Page 5

486 50 12
                                    

Mata Aulia tak boleh beralih daripada terus melihat Zhi Jian yang ketika itu sedang ralit membaca skrip mengacara nanti. Maklumlah, terkejut katanya.

Terdengar sahaja suara Cikgu Mikayla, terus kepala Zhi Jian terangkat. Tidak semena-mena matanya terpandang Aulia. Terus Aulia menundukkan pandangannya. Entah kenapa jantung berdegup kencang. Bertenang, Aulia. Bertenang.

"Mana Naufal?" Cikgu Mikayla bertanyakan tentang seseorang yang jelasnya tiada di situ.

"Dia tak boleh keluar sekarang. Ada kelas seni. Lagipun cikgu dia nak buat short test" kata lelaki berbangsa India itu yang dikenali sebagai Kumar. Fasih juga bahasa Melayu dia. Boleh tahan. Dalam diam, Aulia memuji lelaki itu padahal sedang sedaya upaya untuk tidak memandang Zhi Jian.

Dalam diam juga, Zhi Jian masih melihat Aulia. Apa yang bermain di pemikirannya menjadi tanda tanya.

Cikgu Mikayla mengangguk tanda faham.

"Kenalkan ni rakan MC kamu nanti. Pandai-pandailah bahagikan part. Lepas dah siap tu, bagitahu cikgu ya. Cikgu nak naik bilik guru sekejap" kata Cikgu Mikayla yang seakan sedang mengejar waktu.

Kami bertiga di situ terus mengangguk lalu Cikgu Mikayla meninggalkan kami di situ.

Awkward...

"Eh, duduklah. Kita discuss sama-sama benda ni" ajak Kumar kepada Aulia lalu memberikan tempat untuk Aulia duduk di sebelahnya. Paling sadis, berhadapan dengan Zhi Jian. Ya Tuhan.

Aulia nak tak nak terpaksa duduk di situ. Be normal, Aulia. Jadi biasa.

"I think you look familiar but for surelah I tak tahu nama you. What should we called you?" Kumar bertanya dengan ramah.

"Aulia. Nak panggil Lia pun boleh" Aulia cuba untuk berkomunikasi dan juga cuba untuk memudahkan mereka memanggil namanya yang mungkin mereka rasa susah untuk sebut.

Kumar mengangguk.

"Aulia je nama you?" Zhi Jian akhirnya membuka mulut.

Kumar dan Aulia sama-sama memandang suara itu.

Aulia mendehem sebentar. "Aulia Wadhiah. Tu nama penuh saya".

Zhi Jian tersenyum nipis.

"Sedap nama" katanya pendek.

Walaupun tidak bermakna apa-apa tapi cukup membuatkan Aulia tersenyum kekok. Okay, aku patut buat apa? Ni pujian atau perli? Dan banyak lagi persoalan di mindanya.

"Nama saya, Kumar and he is Wang Zhi Jian" kata Kumar lalu memeluk bahu lelaki itu.

"For sure lah you know him, right? Popular guy kan". Sempat lagi Kumar menumbuk perlahan bahu Zhi Jian. Itulah cara mereka bergurau ya.

"Kumar, kau nak balik dengan tayar pancit ke?" tanya Zhi Jian dengan muka yang....seram? Ya lah! Bayangkan dia cakap macam tanpa senyuman, tanpa apa-apa ekspresi muka. Menggigil saya.

Ugutan Zhi Jian berhasil mengalihkan tangan Kumar dari bahunya. Tak cukup dengan itu, dijauhkan lagi jarak mereka sedikit.

"Wow, motor aku jangan main"

Zhi Jian senyum sedikit lalu menggelengkan kepalanya. Kumar juga ikut tertawa. Situasi itu membuatkan Aulia tercuit hati melihat keakraban mereka walaupun berlainan kaum.

"Lia, Zhi Jian ni kadang-kadang his brain rosak. I don't know lah why all girls like him"

"Except me" balas Aulia pula. Ketika itu, Zhi Jian memandang Aulia lagi. Aulia memandang ke tempat lain. Muka lelaki itu sukar ditafsir. Kecewa? Pft, jangan haraplah!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 24, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

我爱你, My BoyWhere stories live. Discover now