Episode 8

94 23 94
                                        

Special tag: yehetea haraesthetic . Nikmati persembahan dan borang saya akan dm untuk markah diisi.

Betullah my sis kata, tak ada semangat nak tulis bila tak ada support 😭

Komen banyak2! Kalau komen tak lebih 100, tak ada story time dah.

Humph! (Stan Pentagon)
\\\٩('^')۶////

Okay, let's get this started

Play•

Imbas kembali sewaktu latihan


















Situasi tegang melanda kumpulan vokal 2 yang membawa lagu I.

"Kita kena capai kata sepakatlah" Kim So Hee membaling ayat kepada Jung Mi Na.

"Tapi memamg vokal utama dan 1 akan dapat lebih banyak bahagian. Jadi apa yang saya buat adalah betul" Sahut Jung Mi Na.

"Baiklah, teruskan" Kata Hwang Hyun Na acuh tak acuh.

Dengan keadaan kekok Jung Mi Na meneruskan sesi pembahagian.

Situasi di antara mereka berlima masih sama sejak hari pertama.

"Kalau macam ni buat apa kamu semua nak jadi Idol? Pergi jadi jadi artis solo"

Suara Jinho meninggi menyedari yang tiada kerjasama di antara ahli pasukan.

Masing-masing hanya menundukkan kepala. "Awak semua bukannya budak-budak lagi. Ini dah hari ketiga. Kalau macam ni berterusan, awak semua akan tersingkir" Kata NC.A pula.

"Tiada harmoni langsung" Kata-kata Jinho dengan bengis.

"Saya tak tahu apa masalah antara awak semua tapi betulkan. Suasana kumpulan awak sangat teruk. Kami semua menjangkakan lebih sebab kamu semua ahli vokal yang mahir tapi hampa kami" Kata Jinho lagi.

Sesi latihan juga tidak berjalan lancar.

Mereka berlima mendiamkan diri sebaik sahaja masuk ke dalam bilik latihan.

"Kita semua takut kalau tak dapat peluang untuk bersinar. Ramai pesaing" Pyung Dae Eul mula bersuara.

"Betul. Kami takut yang kami tak akan dapat menarik perhatian orang memandangkan bahagian kami sedikit" Tambah Hwang Hyun Na pula.

"Saya memilih lagu ni supaya saya mendapat tempat teratas, bukannya yang paling bawah" Kata Kim So Hee pula.

"Tak ada siapa yang mahu tersingkir" Sampuk Sophia Wu pula.

"Kita akan mulakan pembahagian lagu semula" Tekad Jung Mi Na.

Yogurl | I

Leader: Jung MiNa
Main Vocalist\Center: Sophia Wu (Eunha Gfriend)
Vocalist 1:Jung MiNa (Red Velvet Wendy)
Vocalist 2: Pyung Dae Eul (Laboum Soyeon)
Vocalist 3:Kim SoHee (Everglow Sihyeon)
Vocalist 4: Hwang HyunNa (Twice Ji Hyo)

Survival Show: The GirlsCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang