Korang pernah rasa tak? Macam mana rasanya bila kau dipulaukan oleh manusia dekat dunia ni?
Bukan kena pulau biasa.Tapi as if kau tak wujud langsung.
Nak tahu rasa dia macam mana?
It hurts like hell.
.....
Syahid menerangkan satu per satu konsep fizik kepada rakan sekelasnya di papan putih."Faham?"Syahid menanyakan kepastian.Namun sambutan yang diberikan sangat hambar.Tiada sesiapun yang memberikan reaksi.Rakan sekelasnya yang berjumlah 29 orang tersebut sibuk melakukan hal masing-masing.Termasuk cikgu tidak memberikan sebarang reaksi.
Dengan hampa Syahid kembali ke tempat duduknya. Sebabtulah aku kata it hurts like hell..
Akan tetapi pada ketika itu,Syahid tidak sedar antara 29 pelajar dalam kelas tersebut,terdapat 4 orang pelajar yang perasan akan kewujudannya.Namun mereka tidak dapat melakukan apa-apa kerana satu peraturan telah diwujudkan untuk memulaukan 7 orang pendosa di sekolah tersebut.Dan peraturan tersebut diwujudkan akibat satu insiden suatu ketika dahulu.
Dan Syahid salah seorang daripadanya.
.......
KRINGG!!!
Semua pelajar berpusu-pusu keluar rehat dan pergi kantin.Disebabkan keadaan Syahid yang dipulau oleh seluruh warga sekolah,pembelian makanan oleh Syahid di kantin juga terkesan.Dia terpaksa mencedok sendiri nasi ke dalam pinggan dan meletekkan sendiri wang kertas ke dalam bekas duit mak cik kantin tersebut.Walaupun sedemikian,tidak tertitik satu niat pun di hatinya untuk tidak membayar makanan yang dibelinya.Syahid terus berlalu pergi dari kawasan kantin dan bergerak ke belakang blok C sekolah.Dalam perjalanan dia terserempak dengan seorang pelajar lelaki.Di tangannya terdapat spray paint.Mereka bertentang mata dan pelajar tersebut terus beredar pergi ke kawasan belakang sekolah.
"Fik..." Syahid cuba mencapai pelajar tersebut tetapi tidak berjaya.Syahid amat mengenali pelajar tersebut.Aku tertanya jugak,betul ke tindakan yang korang semua buat ni? Aku tahu benda yang diorang buat dekat kita ni sakit gila.Tapi...betul ke cara korang buat ni just for attention?!
"Korang ni tak boleh terima takdir ke!!?" Syahid lantas menumbuk dinding bangunan sekolah tanpa sebab.
.....
Usai waktu sekolah,semua pelajar pulang ke rumah masing-masing.Kecuali Syahid,dia tinggal di dalam kelas menunggu sesuatu momen."Aku tahu,even aku buat benda ni pun,korang takkan perasan kewujudan aku.Tapi at least aku bagi korang keselesaan untuk belajar kan." Syahid bercakap bersendirian berserta berus dan cat di tangannya.
Tape di tampal berbentuk sebuah corak di dinding kelasnya.Berus di celup dan dinding tersebut di cat berselang selikan warna merah jambu pekat dan merah jambu cair.Apabila tape tersebut dicabut ia membentuk sebuah bentuk geometri segi tiga yang menarik.
Syahid puas dengan hasil kerjanya walaupun dia tahu tiada siapa yang akan hargai perbuatan dia.
Setelah selesai mengemas alatan-alatan mengecat,Syahid bersiap sedia untuk pulang ke rumah.Apabila dia menoleh ke belakang matanya terbeliak.Dia terkejut apabila ternampak seorang pelajar perempuan sedang duduk di barisan paling belakang memandangnya dengan senyuman.
Walaupun Syahid terkejut kerana seorang budak kelasnya tahu akan perbuatannya tetapi dia tidak kasih kerana dia tahu semua orang tak kisah langsung pasalnya."Its not like they care," lalu Syahid berlalu pergi..
"Lawa."
Dia terkejut.Dia memandang semula pelajar perempuan tersebut untuk meminta kepastian.
"Apehal kau pandang aku macam tu?"
"Kau cakap dengan aku ke?"
"Habis tu aku cakap dengan siapa? Hantu?"
"Takdelah...just..." reaksi dia teramat keliru.
"Just apa..? Kau ingat satu dunia nak palau kau ke? Kau tu manusia jugak kot.I dont know what cause you guys to be like this..but..aku tahu kau dah give up dengan semua ni."
Mata Syahid tiba-tiba berair.
Pelajar perempuan tersebut menyambung lagi. "Tapi aku nak kau tahu satu benda je.."
"Apa dia?" Syahid semakin selesa dengan pelajar tersebut."Even kau rasa useless kan..kau hidup je.At least kau tak buat jahat." pelajar tersebut berkata demikian dengan tenang sekali.
Syahid tersentuh dengan kata-kata tersebut."Sekarang bagitahu aku.Kau nak tak orang perasan kewujudan kau balik?" tanya pelajar perempuan tersebut.
Air mata Syahid tak tertahan lalu mengalir di pipinya. "Ya..aku nak sangat orang perasan kewujudan aku." Syahid tidak tahan lalu menangis.
Perempuan tersebut tersenyum. "Hehe thats it."
Buat pertama kali,Syahid berasa ada someone yang menghargai kewujudan dia.
"Dah lah jangan nangis lagi.Aku Yana.Jom aku belanja aiskrim." Yana tersenyum manis kepada Syahid."Terima kasih."
YOU ARE READING
DIA
Mystery / ThrillerSatu peraturan telah diciptakan di sebuah sekolah untuk memulaukan 7 orang pelajar di sekolah tersebut akibat insiden yang berlaku kepada kawan baik mereka di sekolah tersebut suatu ketika dahulu. Syahid,salah seorang daripada 7 pelajar tersebut men...