03 | M O N S T E R

125 5 0
                                    

Kring !

Bunyi loceng yang ditunggu-tunggu oleh para pelajar menandakan waktu rehat akhirnya berbunyi .

" Terima kasih Cikgu .", ucap ketua kelas tingkatan 5 Emerald iaitu Adli setelah guru subjek geografi mahu melangkah keluar .

Tasnim terus menutup buku teksnya dan menyimpan segala alat tulis di dalam beg sekolah . Itulah tabiatnya setelah habis belajar . Terus simpan dalam beg kerana takut tertinggal semasa pulang ke rumah nanti . Lepas tu homework nak buat macam mana kalau tertinggal alat tulis . Kan kan ?

" Tasnim , kau rehat dengan kitaorang ehh .", ujar Wadina terus menarik tangan Tasnim keluar dari kelas diikuti Anis dan Sarah .

Tasnim hanya tersenyum mengikut langkah mereka .

" Weyhh Sarah , kita nak makan apa hari ni ? ", soal Anis sambil memandang Sarah .

" Aku nak makan nasi laa . Perut minta nak makan nasi hari ni .", balas Sarah sambil mengusap perutnya . Kami semua tergelak kecil dengan sikap Sarah yang tak tahu malu itu .

" Kau okey ke nak makan nasi ni ? ", soal Wadina kepada Tasnim yang hanya memerhati kawasan sekeliling .

" Okey ja ."

" Jom beratur cepat . Nanti ramai lepastu tempat duduk tak ada , susah nanti .", kata Anis sambil berlari anak ke arah kaunter jualan nasi . Wadina , Sarah dan Tasnim turut berlari anak mengikut Anis yang telah beratur .

Tasnim hanya mengikut langkah mereka ke arah meja yang kosong sambil membawa sepingan nasi ayam dan segelas milo ais .

BUKK !

Terundur Tasnim beberapa langkah kebelakang apabila terlanggar sesuatu .

" Woi ! Kau ni buta ke apa hah ?! "

Tasnim terus mendongak melihat orang yang di langgarnya . Tasnim tergamam seketika .

' Alamak aku terlanggar dia lagi .'  desis Tasnim sambil perlahan-lahan menundukkan kepala apabila semua pelajar yang berada di kantin melihat ke arah dia dan lelaki ini , Fahrel . Malu .

" Kau lagi ! You hit me twice ! What do you want hah ?! ", Fahrel menunding jari ke arah muka Tasnim .

" Maaf ."

Fahrel mendekatkan mukanya ke arah muka Tasnim .

Tasnim yang agak terkejut terus menjarakkan mukanya kebelakang .

' Ishhh dia ni kenapa ? Nak dekat dekat muka dia dengan aku pula ? Tapi handsome la .'  hati Tasnim mula berbicara .

" Tak habis-habis dengan maaf kau . Aku lepaskan kau lagi kali ni . If you hit me again , you die .", usai berkata Fahrel terus menarik kembali mukanya sambil tersenyum sinis menampakkan sebelah lesung pipitnya .

Fahrel terus mengorak langkah pergi diikuti kawan-kawannya di belakang .

" Kau okey tak Tasnim ? ", Wadina terus menerpa ke arah Tasnim setelah bayangan Fahrel hilang dari pandangan .

Tasnim hanya mengangguk perlahan kepalanya . Terpegun dengan ke'handsome'man Fahrel .

" Hoi ! Berangan pulakk kau ni . Kau okey tak ? ", Farah menepuk bahu Tasnim perlahan .

' Eh eh Tasnim ni boleh pulak nak berangan . Dah la tadi dia langgar Fahrel . Tasnim ni tak tahu Fahrel yang sebenar lagi . Haishhh .'  Wadina berkata di dalam hatinya .

" Hahh . Ohh saya okey .", Tasnim tersenyum malu kerana tertangkap dia berangan tadi .

" Dah jom duduk la , waktu rehat dah nak habis ni .", Sarah bersuara mengajak kami ke arah meja kosong tadi .

Aryan AyuniWhere stories live. Discover now