"ajusshi?" Tegur Siwon setelah Sonho hanya mendiamkan diri.
"Sebelum tu, pakcik mintak maaf dulu"
"Kenapa? Tak siap lagi ke ?'
"Bukan. Memang dah siap. Pakcik dah masukkan dalam beg. Yg jadi masalahnya, ada seorang perempuan terambil kasut awak"
Rahang Siwon terjatuh secara spontan. Mulutnya melopong. Dia terkaku di situ.
"Hello?"
Wajah Siwon mula pucat. Jika ditoreh, tidak berdarah.
"Awak oky ke tak ni?" Sonho sedikit hairan melihat reaksi Siwon seakan akan patung tidak bernyawa yg hanya tegak berdiri.
"Sekarang ajusshi nak kata kasut tu... hilang?"
"Eh? tak hilang. Ada. Cuma bukan pada tuan yg betul. Orang tu sepatutnya ambil beg ni, tapi dia terambil beg kasut yg ada kasut sebelah tu"
Siwon menelan air liur beberapa kali. Dia berharap apa yg berlaku ketika ini hanyalah imaginasi dia sahaja. Dia tidak sanggup membayangkan ekspresi wajah Min Yoongi jika tau perkara ini.
" kenapa banyak sangat bencana alam yg menimpa ke atas muka bumi ni? Apa salah aku?"
"Awak janganlah risau. Pakcik yakin, budak perempuan tu akan pulangkan semula. Pakcik kenal dengan dia"
"Ajusshi kenal dengan budak perempuan tu, Tapi ajusshi tak kenal lelaki paling kejam kat dunia ni" luah Siwon.
Fikirannya mula membayangkan wajah Min Yoongi memberi panahan mata dan kata ini pedas yg menusuk ke jiwa. Tiga hari tiga malam tidak boleh tidur.
"Paling kejam ?" Sonho terpinga-pinga.
"Bos saya"
Terkebil-kebil sekejap mata Sonho menerima jawapan daripada Siwon. Dia memerhatikan sahaja tingkah pemuda yg berada dalam keadaan gelisah.
YOU ARE READING
✓ [MINYOONGI] MR SWEET SAVAGE
Teenfikcemengisahkan seorang kehidupan lelaki yang trauma disebabkan kehilangan isteri, dan ia bertekad untuk tidak mahu mengenal mana ² perempuan. baginya, hati untuk insan bergelar "perempuan" sudah tertutup . dan hadirnya seorang gadis yang periang mengub...