Chapter 1

390 25 0
                                    

7.15 a.m. BangChin High School. Kelas 5-2

"Oi, tepi sanalah. Aku nak duduk. Menyemak lah kau ni. Ada tempat sendiri tak nak guna. Menyusahkan betul," bebel Eunha.

"Alah kau ni. Bisinglah. Kejap je aku tumpang,panas. Aku dah nak sampai level 20 ni jangan lah kacau. Duduklah tempat aku kejap. Sehari aku tak tidur nak sampai tahap ni," balas Jungkook.

Eunha memandang Jungkook dengan muka tak puas hati dan mencampakkan begnya di atas meja.

"Ish kau ni. Dahlah meja bersepah. Sampah pun tak reti nak kutip. Apa function kau rembat penyapu sebelah haritu? Nanti mulalah si Minhyun tu potpet potpet. Aku jugak yang kena kemas. Apalah nasib. Ada tablemate pun tak ada function. Tau nak pau aku je," Eunha berleter dengan panjang lebar namun Jungkook hanya pekakkan telinga.

"Aduh, bisinglah kau. Potpet potpet jugak macam Minhyun tu.Nanti aku kemaslah. Dah nak menang ni,"

"Amboi, dah nak menang ye. Semalam tak tidur tu slide yang kena hantar tu dah siap ke belum?"

Jungkook memberhentikan permainannya. Dengan muka takut dia menggeleng perlahan. Risau kalau Eunha mengamuk. Boleh jadi arwah nanti.

"Aku memang dah agak. Sebab tu aku dah buat awal. Nak harapkan kau sampai kiamat pun belum tentu dah siap. Sembang kencang je lebih," sindir Eunha.

"Alah sorry lah. Lupa,"

"Lupa, lupa. Main mobile legend tu sampai pagi ingat pulak,"

"Eh eh. Yang kau nak membebel macam makcik ni dah kenapa? Suka hati aku lah. Tak kacau kau pun kan?" marah Jungkook tidak puas hati.

"Kau tu menyakitkan hati tau tak?! Suruh buat kerja semua malas. Anjing jiran aku pun lagi rajin daripada kau. Dasar pemalas!" Eunha membalas dengan suara petirnya.

"Oi, orang belakang! Senyap sikit please! Korang ni tak sah eh kalau tak gaduh sehari?!" Itu dia ketua kelas si ayam Seonho sudah bersuara.

"Senyaplah kau. Nanti diorang diam sendiri," kata Daehwi yang seram melihat Eunha dan Jungkook menjeling mereka.

Baru sahaja Jungkook hendak membalas kepada Eunha, guru mereka masuk ke kelas untuk memulakan pelajaran.

Waktu rehat. Di bilik muzik.

Eunha melangkah masuk ke bilik muzik dengan harapan rakannya, Yuju ada di situ. Namun, bilik itu kosong. Eunha mencari nombor Yuju.

"Yuju, kau kat mana? Aku kat sini. Tengok kau tak ada," tanya Eunha.

"Oh sorry weyh. Aku lupa nak cakap harini tak payah datang sana. Aku dengan Jimin kat padang ni. Kalau kau nak join, datanglah," balas Yuju.

"Lah, dating rupanya. Penat je aku naik tangga. Tak apalah aku pergi makmal komputer je. Nak check slide aku,"

"Okay, balik dengan aku tau,"

"Okay" Yuju menamatkan panggilan sebaik sahaja Eunha habis menjawab.

Eunha menapak laju ke arah makmal komputer. Dia tidak mahu berlama di tingkat empat sendirian kerana terpengaruh dengan kata-kata rakan sekelasnya. Katanya perpustakaan lama yang terletak berhampiran tangga di situ menyimpan banyak kisah seram. Eunha sudah pasti akan melangkah anak tangga secepat yang boleh. Kadang-kadang dia langkau empat anak tangga sekaligus walaupun kakinya pendek. Almaklumlah, budak ni kan penakut.

*************

Jungkook yang sedang menikmati tidurnya di dalam kelas dikejutkan dengan bunyi seseorang terjatuh. Ternyata itu SinB, crushnya! Dengan pantas Jungkook mengemaskan diri dan membantu SinB bangun.

"Kau okey tak? Macam mana boleh jatuh?" tanya Jungkook sambil mendudukkan SinB di atas kerusi.

"Aku terpijak air tu tadi. Entah siapa yang tumpahkan. Sakit lutut aku," kata SinB lalu menggosok lututnya.

"Kejap aku ada plaster," Jungkook mengeluarkan plaster dari poketnya dan menampalnya pada calar di lutut SinB. Dia meniup perlahan luka itu. Yelah kena berlembut. Itukan crush dia.

"Dah. Kau datang sini nak apa? Eunha tak ada,"

"Aku datang nak ambil aku punya barang kat Eunha. Boleh tolong tak? Kaki aku sakit. Kat dalam poket depan sekali, ada pendrive warna merah," pinta SinB.

Jungkook berjalan dengan semangat dan macho ke beg Eunha. Dalam hati berbunga-bunga crushnya minta tolong.

"Okay, thanks ya Jungkook. Thanks sebab plaster ni jugak," SinB meninggalkan kelas selepas mengambil barangnya. Jungkook hanya memerhati.

"SinB, kenapalah aku tak confess awal-awal? Tak pasal-pasal si Jeonghan dapat kau. Dahlah Jhope pun suka kau. Sadislah life aku ni," kata Jungkook sendirian.

Ya, dia memang sukakan SinB sejak hari pertama pindah ke sini. Walaupun SinB tu nampak ganas dan savage kadang-kadang, itulah yang membuat Jungkook suka padanya. Tapi, dia tak nak bagitahu sebab takut Jhope sedih. Jhope pun suka SinB tapi tak berani bagitahu. Akhirnya, Jeonghan si flower boy yang acah lebih di mata Jungkook tu jugak yang dapat. So, mereka pun officially couple. Tinggallah Jungkook dan Jhope dalam penyesalan sebab tak confess. (Eceh ayat)

"Oi, kau dah kenapa tersengih seorang? Sakit eh?"

-
-
-
-
-
TBC......

Luv Star // EunKook [Complete]Where stories live. Discover now