"Syahid,sampai bila kau nak jadi pengecut ni?" Fikri bertanya secara tiba-tiba.
Syahid terkejut dengan soalan Fikri. "Weh,kau tak rasa ke benda yang kau buat ni kerja gila? Kau dah bakar stor! Zer0 pulak dah cari pasal dengan Pengetua!"
"Then?"
Syahid terkejut dengan reaksi Fikri yang seakan-akan tidak kisah dengan perbuatannya.
Fikri sambung percakapannya, "Kau tak rasa benda yang diorang buat dekat kita dulu lagi gila? Ni baru aku dengan Zer0 tau.Muaz,Ryan dengan lagi dua budak tu tak start lagi."
"So,kau nak cakap korang buat semua ni pasal dendam lah?" Syahid cuba pertahankan pernyataannya."Kau ingat..Mia suka ke tengok kita buat benda ni...?" secara tiba-tiba air mata Syahid jatuh ke tanah.
"Asal kau sebut nama tu hah?" emosi Fikri terganggu dan agresif lalu melancarkan tumbukan kepada Syahid apabila mendengar nama Mia itu disebut.
Syahid tergamam.Terkaku di situ.Dia tidak percaya orang yang menumbuknya itu merupakan seorang kawan yang pernah berada di sisinya dahulu."Kau ingat Mia pun nak ke kita jadi macam ni? Kau kena tunjuk dekat diorang Syahid,yang Mia jadi macam tu bukannya sebab salah kita.Kau tahan ke jadi loner sorang-sorang takde siapa nak kawan dengan kau?"
Syahid hanya terpaku di situ sambil Fikri berlalu pergi.
.....
Di suatu wad kritikal,seorang pesakit sedang terbaring kaku dalam keadaan koma dengan memerlukan bantuan saluran oksigen.
Seseorang budak lelaki berkaca mata dan berbadan sedikit gempal berdiri di sebelah mangsa koma tersebut.Budak tersebut masih lagi dengan berbaju sekolah dan tag namanya tertulis Muaz.
Knock Knock!
"Assalamualaikum?" Syahid membuka pintu bilik wad tersebut dan memberi salam.Dia ternampak keadaan kawannya Mia yang masih koma dan tidak sedarkan diri semenjak kejadian hitam pada tahun lepas.Kemudian di sebelah Mia kelihatan Muaz yang kebetulan melawatnya juga."Oh Muaz,kau ada kat sini rupanya.So macam mana keadaan Mia?"
"Tadi Doktor datang dia cakap benda sama.Still tak sedarkan diri bagai."
Syahid hanya memandang rakannya yang sedang koma itu."Oklah Syahid.Aku nak gerak dulu." Muaz mengambil begnya dan mahu berlalu pergi tetapi ditahan oleh Syahid.
"Kejap.Aku nak tanya something."
"Huh? Apa dia?"
"Kau tak nak buat benda bodoh tu jugak kan?"
Muaz diam seketika lalu membuka mulutnya "Syahid,kau je yang bodoh sebab tak buat benda ni." Muaz hanya keluar dari bilik tersebut tanpa menghiraukan reaksi Syahid.
Syahid terkejut akan jawapan Muaz."Weh! Muaz! Apa maksud kau!?"
"Muaz!!?" Muaz tidak menghiraukan Syahid dan hanya berlalu pergi.
Tak guna."HAHAHAHAHA" satu suara gelak ketawa kedengaran di belakang Syahid."Ssup!! Syahid! Dah lama tak jumpa kau.Still bangang macam dulu kan?" Lelaki berhoodie biru tua tersebut menegur Syahid dengan nada sarkastiknya.
"Zer0! No,aku patut panggil...Asad!"
Ya,Zer0 ataupun nama sebenarnya Asad merupakan dalang disebalik slaid dewan sekolah yang digodam pada perhimpunan pagi tadi.Asad mempunyai kelebihan untuk menggodam sistem rangkaian sekolah bagi merevealkan rahsia sekolah ini.
"Syahid,aku nak cakap something dengan kau." Asad menutup komputer ribanya yang dibiarkan terbuka dari tadi di sebelahnya.
Asad berjalan kesebelah Syahid dan meletakkan tangannya ke atas bahu Syahid dan mengenggamnya dengan kuat."Aku akan make sure sekolah ni akan tunggang terbalik." Asad berbisik ke telinga Syahid.
Syahid begitu terkejut dengan pernyataan yang dikeluarkan daripada mulut Asad.Syahid sudah binggung apa yang telah terjadi pada rakan-rakannya.Dengan keadaan Mia yang masih koma dan tidak sedarkan diri.Dia hanya mampu redha.
YOU ARE READING
DIA
Mystery / ThrillerSatu peraturan telah diciptakan di sebuah sekolah untuk memulaukan 7 orang pelajar di sekolah tersebut akibat insiden yang berlaku kepada kawan baik mereka di sekolah tersebut suatu ketika dahulu. Syahid,salah seorang daripada 7 pelajar tersebut men...