zzz...Lazy S̶u̶n̶d̶a̶y̶ MONDAY!

14 3 5
                                    

Hmmm... Malasnyerrr nk bangunnn..

Aku melihat jam tangan WD aku.

Watdefak!! Alamakkk!! Dah pukul 9.30 dah!!

Aku bergegas ke bilik air yang berada di dalam bilikku. Aku bersiap apa yang patut dan terus keluar daripada bilik air. Aku mengenakan blaus turquoise berlengan panjang dan seluar slack hitam lalu bergegas menyarungkan kasut hitam kulit.

Aku masuk ke dalam perut kereta mercedes coklat yang berada di halaman rumah ku dan terus menuju ke destinasiku...

____________________________________________

      Wisma Syarikat Pokok Cantik

Setibanya di tempat parkir kereta yang bertulis 'CEO', aku memarkir mercedes coklatku dengan cermat dan bergegas keluar dari perut kereta...

Fuhh, sampai pun dekat dalam ofis. Nasib baiklah syarikat aku sendiri.. Hehe...

Aku pun mula mengambil helaian kertas kerja dari timbunan kertas yang tersusun kemas oleh PA ku, Adam Akmal. Aku hanya merenung halaman pertamanya selama 5 minit.

'Haishh, apebende yang ganggu aku ni?! '
Aku bermonolog sendirian.

Sejak dari kemalangan haritu, kepalaku berasa teramat serabut. Aku rasa macam kepala aku ni nak meletup, 24/7 mesti that incident menganggu fikiran ku...

Tiba-tiba...
*Knock knock knock*
Aku tersedar dari lamunanku
'Jemput masuk' aku mempelawa.
Lalu, pintu ofis aku dibuka dengan cermat.

Aku mengalihkan pandangan ku daripada kertas kerja ke tetamu itu.
' Wow, boleh tahan jugak client aku ni'
Aku hanya menyatakan di dalam hati.
Tetapi dia seakan akan terkejut apabila melihat aku.
' Excuse me, have we met before?'
Lelaki itu bertanya.
' Sorry but I don't think so.'
Aku macam pernah tengok muka dia
Tapi dekat mane?
Die ke salah satu ex aku?  Tapi dia tak nmpk mcm my type? Ishh entahlah!
' Syed Iqbal. Boleh panggil saya Iqie or Iqbal.'
Dia menghulurkan tangan.
' Iqie?  Kenapa mamat ni sempoi sngt? Ni business kot, bukan lepak mamak.'
Aku berbisik dalam hati
' Nama saya Irene Frances. You can call me Miss Irene. '
Aku bersikap formal.
Kami berjabat tangan.

Tiba-tiba kesakitan yang teramat menusuk ke kepalaku tapi aku still bersikap professional dan meneruskan urusanku sebaik mungkin.

Apabila perbincangan kami selesai, dia mengucap terima kasih lalu keluar dari ofis aku.
'Syed Iqbal? Siapa pulak dia ni??'
Aku bermonolog sendirian..

----------------------- END PART 1 ----------------------

Aku akan setia menunggu kau!Where stories live. Discover now