part 1

34 9 2
                                    

Tergesa - gesa Siwon dibuatnya tatkala menerima panggilan telefon sebentar tadi. Bekas minuman yang mengandungi caramel macchiato dibawa cepat ke pantri

Dia memanaskan minuman itu di dalam microwave selama 20 saat. Selepas itu Siwon mengeluarkan cawan itu dan segera menuju ke meja kerja semula. Diari planner dan sebuah fail lantas diambil. Tingkah laku Siwon seperti lipas kudung.

"yah! jangan tutup lif! ni soal hidup dan mati" jerit Siwon kepada namja itu.

Namja itu menurut.

Siwon menghela nafas lega, kalau tak dia perlu menggunakan tangga sama ada terpaksa atau rela.

"Gumawo" ucap Siwon sambil tunduk kepada namja itu. Lalu dia masuk ke dalam lif Dan menekan butang G sambil membawa cawan yang dipengangnya.

siwon pov

"Selamatkan aku dari malapetaka yang amat dasyat" sambil menstabilkan nafasnya.

end pov

wlaubagaimanapun, sebaik saja melihat kelibat itu, dia tau bahawa malapetakanya akan tiba nanti. Pemilik kepada syarikat YOONHIT HOLDINGS berdiri dihadapan kaunter penyambut tetamu. Ianya ialah Min Yoongi.

"Encik?" Tegur Siwon yang berada di sebelahnya.

Yoongi hanya menolehnya seketika. Siwon hanya mampu menelan airliur semasa majikannya melihatnya dengan wajah yg sangat serius.

siwon pov

"Dia ni tertelan aircond ke?dingin semacam je" sempat lagi ia berkata di dalam hati.

end pov

"Baca jadual saya hari ni" arah Yoongi.

"Sekarang?" Tuju Siwon tanpa sengaja.

"Tanak baca sekarang, nak baca bila? Tahun depan?" Sindir Yoongi.

Memang semua akan jadi salah bila mood pemilik hotel YoonHit Holdings macam ribut taufan. Suaranya mendatar saja. Tetapi perkataan yang lelaki itu sebut dapat memeritkan telinga.

"Mian, saya tak sengaja encik" balas Siwon dan masa yang sama Siwon menyerahkan cawan kepada lelaki yang mengenakan blazer beserta kemeja berwarna hitam mengikut potongan badan itu.

Yoongi menyambut dan meneguk sekali. Telinga Yoongi mendengar susunan kerjanya sambil berjalan menujuk ke sofa yang berada di hotel itu.

Siwon mengikut langkah majikannya itu.

"Setakat ni, itu sahaja jadual encik. Pukul 4.00 ke atas masa encik Yoongi free" ucap Siwon.

Kemudian, dia menanti tindak balas majikannya yg sedang melabuhkan punggung.

"Encik nak saya ulang balik ke ?" tanya Siwon tatkala dia tidak menerima sebarang perkataan dari bibir lelaki itu.

Min Yoongi tidak bersuara, sebaliknya dia menadah tangan. Siwon faham dengan isyarat itu membalas dengan menyerahkan fail. Yoongi membelek sehelai demi sehelai.

"Lif hotel ni dah rosak ke ?"

"Tak rosak, encik. Kenapa?"

"Habistu, kenapa lambat sangat turun tadi hm?"

Siwon menggaru garu kepala. Dia mengundur setapak ke belakang lalu mulutnya berkumat kamit. Dia tidak berpuas hati. Kalau terima panggilan dari Min Yoongi, hari bahagia boleh jadi hari duka lara.



✓ [MINYOONGI] MR SWEET SAVAGE Where stories live. Discover now