Bab 2

7 0 0
                                    

PUKUL dua petang aku pulang dari rumah Siti. Siti tu kawan baik aku. Kami rapat sejak kecil lagi. Saja pergi rumah Siti berborak kosong dengan dia. Aku yakin pasti mak sedang tunggu aku. Sebab lepas abah balik bawa lelaki misteri tu aku terus angkat kaki. Lagipun aku dah penat masak tadi. Mak bagilah ruang untuk Aisya rehatkan badan sekejap. He he he.

Sampai sahaja di rumah. Aku mengambil keputusan untuk masuk dari pintu belakang. Kalau boleh aku tak nak bertembung atau berselisih bahu dengan lelaki yang aku yakin belum angkat kaki dari rumah aku.

Perlahan pintu dapur aku buka. Nasib baik tak terkunci. Seperti aku buka tadi. Seperti itu juga aku tutup pintu itu dengan perlahan. Tanpa menunggu masa terus aku meluru masuk. Aku yakin tiada siapa yang perasan termasuk mak dan abah aku.

Bau lauk pauk yang aku masak dengan mak tadi mula menerjah rongga hidungku. Namun bukan itu yang aku perlu utamakan saat ini. Sekarang yang paling penting sejukan tekak aku dulu. Jauh tadi aku berjalan.

Aku terus meluru ke peti ais. Satu botol air sejuk aku capai. Gelas yang berada atas meja pula aku ambil. Belum sempat aku tuang air ke dalam gelas. Ada suara asing menerjah telingaku.

"Mak cik kamar mandi dimana?"

Apa! mak cik? Aku salah dengar ke?

Perlahan aku mengangkat muka. Figura lelaki yang berbaju T putih dan berseluar pendek kelabu sudah terpacak hampir beberapa meter dari aku. Aku mendengus kasar.

"Saya bukan mak cik awak. Tolong jangan panggil saya mak cik. Awak nampak saya ni tua sangat ke?" Marah aku. Namun aku perlahankan sedikit suaraku agar tidak kedengaran ke telinga Mak dan abah di ruang tamu sana.

"Dimana? Bisu ya?" Tanyanya tanpa meminta maaf.

"Sana." Kataku sedikit kasar.

Dia nampak tersenyum dengan kata-kata aku. Sebelum dia masuk ke dalam bilik air. Sempat dia berkata.

"Makasih, mak cik." Katanya sambil besiur girang.

"Gila!" Kataku sambil menghempas perlahan gelas di atas meja. Kalau hempas kuat tadi pecah pula jadinya. Lagi satu takut mak marah.

*****

"BERAPA hari dia nak duduk sini mak?"

Mak mengeleng kepala tanda tidak tahu. Aku mengeluh perlahan. Entah mengapa kehadiran lelaki itu membuatkan aku sedikit tidak selesa. Aktiviti harian aku sedikit terganggu. Pakaian aku pula sudah berubah 360 darjah. Hampir 24 jam aku memakai tudung. Sebelum ini aku pakai ketika aku mahu keluar atau jalan-jalan sahaja. Kini tudung itu sudah menjadi rakan karibku. Kemana-mana aku pergi mesti aku pakai. Walaupun aku berada di dalam rumah sekalipun.

"Sya tahu itu anak siapa?" Tanya mak kepada aku.

Seperti mak tadi. Kini aku pula yang mengeleng kepala. Memang pertanyaan itu yang sedang bermain di dalam fikiran aku saat ini. Belum sempat aku bertanya. Mak sudah menyoal.

"Dia tu Syam Hakim, anak Pak Zariff."

Bulat mata aku. Serius aku tak tahu akan perkara ini. Memang muka dia ada iras Pak Zariff. Handsome sedap untuk dipandang. Kalau gadis dekat kampung tengok pasti akan cair. Aku pasti!

"Patutlah handsome macam Pak Zariff." Mak tensenyum mendengar kata-kata aku. Alamak tanpa aku duga aku telah memuji ketampanan dia. Ish mulut ni tak pandai nak duduk diam betul!

"Tak berkenan ke?" Sakat mak sambil ketawa melihat aku yang sudah duduk tak keruan.

