Pfttt-- HAHAHAHAHA
Aku memandangnya yang sudah tergelakkan aku.
"Awak ingat kelakar ke buat macam ni? Jantung saya bagai nak gugur tau!" Aku mengetap gigi geram. Rasa nak terajang sahaja lelaki misteri yang berada di hadapannya ini.
"Ala.. Aku gurau jela. Kau ni janganlah ambil serius sangat." Katanya serta masih ada sisa tawanya. Amboi seronoknya gelakkan orang ya?
Aku memalingkan wajah daripadanya tanda protes. Dahlah aku panas kerana demam. Ditambah pula dia mengapi-apikan aku. Urgh!
Setelah lelaki itu mendapati respon aku yang tidak berapa baik dikala ini, dia pun berhenti dari ketawa.
"Okay. I'm sorry okay. Aku dah tak gelakkan kau lagi. Janganlah marah." Pintanya seraya tepat merenung wajahku. Aku rasa darah mula menyerbu muka aku.
"Kau-- tak sihat ke.. Park Nari? " Soalnya. Kedua-dua pipiku ditekup sambil menilik wajahku selamba.
Terbuntang luas mataku. Terkejut dengan tindakannya yang luar dari jangkaanku serta aku tertanya-tanya. Bagaimana dia mengetahui nama aku?
"M-macam mana kau tahu--"
"Shh.." Jari telunjuknya terletak elok di bibir aku.
"Kau nak tahu kan siapa aku yang sebenarnya?" Soalannya mendapat anggukan daripadaku.
Mestilah aku nak tahu!
Segala tingkah lakunya diperhati olehku. Tangannya ligat ingin membuka mask yang dipakainya.
Dengan perlahan-lahan, mask itu terbuka. What?! D-dia. Aku kenal dia ni.
"Taehyung sunbae?! Kenapa sunbae buat semua ni? " Tanyaku bertubi-tubi. Dia tergelak kecil melihat muka terkejut aku.
"Well. Aku sebenarnya dah lama sukakan kau. Tapi kau je tak notice aku. "
"Ha? Crush s-sukakan aku balik? I can't believe." Gumamku perlahan tapi tetap berjaya sampai ke pendengaran taehyung iaitu senior aku.
"Kau pun suka aku juga? Wah, tak sangka yang aku dan kau sebenarnya tak bertepuk sebelah tangan." Taehyung tergelak kecil. Kemudian, dia tersenyum manis ke arahku.
"Kenapa kau berhenti sekolah? I miss you a lot. " Lelaki itu mencebik.
"Hurm.. Saya sebenarnya ada masalah keluarga sikit. " Aku menunduk menahan air mata daripada jatuh. Aku terpaksa menipu. Aku berhenti sekolah kerana masalah kewangan dan juga aku dibuli. Aku tak perlu minta simpati.
"Jangan nak tipu aku la Nari. Aku tahu segala-galanya. Aku saja je tanya kau. Nak pastikan kau ni berselindung daripada aku ke tak." Tanganku pantas diraih. Tersentak aku dibuatnya.
"M-aaf tipu sunbae." Perlahan aku bersuara.
"Takpe. Aku boleh bantu kau untuk bersekolah semula." Aku memandangnya terkejut.
"Terima kasih jela. Saya tak nak susahkan sunbae."
"Tak. Kau tak susahkan akulah. Kau jangan risau, aku takkan suruh kau masuk sekolah yang lama. Aku tahu kau mungkin sedikit trauma. Aku akan pastikan kau selamat dan kau akan masuk sekolah baru. Dan yang paling penting, kau boleh berkawan dengan adik aku, Taera. Dia pun telah bersetuju. Papa dan mama aku pun bersetuju. Papa aku akan tanggung semua yuran sekolah kau." Jelas taehyung.
Aku mengeleng-gelengkan kepala.
"Tak boleh. Saya tak boleh terima. Ya, saya tahu peluang ini baik untuk masa hadapan saya. Tapi takkanlah semua papa awak nak tanggung. Saya rasa terhutang budi sangat."
"Kalau kau rasa macam tu, apa kata kau ikut cadangan aku." Aku berkerut dahi.
"Cadangan apa pula?"
YOU ARE READING
[C] cute letter : KTH
Cerita Pendek+ setiap hari, gadis itu akan menerima surat comel yang mengandungi coretan kata semangat untuk dirinya.