5 Emerald .
Ya , sekarang Tasnim berada di hadapan kelas tersebut sambil melihat akak kaunter yang telah membawanya kesini bercakap-cakap dengan guru yang berada di kelas tersebut .
" Adikk boleh ikut Cikgu Aisyah yaa .", kata akak kaunter tersebut setelah habis bercakap bersama guru itu .
" Okay . Terima kasih .", Tasnim menundukkan sedikit kepalanya kepada akak kaunter itu .
" Nama awak Tasnim ya ? ", Cikgu Aisyah bertanya setelah akak kaunter tersebut melangkah pergi .
" Yaa saya , cikgu ."
" Nama cikgu , Aisyah Dayana . Awak boleh panggil cikgu , Cikgu Aisyah . Saya guru kelas ni .", beritahu Cikgu Aisyah .
" Mari ikut cikgu masuk kelas .", ujar Cikgu Aisyah sambil tersenyum . Tasnim hanya mengangguk .
" Okey ! Beri perhatian semua ! Kita ada pelajar baru .", Cikgu Aisyah berkata dengan suara yang agak kuat kepada pelajar di dalam kelas 5 Emerald setelah melangkah masuk .
Semua pelajar terus diam sambil mata terarah ke hadapan kelas .
" Tasnim perkenalkan diri awak .", kata Cikgu Aisyah setelah pelajar semua diam .
" Assalamualaikum . Hai .", Tasnim tersenyum kekok .
" Nama saya Nur Tasnim Ayuni Binti Mohd Kamal , boleh panggil saya Tasnim .", ujur Tasnim sambil menunduk . Suaranya tak terlalu kuat , tak terlalu perlahan .
Tasnim mengangkat perlahan-lahan kepalanya untuk melihat pelajar yang akan menjadi classmate nya nanti .
Tiba-tiba Tasnim terlihat pelajar lelaki yang dia terlanggar pagi tadi di meja bahagian belakang kelas . Mata lelaki itu merenungnya tajam sambil tersenyun sinis .
Tasnim terus menundukkan kepalanya . Takut .
" Okey . Ada sesiapa yang nak tanya soalan ? ", tanya Cikgu Aisyah kepada pelajar 5 Emerald .
Ada seorang pelajar lelaki di bahagian kanan kelas mengangkat tangan sambil tersengeh .
" Farid ? ", kata Cikgu Aisyah .
" Awak ada boyfriend ? ", tanya pelajar yang bernama Farid tersebut sambil tersenyum-senyum .
" Huuuuu kau Farid . Asal ada pelajar baru perempuan ja mesti kau tanya soalan tu ."
" Huuu "
" Huuu "Pelajar 5 Emerald berkata kepada lelaki yang bernama Farid itu .
Tasnim hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya .
" Farid ! Apa kamu ni tanya soalan tu .", tegur Cikgu Aisyah .
" Alaa cikgu ni , tadi cakap sapa nk tanya soalan . Saya tanya laa .", ujar Farid sambil tersengeh menampakkan gigi .
" Haishh kamu ni tak habis-habis nak mengusik orang .", Cikgu Aisyah menggelengkan kepalanya dengan perangai Farid .
" Okeylah kalau macam tu . Tasnim , awak boleh duduk di meja kosong bahagian belakang .", kata Cikgu Aisyah sambil melihat Tasnim yang masih menunduk .
Semua pelajar kelas 5 Emerald terus terdiam dengan riak terkejut sambil memusingkan kepala ke arah belakang . Mereka melihat ke arah sebuah meja yang kosong dan melihat ke arah orang yang berada di sebelah meja tersebut berulang kali .
Tasnim mengangkat kepala perlahan-lahan melihat ke arah meja tersebut dan melihat di meja sebelah .
' Alamak ! Lelaki yang aku langgar tu duduk sebelah meja kosong tu .' Tasnim berbisik di dalam hatinya sambil menelan air liur . Kesat . Habis la kau Tasnim .
" Tengok aku pehal ! Tengok depan dah laa ! ", jerkah lelaki itu kepada semua pelajar yang melihatnya .
" Fahrel .", Cikgu Aisyah menegurnya perlahan .
" Maaf la Tasnim , awak terpaksa duduk situ sebab ada 1 je meja kosong .", ujar Cikgu Aisyah serba salah .
