Galago

99 10 10
                                    

Usai sahaja bekerja, aku mengorak langkah ke dalam rumah.

Rumah istanaku tercinta walau hakikatnya ia cuma rumah papan buruk. Tapi aku tetap bersyukur, sekurang-kurangnya aku ada tempat juga untuk berteduh.

"Park Nari."

"Ya ibu." Aku menghenyakkan sedikit punggungku ke birai katil lalu tangannya aku raih dan menciumnya lama.

"Ibu nak mandi." Katanya perlahan.

Aku mengangguk seraya kerusi roda aku dekatkan ke kamar kemudian badannya aku angkat berhati-hati.

Dengan mudah, kerusi roda yang diduduki oleh ibu aku tolak perlahan masuk ke bilik air.

••••••

Selesai sahaja mandi, pakaian ibu aku sarung ke tubuhnya.

Bedak talkum dituang ke atas tapak tanganku sebelum pipinya aku tepekkan lembut. Rambut pendek yang lurus kepunyaan ibu, aku sikatkan.

"Ibu... Ibu dah cantik dah. Dah wangi!" Kedua-dua pipinya aku cium geram. Comel lah ibu!

Ibu sebenarnya menghidap penyakit strok secara tiba-tiba. Tetapi, bukan keseluruhan badannya kena strok. Hanya separuh sahaja, yang separuh lagi boleh bergerak.

Kalau dipendekkan cerita, anggota kiri ibu tak boleh bergerak manakala anggota kanan ibu boleh bergerak.

"Terima kasih sayang, anak ibu" Tangan kanannya membelai rambutku lembut. Matanya yang berkaca aku tatap.

Aku tahu perasaan ibu sekarang ini. Aku dapat rasakan.

Aku hanya cuma tersenyum manis. Aku tak mahu tunjukkan yang aku lemah di hadapan ibu. Aku perlu kuat untuk ibu! Hee~

Bum!

Bunyi hentakan pintu yang kuat memeranjatkan aku dan ibu.

Muka ibu aku lihat. Riak wajahnya mesti tertanya-tanya apa yang berlaku tika ini.

"Takpe ya ibu. Biar Nari cek."

[C] cute letter : KTHWhere stories live. Discover now