Bab 4

1 0 0
                                    

TIDAK aku sangka pagi itu Arman akan datang ke rumah. Mula-mula tu aku tak nak keluar dari bilik. Biar Arman terus menunggu aku yang tidak mahu keluar. Jadi bila aku tidak keluar itu bermakna aku tidak sudi berjumpa dengannya.

Telahan aku tersasar jauh. Arman tetap menunggu aku setelah mak beberapa kali cakap dekat Arman yang aku belum sedia untuk berjumpa dengan dia. Kata mak Arman datang dengan anak bongsu dia.

Aku mengeluh kasar. Nak apa agaknya dia datang rumah aku pagi buta macam ni. Tak perlulah nak rasa bersalah sangat dengan perkara yang sudah lama aku lupakan. Sudah-sudahlah Arman. Hal lama jangan dikenang. Keluh aku sendiri.

Aku bersiap ala kadar sahaja. Dengan muka ketat aku keluar dari bilik. Aku bukan tak ada adab untuk melayan tetamu dengan baik dan ramah. Tapi pagi itu mood aku memang tengah merundum. Mood aku merundum setelah kedatangan Arman ke rumah.

Aku mengambil tempat disebelah mak. Tak banyak cakap dan aku tidak memandang sedikitpun wajah Arman saat aku duduk.

"Pergi salam sayang."

Arman menyuruh anak bongsunya bersalam dengan aku dan mak.

Perlahan dan sedikit ketakutan bayi perempuan yang berusia setahun itu datang mendekat dan menghulurkan salam kepada aku. Aku tersenyum menyambut salam lalu menyubit lembut pipi gebunya itu.

"Umur berapa dah anak kau ni Arman?" Tanya mak kepada Arman setelah aku diam dan tidak membuka bicara sedari tadi.

"Bulan tiga nanti dah masuk setahun, Mak Leha."

"Yang 2 orang lagi tu umur berapa? Lupa pulak Mak Leha"

"Aisyah dah 5 tahun. Syafiq pulak 2 tahun. Sekarang duduk dengan mama dia. Aisyah dah sekolah dekat Kuala Lumpur sana."

Mak mengambil bayi itu lalu meletakkan diatas ribanya. Bayi itu senyum ketika dia melihat aku. Dan aku membalas senyuman suci itu.

"Dah besar dah anak kau Arman. Sekejap aje."

Arman aku lihat hanya mengangguk.

"Sya kerja dekat mana sekarang Mak Leha?"

Tanya Arman. Soalan itu ditujukan kepada aku. Tapi sengaja Arman tujukan soalan itu kepada Mak.

"Tolong abah dia dekat ladang. Jadi kerani dekat rumah aje." Balas mak sambil ketawa kecil.

"Baguslah tolong keluarga. Sekurangnya ada juga yang tolong Mak Leha dekat rumah. Sakit demam ada yang tengok."

"Hari tu Kak Hani surah dia mengasuh anak dia dekat Selangor sana. Tapi tak jadi pergi. Pak Lang kau tu sakit 2 bulan lepas. Tak ada sapa yang nak jaga Pak Lang dekat hospital. kalau Sya pergi sana susah Mak Leha nak ulang alik ke Hospital. Mak Leha ni bukannya pandai bawak kereta. Kalau tak ada Sya ibaratnya tak ada kaki Mek Leha ni, Arman." Kata mak separuh seloroh.

Aku hanya menjadi pendengar yang setia. Seperti tadi aku masih diam membisu.

Tidak lama selepas itu mak bangun dari kerusi untuk pamit ke dapur. Aku juga ikut bangun. Namun aku kembali duduk setelah mak menyuruh aku menemani Arman di ruang tamu.

Aku mengeluh berat. Tidak ada apa yang perlu aku bincangkan dengan lelaki yang duduk beberapa meter dari aku itu. Aku kalih pandang selepas bayi yang aku tidak tahu nama itu merengek meminta susu botol daripada Arman. Arman melayani dengan penuh kebapaan.

Aku amati wajah Arman. Kacak seperti dulu. Wajah itulah yang aku puja dahulu. Namun wajah itulah yang memusnahkan rasa itu. Cinta aku buat Arman sudah lama terkubur tanpa nisan bersama luka yang Arman sendiri toreskan.

Saat ini tidak ada tersisa sedikit rasa cinta aku untuk Arman. Setelah peristiwa itu. Rasa cinta aku terhadap Arman itu juga mati bersama kenangan yang aku ciptakan bersama Arman suatu ketika dahulu.

"Arman minta maaf sebab buat Sya terluka dulu." Tiba-tiba Arman berkata. Perlahan dan sangat lembut Arman berkata. Tapi cukup kuat menyapa gegendang telingaku.

