Page 2

466 52 7
                                    

Dua bulan sudah berlalu, setiap hari ada saja cara Aulia untuk berjumpa dengan crushnya itu. Nama dia...

"Kau tak bosan ke asyik hadap Zhi Jian je?" tanya Fina sambil menghirup air kotak laici.

"Mana boleh bosan! Dia tak bercakap pun nampak charming. What should I do?!" Aulia menjatuhkan kepalanya ke meja. Crushnya itu nampak sempurna di matanya. Haih, cinta...cinta...

"Masalahnya kan bukan kau seorang je yang suka Zhi Jian tu" kata Eriza pula. Aulia mengangkat kepalanya lalu menongkat dagu. Betul kata Eriza tu. Kadang-kadang dia rasa perlu melupakan lelaki cina itu tapi TAK BOLEH!

Zhi Jian. Wang Zhi Jian. Dia lelaki berbangsa cina. Dia berada dalam kelas pertama di kolej itu dan merupakan pelajar jurusan sains tulen. Walaupun baru dua bulan, dia sudah dikenali guru-guru kerana pencapaian akademik dan kokurikulum yang cemerlang. Badannya tegap dan dia mempunyai paras muka yang...KACAK! Itu lah yang membuatkan Aulia selalu tergila bayang. Akan tetapi, bukan dia seorang sahaja yang mendambakan lelaki itu. Dari pelajar junior sampailah pelajar senior dan juga yang berasal dari pelbagai bangsa. Hampir semuanya menyimpan perasaan padanya. Ada kalanya dia patut berhenti terkejarkan lelaki itu kerana tak mungkin memiliki lelaki itu akan menjadi realiti. Setakat boleh masuk dalam mimpi sahajalah, Aulia!

"Tu aku tahulah. Tak perlulah nak ingatkan. Sedih hati ini" kata Aulia lalu mengeluh.

"Kau ingat kitorang tak tahu yang kau jadi pengawas koperasi so that kau boleh lalu kelas dia hari-hari kan"

Aulia terkejut lalu menutup mulut Fina. Ish, pecah rahsia nanti habislah dia kena bash dengan peminat Zhi Jian yang lain.

"Janganlah cakap kuat-kuat. Nanti kantoi kang" kata Aulia. Memang betul pun sebenarnya. Kelas Zhi Jian betul-betul berdekatan dengan koperasi. Apabila Aulia mahu ke koperasi untuk bertugas, dia akan melalui kelas Zhi Jian. Setiap hari lah dia cuci mata tengok lelaki cina itu.

"Kitorang bukan apa, Aulia. Lagipun he is a chinese. Even kalau korang dah kenal satu sama lain, dia maybe pandang kau macam kawan dia je. Not as a woman, I guess" kata Eriza. Dia tak mahu kawannya itu kecewa di saat akhir. Dia patut mengingatkan Aulia tentang kekejaman realiti. Tak semua yang kita mahu, kita akan miliki.

"Lek ah! Lagipun bukan aku nak bawa dia sampai ke jinjang pelamin pun. I'm still young" kata Aulia. Dia patut sedar tapi apa salahnya pun. Dia suka lelaki itu dan mungkin sampai bila-bila! Hehe...

"Padahal dah fikir nak jadikan dia boyfriend" sakat Fina.

"Mana adalah!" Aulia memeluk dirinya. Merajuk lah macam ni. Nak report dekat Zhi Jian! Eleh, dia kenal kau pun tidak.

"Aku janji yang aku tak akan meroyan kalau dia tangkap gambar dengan perempuan or dekat dengan perempuan" kata Aulia sambil mengangkat tangan kanannya seperti berikrar.

Fina dan Eriza mengabaikan sahaja ikrar tak ada guna Aulia tu sebab mereka tahu, Aulia akan mungkirinya.

•••

"Huwaaa!!!!!"

Fina sudah lama sedia dengan earphone di telinga manakala Eriza menutup telinganya seboleh yang mungkin.

Dah agak dah benda ni akan jadi...

"Aku dah tak akan suka pada dia lagi!" kata Aulia sambil mengelap air mata palsunya itu. Siap dengan pakej letak phone atas meja dalam keadaan marah. Hambek kau!

Eriza mengambil phone Aulia lalu melihat pada skrin telefon itu. Rupa-rupanya, Zhi Jian ada memuat naik story instagram dengan seorang perempuan. Siap dengan pakej tangan Zhi Jian atas bahu perempuan itu. Mana tak meroyan budak Aulia ni.

我爱你, My BoyWhere stories live. Discover now