Okay! Kau tunggu situ jap. Aku nak parking kereta" kata Fina lalu mematikan panggilan.
Terpinga-pinga Aulia dibuatnya. Belum apa-apa terus matinya telefon.
Sedang Aulia memerhatikan pelajar yang lalu-lalang, dia disergah seseorang membuatkan Aulia terkejut beruk.
"Ish, Eriza! Terkejut aku" kata Aulia sambil mengurut dadanya. Kus semangat!
"Betullah ni Aulia Wadhiah! Weh, aku ingatkan kau sambung IPTA" kata Eriza. Perkenalkan ini ialah kawan sekolah menengah bersama Aulia juga, Naura Eriza.
"Tak ada rezeki nak sambung situ tapi form 6 pun okay juga kan?" jawab Aulia mengundang anggukan dari Eriza.
"Betul tu! Lagipun lepas tingkatan enam kan kita boleh sambung degree juga"
Ketika mereka sedang berborak, Fina datang mendekati dua gadis itu.
"Eh, Eriza pun ada di sini! Lama tak jumpa kau" kata Fina lalu memeluk Eriza
"Aku balik Sarawak lepas SPM. Tulah tak nampak batang hidung aku dekat sini"
"Ingatkan dah kahwin dah" Fina bergurau dengan Eriza membuatkan Eriza menidakkan dengan serta-merta.
"Eh, aku boyfriend pun tak ada. Sedih hidup sis. Lagipun kita kan muda lagi" lalu mereka bertiga pun ketawa.
"Jomlah gerak ke tapak perhimpunan. Rasanya macam dah start berhimpun tu" kata Aulia.
Maka, mereka pun bergerak bersama-sama ke tapak perhimpunan. Ada saja cerita mereka. Maklumlah, dah lama tak jumpa.
"Aku ada azam tau bila masuk form 6 ni" kata Eriza. Aulia dan Fina memandang Eriza.
"Apa azam kau tu?" tanya Aulia.
"Aku nak cari crush baru!" kata Eriza lalu tergelak kecil membuatkan Fina dan Aulia tergeleng-geleng kepala. Tu bukan azam namanya.
"Kalau kita ada crush, everyday lah kita bersemangat nak ke sekolah" kata Eriza masih dengan ketawa kecilnya itu.
"Tu bukan azam, ngok. Menggeletis namanya" kata Fina. Eriza hanya melibaskan tudung shawlnya. Suka hati lah. Kita nak cari juga crush baru.
Aulia menggelengkan kepala melihat telatah kawan-kawannya itu. Crush? Selama ni dia tak pernah rasa pun untuk sukakan seseorang. Adakah dia akan rasa perasaan tu tahun ni?
Ketika mereka sedang berborak, belakang Aulia terlanggar dengan seseorang membuatkan dia terdorong ke depan sedikit. Dia memalingkan kepala ke belakang untuk melihat gerangan yang menolaknya tadi.
"I'm sorry" kata lelaki cina itu sambil membetulkan tali begnya yang sedikit terlorot.
Buat seketika, Aulia terkedu sebentar. Walaupun mukanya hanya terdapat pandangan yang kosong, tetap ada aura yang lain daripada yang lain.
"Puas dah aku jelajah tapak perhimpunan ni. Satu pun tak berkenan di hati" rungut Eriza dengan muka yang sedih.
Fina menunjukkan muka reda dengan keazaman Eriza itu. Dia tersedar yang Aulia sudah senyap dari tadi.
"Aulia, kau pandang siapa tu?" tanya Fina.
"Aku rasa...aku dah tahu apa itu cinta" kata Aulia dengan senyuman yang mekar di bibirnya.
I found my crush!

ANDA SEDANG MEMBACA
我爱你, My Boy
Подростковая литература[ TO BE CONTINUED ] "Wǒ xǐhuān nǐ! (Saya suka awak!)" jerit Aulia dengan tangan yang digenggam. Dalam hatinya, bukan setakat 'haraplah tak kena friendzone' tetapi sebutannya tadi. Nanti salah, lepas tu lain maksud. Aulia sudah bersedia untuk gali ku...