BOO, gadis cantik dan digilai ramai namun serik untuk memberikan 'setia'nya pada makhluk bernama lelaki. Ditinggalkan setelah memberi seluruh cinta dan setia, membuatkan Boo merasa bodoh, hina dan sia-sia.
Bagi Boo, semua lelaki yang cuba mendekatinya pasti punya niat buruk. Lelaki-lelaki itu pasti hanya mahu mempermainkannya. Lelaki-lelaki itu suatu hari nanti pasti akan meninggalkannya dan pergi bersama perempuan lain. Lelaki-lelaki itu pasti hanya mahu menikmati kecantikan luaran miliknya. Setelah bosan dan puas, Boo pasti ditinggalkan.
Berbeza bagi BARD, lelaki yang tak serik-serik mencurahkan setia kepada insan yang tak pernah menghargai. Berkali-kali dicurangi, ditinggalkan dan dipermainkan, tidak menggoyahkan setia milik Bard. Lelaki itu tetap menunggu, tetap memaafkan, tetap memberi ruang dan peluang.
Sehinggalah takdir menemukan kedua-duanya. Bard si pencinta setia. Dan Boo si penagih sebuah kesetiaannya. Dua hati yang cukup sempurna dan saling melengkapi.
Namun laluan untuk bersama tak semudah yang disangka apabila kedua-duanya terjerat dalam hubungan cinta yang salah. Dengan orang yang salah.Mampukah kedua-duanya melepaskan diri dari jerat itu dan bersatu? Sedang hati sungguh-sungguh yakin, inilah pemilik 'setia' milik mereka.
YOU ARE READING
MY BABY BOO
RomanceMY BABY BOO (TELAH DITERBITKAN) UNTUK TEMPAHAN : WHATSAPP 011 1131 9300