17 : Give up✨

717 91 15
                                    

" What Could Go Wrong And Start Thinking Of What Could Do Right " ✨❤

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" What Could Go Wrong And Start Thinking Of What Could Do Right "
✨❤









Sinaran matahari pagi terik menusuk masuk menerusi langsir jarang itutelah menganggu lenanya . Jimin mengeliat kecil sambil kelopak mata digosok dengan belakang tangannya.

Kelopak mata dikedip beberapa kali cuba menghilangkan rasa mengantuk yang masih tersisa.

Jam duduk diatas night stand itu dipandang dari jauh. Dah masuk pukul sepuluh. Keningnya sudah bercantum seperti memikirkan sesuatu.

" argh! , macam mana pula aku boleh terlajak tidur. Dah lambat nii "

Selalunya Seo Na awal pagi lagi sudah masuk kebilik dan mengejutnya bangun untuk turun ke pejabat . Tapi pagi ini terasa asing, tiada lagi bebelan dari mulut si isteri .

" sepatutnya aku dah bagitahu perkara sebenar tentang Hanne tapi ARGHH!! Pabo-yaaa Jimin!  " jeritnya sambil memukul kepalanya sendiri .

Isterinya pasti sudah merajuk. Ini pasti disebabkan Jimin mula tidak mengendahkan hal isterinya. Hatinya pasti sakit kerana diperlakukan begitu .

Kedua belah kakinya menuruni katil . Rambutnya yang sedikit serabai itu disikat mengunakkan tangan.

Dengan malasnya Jimin masuk kedalam bilik mandi dan harus bersiap cepat turun bekerja.









" makanlah. Kau asyik tak makan je dari semalam lagi tuu. Mata bengkak ni mesti kau menangis sebab mamat tak guna tu kan?  Ee, geram betul aku dengan suami kau nii " wajah tidak bermaya Seo Na tanpa secalit senyuman itu dipandang lama.

" takde kena mengena dengan suami aku. Aku takde seleralah. Aku dah makan pagi tadi.  Kenyang lagi ni " tipu Seo Na .

Dari semalam lagi dia tak jamah apa apa pun makanan. Fikiran dia tak menentu. Dah macam nak gila. Ditambah pula perutnya asyik meragam. Semalam sudah masuk berpuluh kali Seo Na masuk ke tandas ingin membuang air besar .

Sakit perutnya meragam kembali.

Bahu Seo Na dipeluk. Dia tahu keadaan sahabatnya sekarang. Seo Na tengah down.

" kau jangan nak tipu aku, aku kenal kau tau " balas Hyunjung pula.

Mula kedengaran rengekan kecil dari Seo Na. Suara tangisannya cuba dikawal tetapi telinga Hyunjung lebih tajam mendengar rengekan itu.

Kepala ditunduk cuba menyembunyikan air matanya.

" aku dah tak tahu nak buat apa dengan Jimin. Dia dah tak layan aku macam haritu. Baru sekejap je aku rasa bahagia bila dia layan aku baik sangat. " kata Seo Na dengan suara mengendur.

" aku sedih bila dia mula pulau aku balik . Dia buat aku macam tak wujud dalam rumah tuu . Aku letih Hyun. Letih sangat " ujarnya lagi.  Kini empangan air matanya jatuh mengalir deras. Badannya juga turut terhinjut hinjutt menahan tangisan .

"Seo Na,  kau kena sabar, aku tahu kau kuat. Mungkin dia letih sebab seharian bekerja. Kau pun kena faham dia " kata Hyunjung memberi sedikit nasihat. Sedikit semangat untuk Seo Na teruskan rumah tangganya yang kian kabur. Cuba mengalih fikirannya dari terus berfikiran negatif takut nanti dia stress.

" aku tak tahu sampai bila kesabaran aku akan bertahan. Tapi aku pun letih juga. Balik rumah lepastu kemas rumah nak masak lagi tapi bila aku dah masak dia tak jamah langsung makanan tu. Aku dah tak tahan lagi . Aku hanya menyerah je sekarang ni. Aku dah tak tahu nak buat apa. . Aku tak layak pun berdamping hidup dengan dia " ujar Seo Na.

Suara tangisannya pecah . Rasa sebak didada tidak dapat ditahan. Makin di tahan makin sakit. Akhirnya memakan diri.

" shushhh. Jangan nangis. Aku akan tolong kauu " kata Hyunjung cuba menenangkan hati Seo Na yang sudah lemah tiada semangat.

Ujian yang diberi untuk Seo Na terlalu berat untuk dipikul. Dipikul seorang diri

Perlahan tubuh kecil Seo Na didakap erat.

" aku nak jumpa heolmonie " pintanya dengan suara tangisan yang masih bergema. Wajah merahnya yang sudah basah dek air mata disembamkan dibahu Hyunjung . Mungkin rindu akan helmonie di busan.

" ehh, kenapa jadi macam ni?. suami kau cari kau nanti haa risau dia " soal Hyunjung.

" dia tak pernah ambil tahu pasal aku . Dia takkan risau "

" janganlah macam nii, makan dulu. Ni badan kau makin kurus nii . Makan dulu ehh "









Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
✔️ Heartbeat | Park Jimin Where stories live. Discover now