Haiqal mendaki langkah demi langkah tangga sekolahnya yang dianggapnya sebagai Gunung Everest kerana kelasnya terletak pada tingkat yang paling atas.Setelah tibanya dia ke tingkat atas nafasnya sudah tercunggap-cunggap.Perkara pertama yang Haiqal lakukan adalah mengambil botol minumannya dan minum.Ketika itu kelasnya 5 Marikh masih lagi gelap gelita."Haha as expected,aku paling awal.Maklumlah aku kan ketua kelas." Haiqal memberi pujian pada dirinya sendiri di dalam gelap.
Suis lampu diraba dan ditekan suisnya.Lampu terbuka.Pada ketika itu,Haiqal menjadi kaku secara tiba-tiba.Haiqal tergamam,terpaku melihat keadaan kelasnya."Kau biar betul,aku dah make sure semalam aku dah kemas kelas ni.Then aku pun dah kunci elok-elok.Kunci pun ada dekat aku sorang je.Macam mana kelas boleh jadi macam ni."
Apa yang menyebabkan Haiqal tergamam adalah kerana kelas 5 Marikh tersebut seperti baru dilanda ribut.Kerusi,meja terbalik dan bersepah.Cermin tingkap pecah.Lantai bersepah.Tetapi apa yang lebih mengejutkan Haiqal adalah papan putih kelas tersebut yang diconteng dengan cat berwarna merah tertulis..
AKU WUJUDLAH BODOH!!
Haiqal hanya terdiam di situ.
YOU ARE READING
DIA
Misterio / SuspensoSatu peraturan telah diciptakan di sebuah sekolah untuk memulaukan 7 orang pelajar di sekolah tersebut akibat insiden yang berlaku kepada kawan baik mereka di sekolah tersebut suatu ketika dahulu. Syahid,salah seorang daripada 7 pelajar tersebut men...