-Setahun lalu-
Dia bertali leher.Baju dimasukkan segak ke dalam seluar.Kasut sekolah putih berkilat dipakainya dan dia berjalan dengan penuh keyakinan diri masuk ke dalam kelas.Salam dibagi."Assalamualaikum korang"
Senyap.Tiada balasan.Murid-murid kelas 4 Marikh tekun belajar."Haih,diorang ni kusyuknya belajar.Aku bagi salam pun tak nak jawab." Dia hanya tenang dan melangkah masuk ke dalam kelas.Dia terus menuju ke mejanya yang terletak di lajur dan baris yang paling belakang.
Oleh sebab bilangan pelajar 4 Marikh merupakan seramai 31 orang bererti bilangan mereka merupakan nombor ganjil,maka meja yang disusun secara dua meja setiap baris menyebabkan mejanya seorang yang paling belakang dan tidak ditemani oleh meja lain.Tetapi bagi dia,dia tidak kisah.Malah lebih selesa baginya duduk berseorangan di belakang.
Beg sandangnya diletakkan.Buku latihan Kimia tingkatan 4 dikeluarkan dan disusun di atas meja."Okay,masa untuk kita menelaah pelajaran." Dia juga memasang earphonenya ke telinga kerana baginya alunan lagu yang mengirinya ketika belajar mampu membantu dia untuk fokus.Lagu EDM karya Alan Walker - Alone dimainkan dan dia menikmati lagu tersebut berserta bait-bait liriknya sambil mengulang kaji pelajaran.
....
"Baiklah para pelajar dipersilakan duduk.Saya mahu mengambil kehadiran." Ustazah Halizah memulakan waktu terawal dengan mengambil kehadiran muridnya 4 Marikh.
"Aqil?"
"Saya"
"Safia?"
"Ada Ustazah"
"Muhammad?"
"Ya Saya"
"Syahid?"
Tiada jawapan.
"Syahid? Syahid datang tak?"
"Syahid tak datang Ustazah.Mungkin dia ponteng lagi kot?" Haiqal tolong menjawab.
Riak muka Ustazah Halizah berubah."Hah! Ponteng lagi! Dia ni biar betul.Kalau macamtu tak payah datang sekolah lah.Duduk rumah je lagi bagus."
Pada ketika itu,Dia yang tangannya sudah diangkat tinggi ke atas tergamam dan terkejut.Tangannya mula menggigil.Tag namanya dicabut.Dia melihat tag namanya yang bertulis...SYAHID.
Dia hanya perlu tahu kenapa? Kenapa dia dilayan sebegini rupa? Oleh rakan-rakan,oleh guru-gurunya.Sebenarnya dia sudah tahu dan sudah dapat agak tetapi dia cuba.Dia cuba sedaya upaya supaya menonjolkan diri agar sekolah menyedari kewujudan dia.Murid yang bernama Syahid itu sendiri tidak tahu mengapa satu sekolah memulaukannya dan menganggap dirinya tidak wujud.
Cuma kenapa? Kenapa DIA?
Masa berlalu dan kini sudah masuk mata pelajaran Matematik yang diajar oleh Cikgu Talib.Para pelajar sedang kusyuk menyiapkan tugasan Matematik yang Cikgu Talib berikan di papan putih.Namun tiba-tiba kesunyian di bilik darjah itu pecah dengan suara Cikgu Talib yang lantang dan kuat memanggil seorang untuk tampil ke hadapan untuk selesaikan soalan trigonometri di papan putih."Baiklah,siapa yang boleh jawab soalan dekat depan ni? Boleh angkat tangan dan tampil ke depan."
Syahid dengan beraninya cuba mengangkat tangan kerana dia tahu bagaimana penyelesaian soalan tersebut."Cikgu saya bo...""Cikgu biar saya buat" suara Syahid ditenggelami oleh suara Benjamin yang lebih kuat.Faktor yang kedua merupakan Benjamin duduk di bahagian hadapan maka lebih mudah untuk cikgu-cikgu melihat dia angkat tangan.
Cikgu Talib tersenyum."Hah! Macam ni lah contoh pelajar cemerlang.Berani mencuba."
Syahid hanya memandang dari jauh.Tangan Syahid masih di udara.Ketika dia ingin turunkan tangan,Syahid sengaja menghentakkan tangannya ke atas meja dengan harapan mampu mengambil perhatian.Namun perbuatannya bagai hujan jatuh ke pasir.Tiada seorang pun yang pandang ke belakang seperti apa yang diinginkan Syahid.
YOU ARE READING
DIA
Mystery / ThrillerSatu peraturan telah diciptakan di sebuah sekolah untuk memulaukan 7 orang pelajar di sekolah tersebut akibat insiden yang berlaku kepada kawan baik mereka di sekolah tersebut suatu ketika dahulu. Syahid,salah seorang daripada 7 pelajar tersebut men...