Chapter 6

156 15 1
                                    

Hari Sabtu yang menggembirakan datang lagi! Yuju duduk di ruang tamu sambil mencari rancangan yang menarik untuk ditonton. Tangan kirinya pula memegang semangkuk ramen yang baru dimasak.

Ting!

Yuju yang sedang menikmati sarapan tengah harinya itu terus terhenti sebaik sahaja melihat notification.

Eunha Jung
Online

Eunha Jung
Yuju, petang ni keluar nak?
Cari red velvet. Aku teringin

You
Pukul berapa

Eunha Jung
4.30

You
Okay. Tunggu aku kat rumah
Seen

"Oh yeah. Finally member aku nak keluar dari gua dia!" soraknya sendirian.

Jeogi haeya haeya...

Incoming call
Jeon Kelapa

Decline                              Accept

"Aduh, si Jungkook ni kacau jelah," bebel Yuju sebelum menjawab panggilan Jeon Jungkook.

"Ye kelapa. Kau nak apa?"

"Wah biadap sungguh anda ya. Aku manusia lah bukan kelapa!"

"Selamanya muka kau tetap macam kelapa di mata aku. Sibuklah kau ni. Pagi-pagi dah kacau aku. Kau nak apa?"

"Pukul 12.30 ni pagi ke? Dasar pemalas kamu,"

"Kau nak jawab soalan aku ke tak? Kalau tak aku letak,"

"Okay fine. Aku nak ajak kau teman aku pergi makan. Sendu siut makan sorang-sorang. Nampak sangat yang aku forever alone,"

"Sedar pun diri. Pukul berapa nak pergi?"

"Dalam 2.30 petang,"

"2.30 kau tu tambah sejam. Aku nak keluar dengan orang lain pukul 4.30,"

"Kau curang dengan Jimeng eh?! Sampai hati kau buat member aku macam ni!"

"Astagar. Jangan sampai aku lempang kau bila kita jumpa. Kebuduhan tu simpan lah sikit. Aku nak keluar dengan Eunha lah!"

"Oh. Ingatkan dating dengan pakwe baru. Nasib baik,"

"Pukul 2.30 ke 3.30?"

"2.30 aku sampai rumah kau. Ini betul betul betul. Bukan melayu,"

"Kau tu sembang je lebih,"

"Harini tak okay,"

"Yelah. Ish pergi main jauh-jauh. Kacau je," Yuju mencampakkan telefon selepas menamatkan panggilan.

2.30 petang

Luv Star // EunKook [Complete]Where stories live. Discover now