Episode 1

220 31 344
                                        

*Full Bold, Interview















🄴🄿🄸🅂🄾🄳🄴 1








































PLAY •

Kelima puluh pelatih bangun dari duduk mereka apabila Park Seo Jun dan Yoon Bo Ra datang dari pintu masuk. Seojun dan Bora melambai ke arah pelatih bersama senyuman di wajah.

Rata-rata para peserta memberikan reaksi terkejut melihatkan kehadiran dua pengacara itu.

Song Yu Ra, SM
"Bukankah mereka berdua pengacara Music Bank?"

Kim Hye Ra, Cre.ker
"Macam tak percaya jumpa artis depan mata!"

Cha Ah Hyun, Starship
"Saya mula rasa takut. Yoon Bo Ra sunbaenim dari syarikat kami sewaktu dia bersama Sistar"

Para pelatih masih berdiri kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan mereka.

Gelagat mereka membuatkan Bora ketawa kecil. "Nae, Annyeonghaseyo. Selamat datang ke Produce Survival Show; The Girls" Ucap Seojun disambut tepukan.

"Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada 50 gadis pelatih yang akan bersaing untuk debut" Bora menyambung skripnya.

Woo Song Im, Coridel
"Baru sekarang terasa debarnya"

Bae A Rin, Big Hit
"Disini adalah pertandingan, saya perlu menang"

"Seperti yang anda lihat, kerusi-kerusi yang anda duduki tiada nombor dan kerusi tempat pertama juga tiada" Sambung Seojun.

Kim Ha Na, Woollim
"Pasal kerusi tu waktu mula-mula saya masuk saya sangat terkejut. Saya ingatkan kami macam Produce 101"

Lee Jin Hyun, TOP Media
"Tapi 50 kerusi sama, tiada nombor, hanya kerusi biasa cuma susunan berbeza seperti menaik sahaja"

"Ini kerana, kami tidak mahu mengukur kebolehan anda sekarang mengikut nombor. Sebaliknya, ketika ujibakat berlangsung nanti. Ujibakat akan dijalankan mengikut agensi dan anda akan dibahagikan mengikut kategori A, B, C dan F. Seperti yang semua tahu. Kategori A paling baik dan F sebaliknya. Baiklah, lupa untuk saya maklumkan. Saya akan memberikan Seojun untuk menyampaikan pesanan kepada anda semua"

Bora menyerahkan baton kepada Seojun agar Seojun pula yang berucap.

"Misi program ini adalah untuk mencari 8 orang gadis yang akan didebutkan dalam satu kumpulan yang bakal menjadi The Next Generation Girl Group. Namun. Ada sesuatu yang baru. Sewaktu selesai 8 orang gadis yang dipilih oleh produce, akan diumumkan peserta star iaitu peserta pilihan juri dan kami"

Hong Jong Eun, WM
"Kalau dalam Produce X 101 ada peserta X dalam rancangan kali ini ada peserta star"

Para peserta terdiam mendengarkan perkara itu. Mereka saling memandang satu sama lain dengan riak wajah hairan.

Pyung Dae Eul, Cube
"Maknanya saya boleh debut walaupun tersingkir kerana pilihan juri? Saya harus tunjukkan pontensi!"

"Baiklah, tanpa membuang masa kita akan mulakan sesi ujibakat"

___________\\\\\__________

Di belakang pentas, para pelatih dari C9 Entertainment sedang menyiapkan diri mereka untuk melakukan persembahan.

Survival Show: The GirlsCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang