Alamak macam mana boleh terserempak dengan dia pulak.. Siapa? Jeon Jungkook, dia la orang yang paling popular kat dalam sekolah ni. Popular dengan apa? Dengan sikap baik hati, entah la ada sesetengah pelajar kata hati hati jika terserempak dengan Jungkook sunbae tapi baik je aku tengok, perangai dia tak sama dengan lelaki lain termasuk Baekhyun, dia selalu tolong orang, cuma... aku selalu nampak dia sedih lepas eomma dia meninggal, rasa kesian pun ada, tapi popular dia sampai satu sekolah kenal dia baik sangat tapi dia dah ada yeoja chingu😔 Lepastu, yeoja chingu dia curang ngan dia tapi dia still tak percaya, satu sekolah kenal perangai yeoja chingu dia. Kesian dia dapat yeoja chingu kikis duit, hmm... dah la satu karangan aku cerita pasal dia
Back to the story
"Awak tak apa2?" lembut je dia berbicara, aku cair gaiss. "Ouh, tak ape2" kataku lalu mengutip buku yang berteraburan di lantai. "Click My Luv? Macam best je" kata dia sambil mengambil salah satu buku yang aku baharu sahaja aku pinjam tadi.
"Haah, awak baca novel ke?" kataku melihat riak terkejutnya. "Main Character........ Jeon Jungkook?" Eh jap, pahal author letak nama main character tu sunbae, tak pe Jiyeon buat muka tembok je, k.
"Ouh, saya dah lambat nak masuk kelas, annyeong" kataku cepat2 mengambil buku tersebut dari tangannya lalu berlari anak ke kelas.
Tok Tok
"Kenapa kamu lambat masuk kelas?" itu dia, Cikgu Min. Asal aku lupa lepas rehat ada dia ni? "Maaf saem, saya ke tandas tadi tu yang lama" kelentong aku, kalau tak tipu malu aku depan kelas. "Dah, masuk duduk, tempat kamu" katanya mula fokus menulis pada papan putih.
"Weyh, Yeonie asal kau lambat sangat?" tanya Jungyeon, kawan baik aku. "Aku kat library tadi, lepas tu terserempak dengan Jungkook sun-" belum sempat aku menghabiskan cerita Jungyeon menjerit kecil. "Serius la weyh, hati-hati ngan dia tau" kata Jungyeon sambil pandang sekeliling.
"Buang tabiat ke apa?" tanya aku bila melihat Jungyeon pelik semacam. "Ada orang cakap dia tu suka...." jeda Jungyeon berbisik. "rosakkan perempuan" sambung Jungyeon. "Tak percaya aku, baik je aku tengok dia, kau jangan terpengaruh sangat dengan fans Jungkook tu diorang suka buat cerita tak betul" bantah aku terselit nasihat.
"Lantak kau la, jangan kata aku tak warning" kata Jungyeon lalu menyalin apa yang ditulis pada papan putih. Aku menggulingkan mata, dah tahu dah mesti merajuk tu. Nanti la aku pujuk.
_______________________
"Taehyung!!!" panggil wanita separuh baya yang duduk di atas sofa itu lalu ke arah anaknya. "Eomma ada bawakan kamu seorang perempuan cantik, Taehyung mesti suka" kata wanita itu atau dikenali eomma kepada Taehyung.
"Maaf eomma, Taehyung tak berminat" kata Taehyung lalu terus meninggalkan eommanya diruang tamu bersama gadis yang menungu kehadiran Taehyung dari sekolah.
"Takpe la auntie, Taehyung tak suka tak boleh nak paksa, Xia balik dulu" kata gadis yang bernama Xia Hwang lalu pergi begitu sahaja. Dah masuk kali ke-22 dia tolak gadis pilihan ibunya.
Dengan rasa yang geram Puan Kim atau eomma Taehyung, menaiki tangga sambil memanggil nama Taehyung. "Taehyung!!!" berkali-kali dia memanggil tetapi tuan punya nama tidak menyahut panggilan itu.
"Taehyung, jangan buat eomma macam ni, kamu kena muv on dengan dia, dia dah tak de" pujuk wanita itu dengan sabar. "Sesiapa pun tak boleh gantikan dia, eomma" jerit Taehyung dari dalam bilik.
"Dia dah takde Taehyung, tak ada gunanya bersedih akan kematian dia, yang mati takkan hidup kembali" kata Puan Kim tegas. "Buka la pintu ni, mari turun makan walaupun Taehyung tak nak eomma jodohkan kamu dengan orang lain" pujuk eomma Taehyung yang masih berkeras ingin Taehyung turun.
Klerk
Pintu terbuka membuatkan eomma Taehyung tersenyum melihat anaknya. "Jom turun makan" pelawa wanita itu sekali lagi. "Taehyung nak keluar" bagaikan selaras pedang tertembus di hati wanita itu apabila anaknya berkata begitu.
"Taehyung takkan buat perangai, kalau eomma tak buat dulu" kata Taehyung mula hilang dari penglihatan ibunya.
To Be Continue
Author pub pagi2 ni sebab tak boleh tidur