Bab 1 : Manusia aneh

8 0 0
                                    

Matanya kejap-kejap asyik meliar memandang sosok - sosok manusia di sekelilingnya. Tidak pernah dia melihat manusia - manusia seperti itu di tempat asalnya, Desa Tanjung Bulan yang disederhanai oleh nuansa kesederhanaan yang damai. Beberapa orang gadis berambut perang kemerah - merahan meliriknya sinis. Sempat telinganya menangkap salah seorang daripada gadis itu memerlinya,

"Rusa kampung baru masuk bandar"

Dia tidak kisah. Sudah sebulan dia bersekolah di Bintang Gemerlapan, cemuhan dan kata kata sinis adalah halwa telinganya sepanjang tempoh tersebut sehinggalah sekarang. Hanya dia masih tidak mampu membiasakan diri dengan manusia - manusia aneh di sini -gaya mereka keterlaluan untuk seorang pelajar sekolah menengah.  Di Bintang Gemerlapan, terdapat sistem kasta di mana anak orang yang paling kaya di Indera Cendana mengungguli carta teratas. Anak-anak orang biasawan yang miskin dan berupaya melanjutkan pengajian di Bintang Gemerlapan disebabkan biasiswa Kerajaan Indera Cendana,  menduduki carta paling bawah di mana golongan ini biasanya merupakan golongan minoriti dan selalu dikeji. Dan dirinya, tidak terkecuali menduduki carta terbawah dengan membawa nama Habibah Ainun serta cukup dikenali oleh pelajar-pelajar di situ kerana peristiwa ketika hari pertama persekolahan - Habibah menampar muka Jackie yang merupakan antara pelajar kasta teratas kerana pelajar lelaki itu cuba menyelak kain Dan tudung sekolahnya. Perkara itu cukup gempar sehingga kedua - dua ibu bapa Jackie datang ke sekolah dan ingin memastikan Habibah menerima balasan yang setimpal. Mujur ada Uncle Satar menuntut keadilan untuk Habibah dan mujur juga pengaruh Uncle Satar cukup besar untuk membuatkan ibu dan bapa Jackie tergamam dan terus meminta maaf sebaik sahaja melihat kelibat Uncle Satar.

Siapa Uncle Satar?

Uncle Satar ialah orang yang sudah menjaga Habibah sejak Habibah masih bayi . Disebabkan terlalu sibuk dengan perniagaan, Uncle Satar tidak berkahwin dan mengambil Habibah dari rumah anak yatim sebagai anak angkat. Habibah dijaga oleh Pak Andak dan Mak Andak di Desa Tanjung Bulan atas arahan Uncle Satar. Dialah usahawan terkenal yang telah membiayai yuran pengajian Habibah di Bintang Gemerlapan,  Walaupun Habibah langsung tiada hati ingin bersekolah di tempat itu.

Bahu Habibah dicuit. Di sisinya segaris senyuman terukir di wajah manis milik gadis dari Desa Purnama. Ayu Permatasari, itu nama penuhnya, seayu pemiliknya. Ayu juga memiliki kasta yang sama dengan Habibah, bezanya Ayu kata, kasta Habibah tinggi sedikit kerana merupakan anak angkat Tan Sri Satar yang ternama dan digeruni ramai ahli politik serta golongan korporat. Habibah hanya tergelak mendengar kata kata Ayu. Beginilah pemikiran manusia didoktrinkan untuk terlazimi dengan sistem kasta yang tidak adil terhadap semua insan. Sedangkan nanti akhirnya, semua tubuh sama - sama dimamah serangga di dalam tanah. Kasta bukannya apa-apa, hanya penyedap dan modal berlagak bagi yang berkuasa dan mempunyai duit berjuta.

"Habibah, kau mahu ke mana?" Ayu menyoal lembut, sopannya asli terjaga.

"Ke perpustakaan. Mahu buat ulangkaji subjek Biologi dan Kesusasteraan Melayu di sana. Mahu ikut?" Habibah mempelawa mesra.

Ayu menganggukkan kepalanya perlahan sambil tersenyum lebar, tanda menerima pelawaan Habibah. Ketika membelok  ke di ruangan kafeteria, Habibah terlihat golongan yang paling enggan ditemuinya di sekolah - golongan kasta paling atas. Ada lima orang semuanya. Sebaik sahaja melihat kelibat Habibah, pantas Jackie menjerit kuat menghamburkan pelbagai makian dan hinaan. Habibah tetap bersahaja, tiada riak wajah marah atau sedih. Dia sudah terbiasa. Beberapa orang pelajar perempuan melontarkan sisa - sisa makanan ke arah Ayu dan Habibah.

"Bibah oh Bibah." Jackie masih galak.

Habibah berhenti sejenak,  merenung kosong ke arah pelajar - pelajar kasta paling atas. Satu persatu wajah dilihatnya.

Marian - anak tauke Syarikat Balak yang selalu mengimport kayu balak ke negara negara luar. Ayahnya, Datuk Lee Hing Ki dan ibunya merupakan wanita Russia bernama Dona. Kedua - dua ibu bapanya sudah bercerai dan dia tinggal bersama ayahnya. Anak tunggal. Kuat memberontak dan manja. Wajahnya ala - ala pelakon Diana Danielle di negara Malaysia.

Wildan - keturunan diraja negara Indera Cendana. Sumber mengatakan dia merupakan anak saudara kepada Tuanku Raja Al Kirana. Dia dikenali sebagai pelajar yang berkelas tinggi dan sentiasa digilai ramai pelajar perempuan. Dan dalam kumpulan itu,  dialah satu - satunya golongan kasta paling atas yang tidak pernah menghina orang lain. Dia hanya sentiasa berdua-duaan dengan buku dan komputer ribanya ke mana - mana. Dia juga dikenali dengan nama lain - Big Boss.

Manisha - anak tauke tekstil terkemuka Indera Cendana. Hidungnya mancung dan matanya bundar galak. Nama timangannya Pinky kerana semua pakaian sehinggalah ke alat tulis berwarna merah jambu. Gadis bermata bundar ini paling suka menyindir pelajar kasta bawahan dan memperlakukan mereka seperti hamba abdi. 

Nona - yang ini,  nama penuhnya Linona. Tak pasti kenapa nama dia aneh, namun yang pasti ayahnya hartawan terkemuka negara dan ibunya bekas Ratu Cantik Indera Kencana, negara jiran Indera Cendana. Kecantikan wajah Nona memang mengagumkan namun sayang, peribadinya tidak seindah wajah.

Jackie - ini yang paling hantu antara lima orang pelajar kelas paling atas. Anak bongsu kesayangan Datuk Rahman dan Datin Kamsiah. Nama sebenarnya Fateh Rahman tetapi dia enggan menggunakan nama tersebut, tak sesuai katanya. Jadi disebabkan itulah munculnya nama Jackie yang lebih ranggi dan terkini, kononnya.

...

Di balik Bintang Gemerlapan Where stories live. Discover now