Prolog : Sekolah Elit ternama dan terbilang

15 0 0
                                    

Bintang Gemerlapan. Nama sekolah elit yang cukup terkenal dan diketahui oleh seluruh rakyat di negara Indera Cendana. Sebut sahaja nama Bintang Gemerlapan,  dari bahagian pedalaman sehingga ke kawasan bandar, semuanya amat kenal dengan pencapaian Bintang Gemerlapan yang sangat luar biasa dan mengagumkan. Oleh sebab itu, orang - orang kaya berebut - rebut mahu memastikan anak - anak mereka mendapatkan pendidikan di Bintang Gemerlapan, walaupun sekolah itu terletak agak jauh sedikit dari kawasan bandar. Sekiranya anak dapat belajar di Bintang Gemerlapan, hal ini bermakna ibu bapanya sudah cukup mewah dan hebat kerana mampu membayar yuran pengajian di Bintang Gemerlapan. Yuran  pengajian di Bintang Gemerlapan selama dua tahun sahaja sudah mencecah puluhan ribu ringgit, belum termasuk keperluan - keperluan lain yang diperlukan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Bintang Gemerlapan hanya menawarkan pengajian bagi pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima sahaja, di mana selepas habis pengajian di Tingkatan Tiga, barulah ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka di sekolah Bintang Gemerlapan. Itu pun kalau mampu membayar yuran untuk dua tahun pengajian bernilai RM 70 000 dan disebabkan itu, sekolah itu digelar sebagai sekolah elit kerana hanya anak-anak orang kaya akan bersekolah di situ.

*Kisah ini hanya fiksi. Tiada kena mengena dengan apa - apa kejadian, institusi atau mana - mana pihak. Hanya ilham yang meluncur laju diberikan olehNya.

Di balik Bintang Gemerlapan Where stories live. Discover now