" Ehh takpa cikgu saya boleh je duduk situ .", kata Tasnim . Haishh kau ni , duduk je la situ Tasnim , janji ada kerusi meja cukup laa .
Tasnim bergerak perlahan ke arah bahagian belakang kelas . Tasnim menarik perlahan kerusi kosong tersebut . Dia tak mahu melihat lelaki yang berada di meja sebelah .
Fahrel yang berada di sebelah tingkap sengaja meletakkan kakinya di atas kerusi Tasnim .
" Fahrel , turunkan kaki tu .", Cikgu Aisyah yang melihat mula menegur .
Fahrel hanya merengus dan menurunkan kakinya . Tasnim meletakkan begnya dan terus duduk .
" Okey , keluarkan buku teks Bahasa Melayu sekarang .", arah Cikgu Aisyah .
Tasnim mengeluarkan bukunya dan kotak penselnya dan diletakkan di atas meja .
Baru saja dia ingin mengeluarkan pennya , kotak penselnya ditolak jatuh oleh Fahrel dengan sengaja .
" Opsss , tak sengaja .", ujar Fahrel dengan selamba sambil membuat muka sayu .
Tasnim hanya melihat dan terus menunduk mengutip barangnya sambil mengetap bibir menahan air mata dari jatuh . Takkan laa dia nak kena buli lagi .
Perlahan-lahan Tasnim kembali duduk di kerusinya . Tasnim hanya melihat Fahrel di sebelahnya dengan ekor mata . Tak berani nak tengok terus . Lelaki itu sudah meletakkan kepalanya di atas meja dan mengiring ke arah tingkap .
' Dia tak buka buku ke ? ' Tasnim hanya menjongketkan bahu . Ahhh biarlahh dekat dia Tasnim oiii janji dia tak kacau kau sudah .
Tasnim terus menumpukan perhatian ke hadapan . Melihat Cikgu Aisyah mengajar .
×××
" Okey . Sampai sini saja sesi pembelajaran dengan saya .", ujar Cikgu Aisyah sambil menutup bukunya dan bergerak ke arah meja guru .
" Bangun ! Terima kasih cikgu ! ", ucap seorang pelajar lelaki di hadapan kelas sambil berdiri diikuti pelajar lain . Tu mesti ketua kelas kan ? Kan kan ?
" Sama-sama .", Cikgu Aisyah terus melangkah keluar dari kelas ini .
Tasnim terus duduk kembali di atas kerusi . Mata melihat ke arah meja sebelah . Lelaki itu pergi ke tandas tadi . Nasib baik tak gugur jantungnya bila teringatkan lelaki itu .
Tadi semasa dia tengah fokus , tiba-tiba lelaki itu menumbuk meja sebelum bangun dan terus meminta izin untuk ke tandas . Selamat dia tak terbaling pen yang berada ditangannya akibat terkejut . Kus semangat tahu tak .
" Hai Tasnim . Nama aku Wadina .", tiba-tiba pelajar yang duduk di hadapan Tasnim memusingkan badan ke arahnya sekaligus mematikan lamunannya .
" Errk hai ", balas Tasnim sambil tersenyum kekok .
" Aku nak kawan dengan kau boleh ? ", tanya Wadina sambil tersengeh-sengeh .
Tasnim terus tersenyum lebar . " Boleh ".
" Hai Tasnim .", tiba-tiba dua orang pelajar perempuan datang ke arahnya sambil menyapa serentak .
" Hai .", Tasnim tersenyum melihat mereka .
" Kitaorang nak kawan dengan kau jugak . Boleh kan ? ", ujar salah seorang daripada mereka berdua yang lebih tinggi .
" Boleh je .", balas Tasnim .
" Nama aku Sarah . Dia ni Anis .", beritahu gadis yang lebih tinggi itu .
" Kelas , bangun .", tiba-tiba seorang guru melangkah masuk ke dalam kelas .
Sarah dan Anis terus melangkah ke tempat mereka . Wadina terus memusingkan badan ke hadapan .
~ 𝕐𝕒𝕪𝕒𝔽𝕝𝕠𝕨𝕖𝕣 ~
YOU ARE READING
Aryan Ayuni
Romance" I can't be your first love but i promised to be your last love ." ××× Bagi Fahrel , kehadiran Tasnim yang sering mengganggu hidupnya , membuatkan Fahrel menjadi lebih 'nakal' di sekolah . Dibulinya Tasnim dengan pelbagai cara . Tapi dirinya saja y...