Kerusi roda yang diduduki ibu aku tolak perlahan. Stand yang berada di kerusi roda ku tekan.
Kemudian, aku melabuhkan punggung ke atas lantai papan yang beralaskan tikar mengkuang.
Aku melirik mata ke arah ibu. Patutkah aku cerita pada ibu tentang siang tadi? Bebola mata tertumpu pula pada Jangmi yang fokus membuat kerja sekolahnya dan seterusnya beralih ke ibu semula.
Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Hati pun meronta-ronta untuk memberitahu segalanya.
"Urm.. Ibu? " Aku memulakan bicara.
Mata ibu tertancap ke arahku. "Ya Nari. Ada apa? "
"Ibu.. Sebenarnya siang tadi, Nari ada terserempak dengan ayah. Ayah merayu untuk meraih kemaafan. Ayah juga nak bagi penjelasan tapi Nari degil. Nari hiraukan ayah. " Tidak mahu berbasa-basi aku berterus terang. Jari jemariku bersulam sesama sendiri. Gementar! Mana tahu ibu marah kerana sebut tentang ayah.
Tetapi ibu pernah kata, ayah tidak sama sekali sebut perkataan cerai. Dengan itu, perhubungan antara ibu dan ayah semestinya suami isteri lagi.
Ibu menunduk untuk memendam perasaan. Rindu terhadap suaminya tidak terhingga. Perlahan-lahan air mata jatuh membasahi pipi wanita itu.
"I-ibu? "
"Ibu rindukan ayah. Doa ibu termakbul nak. Akhirnya, ayah datang kembali kepada kita. Ibu bersyukur sangat. " Bibirnya terukir senyuman nipis.
"Ibu tak marah ayah? " Jangmi yang hanya mendengar mula bersuara.
"Tak sayang. Ibu tak marah. Disebaliknya, ibu memaafkan ayah. "
Aku lega sebaik sahaja ibu menutur kata sedemikian. Aku pun memaafkan ayah kerana ibu pun sama.
Aku mula melemparkan senyuman.
YOU ARE READING
[C] cute letter : KTH
Short Story+ setiap hari, gadis itu akan menerima surat comel yang mengandungi coretan kata semangat untuk dirinya.