Chapter 8

126 13 1
                                    

"Okay fine. Hah cepatlah," desak Jungkook.

"Okay macam ni. Dulu masa tingkatan satu..."

Flashback...

"Eunha!" panggil Yuju dari pintu kelasnya.

"Apa dia?! Nak ajak aku makan lah tu," teka Eunha.

"Letaklah beg dulu. Nanti aku datang,"

Eunha masuk ke kelasnya yang bising seperti pasar. Dia berjalan ke tempat duduknya dan membebel kerana kepenatan. Beberapa saat kemudian baru dia menyedari sesuatu.

"Student baru ke?" tanya Eunha sambil memusingkan badannya ke arah pelajar yang duduk di sebelahnya itu.

"Ya. Mingyu. Kim Mingyu,"  katanya.

"Oh. Sorry tak perasan. Ingatkan budak kelas ni. Diorang pun suka duduk sini kadang-kadang, sebab banyak angin luar," Mingyu hanya mengangguk dengan kata-kata Eunha.

"Oi! Cepatlah lapar ni," Yuju datang dari belakang Eunha dan menyergahnya.

"Eh perempuan ni. Sabarlah kejap. Dah jom," Eunha menarik tangan Yuju untuk pergi ke kantin.

"Budak baru ke tadi tu?" tanya Yuju sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi kantin. Tteokbokki yang panas ditiup perlahan.

"Ya, Mingyu nama dia,"

"Bukan ke tak boleh pindah sekolah kalau dah bulan September ni? Sebab dah nak exam," Yuju mengerutkan dahinya.

"Mana lah aku tahu. Parents dia pindah tempat kerja kot. Aku bukan jiran dia nak tahu semua benda,"

"Tapi ada rupa juga dia tu. Mesti ramai orang suka dia. Untung kau dapat duduk dekat dengan dia. Ish," Eunha memandang Yuju dengan muka jijik.

"Cakap ajelah yang kau sebenarnya nak suruh aku usha dia untuk kau kan?" tembak Eunha.

"Ala apa salahnya. Dia handsome kot,"

"Sekarang ni kau nak Jimin ke nak dia hah? Lalang betul kau ni,"

"Yelah. Aku nak Jimin. Tapi kau pergilah usha dia sikit. Mana tahu kau pula yang terpikat. Ehek,"

"Sila meninggal. Dia tu nampak tak fun. Baik aku main dengan kucing,"

*************

Eunha berasa serba tidak kena sepanjang kelas berlangsung. Dia menoleh ke kiri. Mingyu sedang sibuk menyelongkar bekas penselnya.

"Cari apa?" tanya Eunha dalam keadaan berbisik. Tidak mahu tertangkap oleh gurunya yang tegas itu.

"Tak ada apa," Mingyu membalas soalan Eunha bersama gelengan. Eunha mengangguk lalu fokus ke hadapan semula.

Dua minit kemudian, Mingyu menyelongkar bekas penselnya lagi. Eunha mula berasa geram dan memukul perlahan tangan Mingyu. Eunha meletakkan jari telunjuk di bibirnya sebagai tanda senyap.

Luv Star // EunKook [Complete]Where stories live. Discover now