Bab 2 : Pelajar Kelas Atasan

4 0 0
                                    

Dang.

Terdengar bunyi tin minuman kasar tergeletak lemah di atas lantai setelah dilemparkan tepat ke arah kepala Habibah. Terdengar hilai tawa yang bersahutan di sekelilingnya ketika tudung sekolah milik Habibah dibasahi air Cola. Kelihatan Manisha tersenyum sinis dan Jackie melompat-lompat gembira di atas kafeteria. Habibah menelan air liurnya sendiri, menahan rasa diperlakukan sedemikian rupa.

"Sampah memang di situlah tempat membuangnya" Manisha bersuara puas hati.

Habibah mengutip tin minuman yang tergeletak di atas lantai dan merenung tin tersebut. Dia bangkit dan melangkah menuju ke arah Manisha yang telah melemparkan tin minuman kepadanya sebentar tadi. Beg Balenciaga milik  Nisha digapainya dan tin minuman Cola yang dibuang tadi disimpan di dalam beg tersebut. Manisha cuba merenggut beg miliknya dari tangan Habibah namun cengkaman Habibah jauh lebih kuat. Wildan memerhati situasi itu dengan penuh minat - tiada yang lebih menyeronokkan daripada melihat pelajar kelas atasan berjaya dikalahkan oleh pelajar kelas bawahan. Manisha menjerit geram saat tangannya dipulas oleh Habibah ke belakang.

Bravo!

Itu sahaja yang terdetik di dalam hati Wildan ketika itu. Tidak pernah terjadi, pelajar kelas paling bawah membalas kembali perbuatan mereka selama ini. Dan bila itu terjadi, tidak dapat dinafikan ianya suatu perkara yang sangat menarik untuk ditonton beramai - ramai. Gadis bernama Habibah Ainun itu benar - Benar sesuatu.

Dan tiba - tiba.

Suasana yang tadinya hingar bingar menjadi senyap. Sesosok manusia berbaju kemeja coklat tua, bertali leher belang hitam kuning dan bercermin mata melangkah dengan ekspresi muka yang sukar dibaca, ke arah Habibah dan Manisha.

Prof. Mayas.

Itulah dia pengetua sekolah Bintang Gemerlapan. Orangnya sentiasa kemas dan bentuk wajahnya seakan - akan daun tirus. Dia berhenti di tengah-tengah, antara Habibah dan Manisha. Matanya mencerlung tajam ke arah Habibah.

"Apa lagi kali ini, Habibah?" Prof. Mayas menyoal geram.

"Dia yang mula dulu." Habibah membela diri.

"Hei, tak sedar diri. Kau yang letak sampah dalam beg mahal aku." Manisha menjerit marah.

Di balik Bintang Gemerlapan Where stories live. Discover now