Play•
Suasana di dalam studio pentas riuh dengan 50 pelatih. Masing-masing sibuk mengingat kembali tarian dan rentak lagu tema mereka yang bertajuk I Am.
Woollim | Kim Ha Na
Pentas sangat besar, malah yang lebih mengagumkan adalah pentas bergerak itu!
Kemudiannya, Bora dan Park Seo Jun muncul tanpa ada sedari kerana kawasan di studio pentas itu gelap.
Kedua pengacara rancangan melihat para pelatih bersungguh-sungguh menjayakan misi mereka ini.
"Annyeonghaseyo" Suara Bora bergema berikutkan dia menggunakan mikrofon membuatkan para pelatih tercari-cari tuan empunya suara.
Rupanya, Seojun dan Bora telahpun duduk dibahagian tempak duduk penonton. Ke 50 pelatih pun memberikan tunduk tanda hormat.
"Boleh kita mulakan latihan?" Soal Seojun. Dan dijawab ya dengan semangat oleh 50 orang pelatih Produce Survival Show: The Girl
Mereka mengambil tempat sebelum muzik dimainkan.
Tidak seperti musim sebelum ini, ke semua gred akan berdiri di atas pentas dan ke semua gred akan kekal dari mula lagu sehingga tamatnya lagu.
TOP Media | Lee Jin Hyun
Saya sangat sukakan musim ini!
Source Music | Min Hyo Rin
Akhirnya Produce series ada kemanusian
Musim sebelumnya, pelatih akan masuk ke dalam persembahan mengikut gred tetapi musim ini tidak.
Hanya kedudukan pelatih gred A di tengah, gred B di bahagian kanan dan gred C di bahagian kiri. Pelatih gred F pulak di belakang pelatih gred A.
Ke semua pelatih akan tetap dan kekal berada di atas pentas.
Muzik telah mula dimainkan. Para pelatih mula menunjukkan riak wajah yang berbeza. Bora tersenyum melihat perubahan yang berlaku.
Pandangan Seojun pula teralih kepada posisi tengah iaitu!
JYP
Sharon Mina!
Gadis itu benar-benar menunjukkan yang dia layak mendapat posisi tengah. Tarian dan nyanyiannya stabil bukan sahaja memikat para pengajar malah para pelatih yang lain.
Tepat selepas 7 hari ke semua 50 pelatih di beri masa untuk berlatih. Kini mereka kembali lagi ke studio pentas itu.
Pelbagai riak muka yang dipamerkan. Masing-masing sibuk dengan kerenah sendiri. Ada yang cuba membetulkan solekan, pakaian dan juga tarian.
"Kita akan bermula!" Suara pd bergema dalam ruangan itu membuatkan para pelatih kelam kabut mengambil posisi mereka.
Di bahagian penonton, para tenaga pengajar sedang memerhati melihat ke monitor bersama pd.
"Hwaiting!" Teriak Illhoon tiba-tiba.
Wajah gelisah para peserta bertukar kepada senyuman mereka pun membalas dengan saling memberi sokongan.
Produce Survival Show: The Girls
I Am
Verse 1
Say 'hello' to the world on stage
Spacious room, bright light towards me
Oh the situation behind the stage is full of support
Will I ever dream about this, this dream this dream
