Bab 5

5 0 0
                                    

"SYAM pergi mana mak?" Tanya aku kepada mak yang sedang ralit menonton TV.

"Tak tahu pulak mak. Tadi ada dekat belakang." Mak kalih pandang aku sekilas. Selepas tu mata mak terpacak pula pada dada TV.

Kemanalah Syam Hakim ni pergi? Tadi aku cari Syam Hakim ke dapur. Tapi tak jumpa. Aku melangkah pula ke belakang rumah. Manalah tahu dia rajin nak bagi makan ayam dan itik mak tu. Tapi pun sama tak jumpa.

Aku naik semula dan membawa kaki ke depan rumah pula. Saat aku melangkah. Sayup-sayup aku mendengar suara perempuan yang sedang gelak ketawa. Disusuli suara Syam Hakim yang ikut sama ketawa. Syam Hakim berbual dengan siapa agaknya.

Aku membuka perlahan pintu utama rumah. Sedikit terkejut melihat gerangan perempuan itu. Aku mendengus kasar. Perempuan gedik rupanya. Perempuan gedik yang aku maksudkan adalah Suraya. Suraya ni nak cakap kawan aku tak juga. Berkawan tapi tak rapat. Ada apa dia datang rumah aku sebenarnya.

"Su!" Terjah aku.

Mata Suraya dan Syam Hakim tertumpu kepada aku.

"Kacau daun betul!" Dengus Suraya. Dia ingat aku kesah ke?.

Aku menjeling mata kepada Suraya. Sakit mata aku melihat Suraya duduk rapat-rapat dengan Syam Hakim. Macamlah ruang rumah aku ni sempit sangat. Sampai nak berhimpit badan macam ni.

Aku sedikit pun tak pandang wajah Syam Hakim. Tak tahu kenapa rasa cemburu hadir dalam hati aku saat Syam Hakim berduaan dengan Suraya.

"Ada apa kau datang rumah aku ni?"

"Saja aje. Niat nak jumpa kau. Tapi terjumpa pula lelaki kacak dekat sini. Sambil menyelam minum sekali air."

"Ada apa datang nak jumpa aku?"

"Yang kau hangin semacam ni kenapa. Tak boleh nak cakap elok-elok sikit dengan aku?"

"Dah elok dah ni aku cakap. Aku tanya je kan. Takkan aku tanya tu pun tak boleh. Kau datang sini pasti ada hal. Kalau tak ada hal. Bukan setakat kau. Batang hidup kau pun aku tak akan nampak."

"Raudah nak jumpa kau."

"Kenapa pulak dia nak jumpa aku?"

"Manalah aku tahu. Kau tanyalah dia sendiri."

Memang Suraya ni kawan rapat Raudah. Sebab itulah ada perasaan yang kurang enak aku terhadap Suraya. Dulu Surayalah yang kenalkan Raudah kepada Arman. Padahal Suraya tahu yang aku masa tu tengah hangat bercinta dengan Arman. Dah nak bertunang pun.Tapi dia sanggup buat aku macam ni.

"Aku balik dululah. Aku harap kau sudi jumpa Raudah. Dia cakap ada hal penting yang perlu dia selesaikan dengan kau. Bye handsome..."

Aku malas nak ambil tahu. Kalau dia nak jumpa aku. Datang saja rumah aku. Tak ada masa aku nak pergi rumah mak dia atau tetapkan lokasi dekat mana kami perlu berjumpa.

*****

Malam itu lepas je solat imsak. Aku terus masuk dapur. Mak sebelum imsak lagi dah pesan dekat aku.

"Nasi banyak dekat dapur. Gorenglah bagi Syam makan."

Niat dekat hati aku ni malas nak masak. Tapi bila mak dah bagi arahan. Terpaksa aku ikut.

Aku potong cili merah tiga batang. Lepas tu, aku potong bawang merah dan bawang putih masing-masing empat ulas. Sayur sawi dan lobak merah aku hiris cantik - cantik.

Aku masak ala kadar sahaja. Sedap pada anak tekak aku. Jadi siaplah.

Tak lama lepas tu. Syam Hakim dah menapak dekat dapur. Abah pun ikut sekali. Beberapa minit lepas itu mak pulak sampai dan mengambil duduk sebelah abah.

Aku capai empat pinggan. Empat gelas dan sudu sepasang dengan garfu.

"Sikit ke banyak, abah?" Tanya aku kepada abah. Abah ni biasa malam makan sikit saja. Jaga kesihatan katanya.

"Sikit sudahlah."

Aku letakkan nasi goreng pada pinggan dan hulur kepada abah. Lepas tu aku tanya mak. Mak pun mintak sikit sahaja.

"Letak banyak dekat Syam. Lusa dia dah nak balik dah." Kata abah membuatkan aku terdiam. Aku pandang wajah Syam Hakim. Lagak Syam Hakim bersahaja saja.

"Nanti mesti saya rindu masakan mak cik dan Sya." Tutur Syam Hakim lembut.

Selera aku terus hilang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 03, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sya Dan SyamWhere stories live. Discover now