01 | H I M

151 5 0
                                    

" YOU CAN CALL ME MONSTER ... ! "

Tasnim terpisat-pisat bangun sambil mengosok matanya yang masih mengantuk . Tangan pantas mencapai phone Oppo yang berada di atas meja sebelah katil . Phone pemberian ayahnya 3 tahun lepas semasa dia mendapat tempat ke 3 dalam peperiksaan . Walaupun murah dia tetap bersyukur .

Matanya ligat melihat jam yang tertera di lockscreen phone nya .

' 6:15 am '

' Alamak dah lewat  .' Tasnim terus letakkan phone nya kembali . Badan masih terasa letih mengemas biliknya semalam . 2:00 pagi tadi baru dia selesai mengemas ke semua barangnya . Maklum laa baru pindah rumah .

" Ayuni ! Bangun cepat ! Pergi sekolah ! ", kedengaran laung berserta ketukkan pintu dari Puan Aliya , umi kesayangannya .

" Yaa umi , Ayuni baru bangun ni .", balas Tasnim dari dalam biliknya .

" Okay bangun mandi terus , jangan tidur balik yaa , umi siapkan sarapan dulu ."

" Baik umi .", setelah membalas pesanan umi nya , Tasnim terus bergerak mengambil tuala mandinya di dalam almari dan masuk ke dalam bilik air .

×××

" Alhamdulillah segarnya .", Tasnim berjalan ke arah almari sambil memegang tuala paras lututnya yang masih terlilit di badan. Tangan pantas mencapai baju kurung sekolah barunya yang telah digosok semalam .

Setelah memakai baju sekolah , tangan ligat menyanggul rambut panjangnya . Uuuu suka betul rambut panjang ni . Umi pernah memaksanya memotong rambut kerana rimas tengoknya berjalan ke hulu ke hilir . Mengibas-ngibas rambut semasa membuat kerja . Haishhh Ayuni sayang tau rambut ni , 2 tahun Ayuni simpan , senang-senangnya umi suruh Ayuni potong .

Anak tudung putih dipakainya dan terus menyarung tudung sekolah . Tangan perlahan-lahan membetulkan tudungnya dan dilipat sedikit di kiri dan kanan pipi supaya lebih selesa dipakainya . Mulut di muncungkan dan ditiup ke atas supaya awning tudungnya terbentuk cantik .

" Hehehe hari ni tudung beri kerjasama yang baik .", Tasnim tersengih di hadapan cermin .

Setelah siap , Tasnim terus memakai jam tangannya dan mengambil beg duit di atas meja soleknya . Berjalan pula ke arah tepi almari baju dan mengambil beg sekolahnya .

Kaki pantas berlari ke arah dapur mencari umi nya .

" Umi ! Umi ! "

" Kenapa terjerit-jerit ni Ayuni . Umi ada ni haa .", balas Puan Aliya yang sedang menyusun cawan di rak .

" Hehehe Ayuni nak pergi dah ni takut lewat pula .", tersengeh Tasnim berjalan ke arah Puan Aliya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam .

" Haa kamu tak nak sarapan dulu ? ", Puan Aliya menggenggam erat tangan anaknya itu .

" Takpe laa umi , Ayuni makan dekat sekolah laa nanti .", Tasnim berjalan mengundur ke arah pintu rumah setelah umi nya melepaskan tangannya .

" Ye lahhh , pergi elok-elok jangan bawa laju sangat basikal kamu tu .", jerit Puan Aliya dari arah dapur .

" Orait umi ! Assalamualaikum ."

Setelah siap memakai stokin dan kasut sekolahnya , Tasnim mencapai basikal pink nya , tongkat di tolak dan terus menaiki basikalnya .

Sambil mengayuh basikal ke sekolah barunya , Tasnim teringat akan penyebab dia berpindah sekolah .

3 orang lelaki yang sering membulinya di sekolah lamanya lahhh penyebab dia berpindah sekolah . Sungguh tidak tahan semasa dibuli oleh mereka . Dia dibuli kerana dikatakan orang miskin , bodoh dan lembap .

' Siapa lahh orang seterusnya yang akan dibuli oleh mereka .' Tasnim hanya mampu menggeleng kepala . Kalau boleh dia tidak mahu berjumpa mereka bertiga lagi . Tak sanggup dibuli lagi .

Setelah sampai di pagar sekolah barunya , Tasnim menuntun basikalnya ke tempat letak basikal yang terletak di sebelah pondok pengawal . Turut dikunci basikalnya , takut hilang , so kena kunci laa . Kan ?

" Wahh cantiknya sekolah ni .", Tasnim tersenyum kecil sambil kaki melangkah mencari pejabat sekolah .

Bukkk !

" Aduhhh ", tangan Tasnim terus memegang pinggangnya setelah jatuh terduduk akibat terlanggar sesuatu .

" Lain kali jalan tengok depan . Guna mata , bukan guna telinga ."

Tasnim terus mendongak mahu melihat gerangan yang bercakap itu .

Cahaya matahari yang terang membuatkan Tasnim mengangkat tangan mahu melindungi matanya . Tiba-tiba seorang lelaki menghalang cahaya matahari daripada terkena Tasnim .

' Handsome .' perkataan pertama yang terdetik dihati Tasnim setelah melihat muka gerangan lelaki yang menghalang cahaya matahari tersebut .

" Hoi ! Berangan pulakk kau ni ! "

" Ehhh sorry . Saya tak sengaja terlanggar awak .", ujar Tasnim sambil bangun dan terus tundukkan kepalanya dengan tergesa-gesa .

" Ehh .", kepala diangkat apabila tidak mendengar apa-apa respon daripada lelaki tadi .

Rupa-rupanya lelaki tadi sudah pergi meninggalkannya . Kepala ditoleh ke belakang melihat lelaki itu berjalan pergi .

" Eiiii dia biar aku cakap sorang-sorang . Sakit kepala aku langgar dia . Badan tu keras gila , makan batu ke apa dia tu . Aku ingat langgar tiang tadi , tinggi gila nak mampus .", Tasnim meneruskan perjalanannya mencari pejabat sekolah .

" Haa jumpa pun . Ingatkan sesat dahh tadi .", tangan Tasnim terus menolak pintu kaca pejabat sekolah itu .

" Yaa , boleh saya bantu .", ujar seseorang apabila melihatnya berjalan ke arah kaunter pertanyaan .

" Saya nak daftar sebagai pelajar baru ."

" Ohh pelajar baru . Sekejap yaa dikk .", akak yang menjaga kaunter tadi terus mencari sesuatu di atas meja kaunter itu .

" Adik isi borang ni dulu .", akak kaunter itu terus memberikan beberapa helai kertas kepada Tasnim untuk diisi .

Setelah mengisi kertas yang diberi , Tasnim terus menyerahkan kepada akak kaunter tersebut .

" Okayy adikk ikut akak ke kelas baru adikk yaa .", ujar akak kaunter setelah membaca beberapa butiran di atas kertas itu .

Tasnim terus mengikut langkah akak kaunter ke kelas barunya .

~ 𝕐𝕒𝕪𝕒𝔽𝕝𝕠𝕨𝕖𝕣 ~

Aryan AyuniWhere stories live. Discover now