Aku angkat wajah memandang Arman. Sesaat pandangan kami bersatu. Selepas itu aku tundukkan kembali wajahku.

"Sya dah maafkan." Ucapku. Ada getaran diakhir ucapanku. Hampir enam tahu tidak bersua dengan Arman. Terasa seperti baru saja kami bekenalan.

Kami tak banyak bercakap. Mungkin Arman ralat mahu bertanya itu ini kepada aku. Mak hidangkan kuih tepung pelita kepada Arman. Biskut pulak kepada anaknya. Mak cakap aku yang buat kuih itu. Arman sempat memuji kuih yang aku buat ini sedap. Manis seperti orangnya. Aku tidak merasa apa-apapun akan pujian Arman itu. Letak gula manislah. Aku bukan manis. Muka macam ini dia kata manis. Dia memuji itu, pasti ada sebabnya. Mulut lelaki memang berbisa.

Setelah tiga biji kuih tepung pelita dan air sirap Arman habiskan . Arman pamit bersama anak bongsunya. Dia titipkan salam buat abah sebelum dia pamit. Kata Arman dia akan datang lagi ke rumah aku kalau dia balik ke sini. Setelah berpisah dengan Raudah. Dia sering balik ke kampung untuk menenangkah hatinya. Yang paling penting lagi dia ingin mencari pengganti Raudah disini. Katanya separuh seloroh.

Setelah kereta Proton Perdana milik Arman hampir keluar dari perkarangan rumah. Kereta abah sampai bersama Syam Hakim yang baru balik dari pekan.

*****

"Lelaki tadi siapa?"

Kata Syam Hakim saat aku melabuhkan duduk di kerusi belakang rumah. Sengaja mak letak kerusi di halaman belakang. Sambil mak beri makan itik dan ayam. Sambil itu mak boleh berehat. Memang setiap petang aku akan habiskan masa bersama mak dibelakang rumah sambil menghirup udara petang. Tapi kali ini bukan mak saja ada. Syam Hakim pun turut serta.

"Arman... anak Pak Man. Sudahlah Syam tak kenal juga." Balas aku bersahaja. Waktu tu mak asyik membasuh lantai yang dipenuhi najis ayam hanya beberapa meter dari kami.

"Pacar kamu?"

Tidak aku duga sedikitpun Syam Hakim akan bertanyakan soalan itu kepada aku. Aku cuba bertenang dan berfikir secara terbuka. Lagak Syam Hakim saat itu seperti aku ini perompak yang melalui sesi soal jawab oleh anggota polis.

Aku geleng kepala. Gelas yang berisi air batu kosong yang berada di atas meja aku capai. Lalu aku minum sedikit.

"Mantan pacarku."

Aku tidak dapat menduga riaksi Syam Hakim ketika ini. Mungkin Syam Hakim ingin tahu sahaja akan gerangan Arman terhadap aku. Sudahlah aku tidak mahu fikir yang bukan-bukan. Lagipun aku dengan Syam Hakim hanya kawan rapat sahaja.

"Suka tak ikut abah pergi ladang?" Tanya aku untuk mengalih topik perbualan baru.

"Aku suka ke ladang. Banyak buah yang aku boleh  makan. Tapi aku tidak suka kerana kamu tidak ikut." Balas Syam Hakim sambil tersenyum kepada aku.

Aku pandang wajah Syam Hakim sambil membalas senyum.

Aku tahu Syam Hakim bosan dekat sana. Aku kalau ke sana pun rasa macam tu jugak. Rasa nak balik cepat-cepat. Kat sana memang banyak buah-buahan yang boleh dimakan. Percuma pulak tu. Tapi tak ada kawan untuk berbual. Semua orang sibuk membuat kerja masing-masing.

"Sya biasa ikut abah ke ladang. Tapi hari ni rasa tak mahu ikut pula."

"Kenapa?" Tanya Syam Hakim.

"Sebab ada Syam."

"Kenapa dengan saya?"

"Sebab nanti abah tak kasi Sya ikut kalau ada Syam. Sebab abah dah sayang Syam lebih dari Sya."

Aku ketawa. Syam Hakim ikut ketawa. Ketawa aku mati saat mak menyuruh aku naik mandi. Kata mak, anak dara tak elok mandi lambat. Nanti lambat dapat jodoh.

"Datang dari mana pulak petua ni mak? Kalau mandi awal jodoh pun datang awal lah ye?"

"Tak tahu pulak mak. Dah pergi naik mandi."

"Baik bos!"

"Mandi cepat. Supaya cepat nikah."

Kata Syam Hakim saat aku melangkah masuk ke dalam rumah. Sempat lagi aku jelir lidah kepadanya.

Sya Dan SyamWhere stories live. Discover now