Page 3

357 41 3
                                    

Sejak balik dari sekolah, Aulia tidak putus lagi senyumannya. Sampai kerja sekolah hari ni pun dia siapkan awal. Sesungguhnya, kerajinan itu bukannya Aulia.

Roti dikeluarkan dari beg lalu diletakkan di atas meja. Rasa sayang pula nak makan tapi kalau aku makan mana tahu jodoh aku dengan dia ada? Teori apakah itu, Aulia?

Dengan lemah-lembut dan sopan-santun, Aulia membuka plastik roti itu lalu digigit. Kalau dalam slow-motion, nampak macam Aulia buat iklan. Tolong sesiapa tepuk dahi Aulia. Dah biul, makin biul jadinya.

Sedang Aulia menikmati roti berintikan coklat itu, pintunya diketuk tiba-tiba. Sudahlah roti tu belum telan. Hampir tercekik Aulia dibuatnya. Cepat-cepat dia mengambil botol airnya lalu diteguk air itu. Kus semangat!

Siapakah yang menganggu tuan puteri Aulia yang sedang menikmati masa makannya?

Dia membuka pintu biliknya dengan malas. Kelihatan ibu Aulia, Puan Azira di hadapan Aulia.

"Mak ni! Bukan nak bagi salam dulu" bebel Aulia sejurus sahaja dia membuka pintu.

Baru sahaja dia mahu membayangkan momen-momen indah bersama abang crush kita. Kacau daunlah, mak ni!

"Kamu ingat ni rumah ke nak main ketuk-ketuk dulu?" bebel Puan Azira pula kepada Aulia. Dengan pakej sebelah tangan di pinggang. Tangan sebelah lagi memegang senduk kayu.

Muka Aulia cemberut.

"Tolong mak belikan tepung di kedai seberang sana tu"

Aulia menggaru kepalanya gatal. Berpura-pura malas. Mak ni macam lah tak tahu yang Aulia ni 'liat' sikit nak keluar rumah. Kalau boleh dia mahu duduk dalam rumah, dalam bilik satu hari. Pergi sekolah tu tak dikira malas ya.

"Ahh tapi--"

Puan Azira mencelah dengan cepat, "Tak ada tapi-tapi. Cepat siap. Kalau tak...". Puan Azira mengangkat senduk kayunya memberi amaran. Patutlah Puan Azira membawa senduk kayu. Macam tahu-tahu saja Aulia tu memang malas nak keluar.

"Ya lah". Dengan malas, Aulia mencapai tudung bawalnya lalu keluar dari rumah selepas mengambil duit. Alang-alang dah keluar dari rumah tu, beli aiskrim pun boek ni. Cuaca pun panas lit lit.

•••

Tepung yang sudah dibeli diletakkan dalam beg. Kita tak main lah plastik. Bahaya untuk alam sekitar, you know!

Aulia berjalan sambil makan aiskrim. Sebelah tangan memegang beg tersebut. Dilihat juga dia sedang mendengar lalu melalui earphonenya.

Ketika Aulia sedang menikmati keindahan taman perumahannya itu, dia terlihat seorang wanita yang berumur 70-an sedang membawa banyak barang.

Aulia cepat-cepat menelan aiskrimnya. Earphone di telinga juga dicabut. Selepas itu, dia menuju ke arah nenek itu. Niat ingin menolong.

"Hehek, hak saha tohong?" kata Aulia.

Muka nenek itu sudah berkerut lagi bertambah kerutan di dahinya. Apalah budak ni cakap?

Aulia pula belum sempat mahu telan aiskrim di mulutnya. Tergesa-gesa sangat tadi nak tolong nenek tu. Aiskrim ni pula buat gigi ngilu sangat. Tu yang nak telan pun susah.

Aulia sedar akan silapnya itu terus menelan aiskrim di mulutnya yang kian mencair.

Dia tersengih lalu berkata, "Minta maaf, nek. Nak saya tolong angkatkan?".

Nenek tadi terus tersenyum. Kelakar budak ni.

"Haiya, tak perlu tolong. Ni sikit saja" kata nenek berbangsa cina itu dengan pelatnya.

我爱你, My BoyWhere stories live. Discover now