Part 3

12 3 0
                                    

Bosan

Itu la yang aku rasa sekarang, eomma pergi jumpa dengan Puan Kim, appa macam biasa la, keluar dengan perempuan kalau tak pergi kerja. Sekarang, korang tahu kan, kenapa aku benci lelaki.

Bukan itu sahaja, abang aku pun sama. Lepas pergi luar negara, bukan nak belajar tapi sibuk bersosial. Kesian aku tengok eomma, ada suami, curang belakang dia, ada anak lelaki, sibuk bersosial di luar negara, ada anak perempuan, lemah dalam mata pelajaran.

Eomma layak dapat suami macam Tuan Kim, dapat anak lelaki macam Jungkook, dapat anak perempuan macam Minhyun. Kalau eomma tahu apa suami dengan anak dia buat, confirm dia menangis.

"Jiyeon~" satu panggilan lembut membuatkan aku sedikit tersentak. "Eh, eomma, bila eomma balik? Jiyeon lapar la" kataku sambil mengusap perut yang sedang membuat konsert bts.

"Baru je tadi, kenapa tak makan? Makanan kat atas meja kan?" tanya eomma semula. "Nak makan dengan eomma" kataku mula membuat suara manja.

"Kalau macam tu, jom la turun, eomma jemput jiran baru kita" kata eomma dengan senyuman yang ikhlas. "Siapa?" kataku nak taknak. Biasa la, aku malas nak jumpa orang ni, leceh, tapi supaya jaga hati eomma, aku layankan aje.

"Puan Im" jawab eomma sepatah. "Puan Im?" tersentak eomma seketika mendengar suara aku yang lantang. "Ye, jom la turun" pelawa eomma sekali lagi dan berlalu pergi dari pandanganku.

Aku bangun dari birai katil lalu turun ke bawah untuk melayan tetamu. "Kita kena la buat baik kat tetamu mana tahu jadi menantu mithali nanti" kata- kata eomma pada minggu yang lepas terngiang-ngiang di fikiran.

Sambil aku termenung aku ternampak seseorang yang amat aku kenali......

Eh eh eh, jap.... tu bukan

Im Nahyun? Dia buat apa kat sini?

________________________

"Woi budak!!! Bangun!!!" sergahan seseorang membuatkan aku mengangkat kepalaku. "Kalau dah mabuk, balik, jangan merayap, esok sekolah kan?" aku memandang namja yang bersuara garau itu tanpa menjawabnya.

"Woi!! Hati2, kereta tu!!" kata-kata lelaki itu aku endahkan.

"Hahahaha"

Gelak tawa seseorang membuatkan aku berhenti melangkah. Jap, tu bukan ke

So hyun?

Aku tergelak sendirian, dia dengan seorang perempuan lagi. Aku tak kenal, tapi muka dia macam.....

Ji hyun

Mendiang girlfriend aku

To Be Continue

Ouh, author lupa nak cakap, author akan fokuskan kat cerita ni dulu and akan up pada hari Isnin dan Jumaat, double up tau

Library [KTH]Where stories live. Discover now