Aku mencebik bibir. Berkenan? Memang taklah, mak. Muka saja hendsome tapi suka sakitkan hati aku. Dahlah dia panggil aku 'mak cik'. Ingat aku ni tua sangat ke? Jangan haraplah aku nak berkenan dekat dia.

"Mak tadi Sya ada pergi rumah Siti. Siti cakap Arman ada datang rumah dia tanya pasal Sya." Aku mengalihkan topik.

Niat untuk berbual kosong dengan Siti tadi mengalih pula pada kehadiran Arman ke rumah dia. Sudah aku cakap tadi. Siti itu kawan baik aku. Siti juga kawan baik kepada Arman.

Dulu semasa aku masih bercinta dengan Arman. Sitilah yang banyak mendengar luahan hati aku. Ketika Arman mahu berkahwin dengan Raudah. Siti jugaklah yang banyak menenangkan hati aku ketika aku tidak boleh terima kenyataan ketika itu. Begitu juga Arman. Sitilah tempat dia bertanyakan akan keadaan diriku setelah dia berkahwin dengan Raudah.

"Siti cakap apa?" Tanya mak. Wajah mak sedikit terkejut.

"Dia tanya Sya dah kahwin ke belum. Dia cakap nak jumpa Sya dan nak minta maaf dekat mak dan abah sebab buat Sya macam tu dulu." Terang aku kepada mak.

"Alah... benda dah lama buat apa nak kenangkan lagi. Mak pun dah maafkan dia. Mak anggap aje yang Sya tak ada jodoh dengan Arman. Abah pun dah lama tak bahas perkata ni."

Bahagia rasanya aku kerana ada mak dan abah yang macam ni. Mak dan abah yang selalu berfikiran positif dan tidak cepat melatah saat anaknya diperlakukan begitu. Mak dan abah yang tidak pernah menyimpan dendam kepada keluarga Pak Man. Aku bahagia sangat berada dalam keluarga yang macam ni.

Hampir pukul sepuluh malam mak pamit. Katanya mahu tidur. Waktu mak masuk bilik. Abah masih borak dengan Syam Hakim di ruang tamu.

Waktu tu aku dah mati kutu. Garu kepala yang semestinya tidak gatal. Seperti yang aku cakap tadi. Kehadiran lelaki yang bernama Syam Hakim sedikit menyukarkan aktiviti harian aku. Aku mahu masuk ke dalam bilik aku. Tapi masalahnya sekarang bilik aku tu betul-betul bertentangan dengan ruang tamu rumah. Entah mengapa aku jadi malu untuk melalui kawasan itu. Jadi aku terpaksa berada di dapur untuk seketika.

Aku mundar mandir di dapur selepas mencuci muka dan mengambil wuduk. Aku teringat yang aku belum lagi menunaikan solat fardu imsak.

"Kenapa Sya kehulur-hilir macam kucing hilang anak aje ni?"

Suara abah mengejutkan aku. Terus kaki aku terhenti melangkah. Terjengul tubuh abah diruang muka pintu. Aku tersengeh macam kerang busuk.

"Tak ada apa abah. Sya bersenam aje ni." Hanya jawapan itu yang terlintas dalam benak fikiranku. Buntu aku ketika itu.

"Buang tabiat. Orang bersenam pagi ataupun petang. Bukan malam macam ni. Sya... Sya."

Aku garu kepala.

Tidak lama selepas itu Syam Hakim datang dan menghampiri abah. Aku lihat dia senyum senget. Entah senyum kepada siapa dan senyum itu untuk apa. Aku kira senyum itu khas dia tujukan kepada aku.

"Ada apa, Pak cik?"

"Tu... hah... bersenam malam-malam buta macam ni. Macam tak ada masa nak buat esok aje." Jawab abah akan pertanyaan Syam Hakim.

"Tak apa Sya esok kita olahraga sama-sama ya. Saya juga sudah lama nggak olahraga. Mahu bersenam dengan saya, mak cik." Ketawa Syam Hakim. Abah juga tumpang sekaki.

Aku mengeleng kepada. Lekas - lekas aku keluar dari ruang dapur rumah. Sempat juga aku kerlingkan mataku memberi amaran kepada Syam Hakim akan kemarahan aku kepada dia. Tak hingin!

Sya Dan SyamWhere stories live. Discover now