LAST💜

154 16 0
                                    

Setahun kemudian...

Matahari petang terik memancar. Kelihatan ramai orang meluangkan masa di Sungai Han. Lebih tepat lagi bersama kekasih mereka. Jungkook hanya duduk sambil matanya ligat memerhati keadaan sekeliling. Jam tangannya dipandang sekilas. 6.30 petang. Nafasnya dilepaskan perlahan-lahan.

“Rindunya,” katanya perlahan.

“Aku pun rindu pada kau,” Jungkook terkejut apabila sepasang tangan melingkar di lehernya. Kepalanya ditolehkan ke belakang.

“Hei Jung Eunha!” senyuman lebar terukir di wajah Jungkook apabila melihat gadis kesayangannya berada di depan mata.

“Ya Jeon Jungkook!” balas Eunha.

“Wow, makin comel sekarang,” puji Jungkook. Tangannya bermain-main dengan rambut Eunha yang kini sudah agak panjang.

“Mestilah. Dah ada boyfriend kenalah comel-comel,”

“Siapa boyfriend kau?” tanya Jungkook. Wajahnya berubah.

“Tu pakcik yang jual aiskrim tu,” jawapan Eunha membuatkan Jungkook muncung sedepa.

“Merajuk pula. Teman lelaki saya mestilah Jeon Jungkook yang handsome ni,” Eunha memeluk Jungkook sambil membuat muka comelnya. Jungkook tersenyum gembira.

Ya, mereka sedang bercinta. Sewaktu hari graduasi pada tahun lepas, Jungkook meluahkan perasaannya kepada Eunha. Mula-mula dia ditolak gadis itu. Namun, Eunha mula membuka hatinya selepas Jungkook beria-ria menunjukkan usahanya untuk memikat gadis itu.

Namun begitu, mereka tidak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti yang sama. Sukar juga untuk mereka berjumpa dengan kerap. Tetapi, mereka saling mempercayai antara satu sama lain walaupun jarang bertemu.

“Nasib baik tahu,”

“Kau datang sini naik apa?” tanya Jungkook.

“Jalan kaki ikut shortcut. Dekat,” dengan selamba Eunha menjawab walaupun dia tahu sebentar lagi Jungkook akan membebel. Hobi membebelnya sudah berpindah kepada Jungkook pula sekarang.

“Ish! Janganlah jalan seorang! Bahaya tahu tak? Kalau jadi apa-apa macam mana?”

Jungkook mula berleter. Gadis itu memang degil. Sudah berpuluh-puluh kali dia berpesan jangan berjalan kaki sendirian. Eunha memang suka buat dia risau.

“Ala, bukannya tak ada orang lalu jalan itu. Kereta pun ada okay,” Eunha cuba membela dirinya. Jungkook mengeluh.

“Yah! Jeon Jungkook! Jung Eunha!” Jungkook dan Eunha menoleh. Kelihatan dari jauh, Yuju sedang berlari menuju ke arah mereka. Tahulah dia atlet. Asyik nak berlari sahaja.

“Budak satu ni memang tak boleh kalau tak kacau aku nak dating. Sibuk betul kan Una?”

“Memang. Asal kita nak dating mesti dia muncul tiba-tiba,”

“Hai member! Dating ke?” Yuju menyapa mereka berdua dengan senyuman.

“Ish sibuk aje. Tak aman nak dating tahu tak? Dating tu keluar berdua bukan bertiga,” kata Jungkook. Yuju mencebik.

“Heh, ingat kau aje yang nak jumpa partner? Aku pun nak pergi dating juga lah. Dah ternampak korang aku tegurlah,”

“Kau ada boyfriend ke Yuju? Tak nak beritahu aku pun,” Eunha memukul lengan Yuju. Yuju pula sedang tersengih seperti kerang busuk.

“Ala, baru aje kenal dengan dia. Kenal dekat Plato. Nama dia Dokyeom. Ni gambar dia,” Yuju menunjukkan gambar lelaki itu. Mereka berdua hanya beriak biasa sahaja.

“Zaman bila main game? Orang study lah sekarang,” perli Jungkook. Dahulu, bukan main lagi Yuju mengatakan Jungkook terlalu obses dengan aplikasi itu. Sekarang dia pula yang terikut-ikut.

“Biarlah. Dahlah aku nak pergi ni. Bye,”

“Jangan percaya sangat. Hati-hati,” kata Eunha.

“Chill. Dia budak universiti aku lah. Aku ada bawa kawan lagipun. Jangan risau. Korang pergi dating dengan aman okay? Bye,” Yuju berlari pergi meninggalkan mereka.

“Aku ingat dia dah malas nak cari partner buat pengganti Jimin. Ada juga rupanya,” kata Jungkook. Dia tergelak kecil apabila teringat bagaimana Yuju dan Jimin bergaduh sehingga menarik rambut satu sama lain. Tentang apa dia tidak pasti. Mujur sahaja mereka sudah memutuskan hubungan dengan cara baik.

“Biarlah dia bahagia. Kita pun kena berbahagia juga sekarang.”

Eunha menarik tangan Jungkook menuju ke sebuah kafe yang ada di situ. Kafe yang dipenuhi pelbagai jenis macaron berwarna warni kegemaran mereka berdua. Eunha terus sahaja memilih beberapa biji macaron kesukaan Jungkook. Jungkook pula hanya duduk di tepi tingkap sambil memerhatikan gadisnya itu. Ah, comelnya dia.

“Nah, favourite kau,” Eunha meletakkan pinggan yang penuh dengan macaron pelbagai perisa. Tangan gebunya pantas menyumbat satu macaron ke dalam mulut Jungkook.

“Hei, tersedaklah nanti,” ujar Jungkook dengan mulut yang penuh.

“Tak apa. Kalau tersedak nanti aku buat CPR pada kau,”

“Oh pandai menjawab,” Eunha menjelirkan lidahnya pada Jungkook.

“Buatlah macam itu. Aku cubit nanti,” ugut lelaki itu dengan wajah garang yang dibuat-buat.

“Cubitlah. Kau memang suka cubit aku pun,”

“Sebab kau comel. Aku cubitlah.” Eunha hanya tersenyum kecil dengan kata-kata Jungkook.

*************

“Una, kau sayang aku tak?” tanya Jungkook sewaktu mereka duduk bersama di bangku di hadapan sungai.

“Kau pula? Sayang aku tak?” tanya Eunha kembali. Jungkook merenung langit malam yang dipenuhi bintang.

“Mestilah. Mulai sekarang, aku akan jadi langit yang gelap untuk kau. Supaya kau boleh jadi bintang yang terang untuk aku,” Jungkook menggenggam tangan Eunha dengan erat.

“Kalau aku bintang, aku akan jadi bintang yang menyinari hidup kau selama yang mungkin. Bintang paling terang yang hidup dalam hati kau,” Eunha menyandarkan kepalanya pada bahu Jungkook.

“Will you be my love star, little bunny?” tanya Jungkook kepada Eunha.

“Yes I will,”

The end...




Luv Star // EunKook [Complete]Where stories live. Discover now