Episode 2

145 29 244
                                        

Play•


















Pengajar Jinho, Changjo dan Illhoon masuk kembali ke dalam studio automatik ke 50 pelatih mendiamkan diri.

Para pelatih diminta berbaris mengikut kedudukan gred masing-masing selepas mereka ke asrama masing-masing dan menukar kepada pakaian mengikut gred.

"Baiklah, sekarang kamu akan diperkenalkan dengan lagu tema" Kata Pengajar Jinho.

Big Hit | Lee Nae Rin
Lagu tema? Akhirnya!

Blockberry Creative | Son Nae Ryeong
Ini yang kami nantikan

C9 | Kim Li Hyeong
Saya harap ia tak susah!

Kesemua mata tertumpu kepada skrin besar di hadapan mereka. Video yang memaparkan pengajar Changjo dan beberapa orang penari di mainkan.

Cre.ker | Park Kayla Hyuri
Changjo sunbaenim yang menarikan lagu itu. Wah sunggu tak sangka

Coridel | Woo Song Im
Ini bermakna tarian lagi tema kami direka oleh Changjo sunbaenim?

Cube | Pyung Dae Eul
Tariannya nampak sangat tangkas bagi kumpulan wanita. Saya tak rasa yang saya akan lakukan dengan baik

FNC | Son Ju Yeon
Saya tak pasti, dengan lagu tema ini. Ada bahagian rap juga

Para pelatih sudah mula mengikut gerak geri yang mereka lihat dari dalam video itu. Mereka sudah tahu yang mereka hanya akan diberi masa 3 hari untuk berlatih sebelum dinilai.

Apabila muzik sampai ke bahagian kemuncak di mana bahagian tarian utama kesemua pelatih melihatnya dengan terkejut.

Jellyfish | Cha Eun Bi
Tarian itu benar-benar laju

JYP | Sharon Mina
Kami perlu berlatih hanya dalam 3 hari?

JYP | Narumi Isozaki
Saya tak yakin tentangnya

Maroo | Jeon Mien Soo
Dengan hanya melihat saya dapat rasa yang saya akan hadapi masalah nanti

Video yang ditayangkan telah tamat dan pelatih menepuk tangan. Helaian kertas yang mengandungi lirik lagu diedarkan kepada mereka semua.

Mata mereka laju bergerak menganalisis lirik yang diterima dan cuba untuk menyanyikannya.

Changjo, Illhoon dan Jinho bergerak ke depan untuk memulakan sesi pembelajaran.

"Baiklah, ke semua pelatih silakan duduk!" Jinho memberi arahan supaya senang dia melakukan sesi latihan.

"Baiklah, sesi pertama saya mahukan semua nyanyikan lagu ini bersama" Arah Jinho dan dia meminta muzik di mainkan.

Sebaik sahaja muzik dimainkan, para pelatih kelihatan fokus sekali. Mereka menunggu waktu yang tepat untuk masuk.

Jinho berjalan di sekitar mereka untuk mendengar sendiri bagaimana nyanyian para pelatih.

Lama Jinho berdiri di belakang para pelatih gred A sebelum beredar.

OUI | Kim Hye Na
Pelatih Jinho sangat menakutkan!

Pledis | Wee Hye Ryung
Saya berdebar melihatkan dia berjalan ke arah gred F

SM | Hwang Hyun Jie
Kelibat dia sahaja buatkan saya takut

Survival Show: The GirlsCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang