Bab 3

4 0 0
                                    

PAGI itu abah tidak ke ladang. Kata abah kepada aku dia ada hal penting yang perlu dia selesaikan di pekan. Aku hanya mengangguk kepala dan terus berlalu untuk ke bilik air.

Waktu aku sampai di muka pintu bilik air. Pintu itu tiba-tiba terbuka. Syam Hakim keluar dari bilik air. Hanya tuala biru saja yang setia melilit tubuh putihnya. Badannya agak terdedah pada pandangan mataku. Aku terus pusing ke belakang sambil menutup kedua-dua belah mataku. Aku mahu melangkah pergi. Tapi spontan itu langkahnya terhenti. Dia kini betul-betul berada dibelakangku.

"Eh, Maaf ya." Katanya. Suara garaunya mengetuk gegedang telingaku.

Entah kenapa ucapan 'maaf' darinya itu membuatkan hatiku cair mendengarnya.

"Tak apa. Saya masuk dulu." Kataku setelah lama bendiri. Terus aku masuk ke dalam bilik air tanpa sedikitpun aku memandang wajahnya. Setelah lima minit aku berada di dalam. Aku keluar dan terus berlalu ke bilik tidurku.

Selepas bersiap ala kadar sahaja. Terus aku keluar. Mak ketika itu aku lihat berada di belakang rumah memberi makan itik dan ayam ternakannya.

Rumah ini terasa sunyi. Aku kira abah dah keluar. Sudah pasti membawa sekali Syam Hakim bersama. Mungkin hal penting yang abah cakapkan itu tadi ada kaitannya dengan Syam Hakim. Aku hanya menduga sahaja.

Sudah hampir seminggu Syam Hakim berada di rumahku. Semakin aku kenal setiap tingkah dan lakunya. Setiap malam Syam Hakim akan bermain gitar dan menyanyikan lagu hits terkenal Indonesia. Suara dia agak lunak dan sedap didengar.

Kata abah semasa aku berbual dengannya ketika kami balik dari ladang dua hari yang lepas. Syam Hakim balik ke Malaysia membawa hajat besar.

"Sya tahu kenapa Syam balik ke Malaysia?" Tanya abah kepada aku. Abah memandang aku seketika. Selepas itu abah fokus pada pemanduannya.

Aku hanya mengeleng kepada. Semua benda abah tahu. Kadang aku merasa cemburu dengan abah.

"Ingat lagi Pak Zariff?"

Aku angguk. Mata kualihkan ke wajah abah. Pak Zariff yang baik dengan aku. Pak Zariff yang selalu tolong keluarga aku ketika keluarga aku dalam kesusahan. Aku tidak pernah lupa akan kebaikan Pak Zariff. Tak akan pernah sesekali!

"Kenapa dengan Pak Zariff, abah?" Tanya aku kepada abah.

"Syam Hakim tu anak Pak Zariff. Syam Hakim balik ke Malaysia sebab dia nak cari Pak Zariff."

Lidah aku kelu. Aku sedikit terkejut mendengar kenyataan dari ulas bibir abah. Nak cari Pak Zariff? Bukan ke mak cakap…

"Mak ada cakap dekat Sya yang abah ada cakap dekat mak Pak Zariff tu dah duduk Indonesia dengan anak dia. Itu tak betul ke?" Tanya aku ingin kepastian.

Abah mengeleng kepala. "Tak betul. Syam Hakim dah ceritakan semua kepada abah. Sudah hampir dua puluh tahun dia tak pernah jumpa dengan Pak Zariff. Sebab tu dia balik semula ke Malaysia untuk cari Pak Zariff." Ulas abah panjang lebar.

"Abah tak tahu Pak Zariff dekat mana?" Tanya aku kepada abah.

"Tak. Sudah lama Pak Zariff tak telefon abah. Nombor telefon dia sudah tak aktif." Ulas abah. Keluhan berat abah lepaskan.

Aku pasti abah sedang khawatir terhadap Pak Zariff. Sudah beberapa bulan Pak Zariff menghilang. Dan aku yakin abah susah hati dengan situasi sekarang. Aku dapat menduga abah pasti mahu cepat-cepat mencari Pak Zariff dan menyatukan mereka semula yang sudah lama berpisah.

"Abah, Syam Hakim lahir dekat mana abah? Malaysia atau Indonesia?" Aku mengambil kesempatkan bertanyakan akan hal itu. Setelah agak lama abah terdiam.

Sya Dan SyamWhere stories live. Discover now