2

79 10 0
                                    

***

"Yoona, tolong hantarkan makanan ni ke rumah Puan Jeon," pinta mama.

Aku hanya mengangguk. Mangkuk tingkat yang mama hulurkan aku sambut. Kemudian aku keluar dari rumah dan menghala ke rumah Jungkook. Sambil itu aku menyanyi kecil untu menghilangkan bosan.

Aku menekan loceng berkali- kali. Pekak ke ke apa orang yang ada dalam rumah ni. Penat aku tekan loceng.Tak keluar-keluar.

"Anyeong! Tuan rumah.. oo.. tuan rumah. Ni Yoona yang comel datang ni. Buka lah pintu tuan rumah!! " Laungku dengan kuat. Aku sedar aku tak tahu malu. Alaa.. kisah apa aku, rumah bakal suami juga kan?

Tidak lama kemudian pintu terbuka. Haa.. power tak suara aku? Kalah loceng rumah.

"Kau nak apa memekak depan rumah orang ni? " tanya Jungkook. Tengok pada rambut yang serabai dengan mata kuyu macam ni, mesti baru bangun tidur ni. Mamat kelapa ni, dah pukul 3 petang baru nak bangun.

"Ni. Mama suruh hantarkan," aku menyerahkan mangkuk tingkat kepada Jungkook.

Tanpa rasa malu, aku menerjah masuk ke rumah Jungkook. Aku duduk di sofa dan membuka televisyen.

"Mommy kau mana?" tanyaku.

"Mommy tak ada," beritahu Jungkook.

"Pergi mana? " aku tanya lagi.

"Manalah aku tahu. Aku bangun tidur tadi mommy dah tak ada," jawab Jungkook.
Aku tidak bertanya lagi. Seronok pula tengok Didi and friend. Tiga ekor anak ayam yang tengah nyanyi tu nampak comel je.

"Yoon, " panggil Jungkook manja.

"hmm, "Jawabku. Malas aku nak layan baby tua ni. Dengan perempuan lain bukan main lagi hot, sexy. Bila dengan aku atau mommy dia macam baby. Macam budak tak cukup umur.

"Lapar, " ujarnya. Bibir dicebikkan. Matanya-juga dikelip-kelip beberapa kali.

"Tu makanan. Pergilah makan, " suruhku.

"Nak suap," kata Jungkook sambil membuat aegyo.

"Kaki nak kaki?" tanyaku sambil mengangkat kaki aku tinggi. Kaki fab aku ditayang hadapan mukanya.Segera Jungkook mengeleng.

"Alaa.. temanlah aku makan," pujuknya lagi.

Aku mengeluh kecil. Segera aku bangun dari sofa dan menuju ke dapur.Makanan tadi, aku hidang atas meja makan. Rasa macam jadi maid pula. Rasa macam dah bersuami pun ada.

"Telinga kau macam mana? " tanya Jungkook.

Dia mengingatkan aku kejadian dua hari lepas.

Flashback..

"Yoona,ni mama kamu datang cari kamu," panggil Puan Jeon dari tingkat bawah.

"Jungkook, beritahu mommy kau aku tak ada dekat sini. Cepat," arahku pada Jungkook.
Jungkook menurut.

"Yoona tak ada dekat sini, mommy," laung Jungkook.

"Tadi mommy nampak dia ada," balas Puan Jeon tidak percaya. Bunyi tapak kaki menaiki tangga kedengaran.Bukan seorang tapi, bersama mama.

"Jungkook mommy kau dengan mama aku naiklah. Aduh, macam mana ni? " tanya ku gelabah.

"Cepat menyorok," suruh Jungkook.

"Dekat mana?" tanya aku lagi.

Jungkook melihat sekeliling.

"Haa! Mari ikut aku," Jungkook menarik aku ke satu tempat. Ianya tandas bilik Jungkook.

"Weih asal kau menyorok sekali, " tanyaku pelik.

"Aku cemaslah," kata Jungkook.

"Shh.." Jungkook meletak jari di mulut. Mama dan mommy Jungkook ada dalam bilik.

Aku tersedar sesuatu. Badan aku rapat sangat dengan Jungkook. Aku menapak ke belakang setapak. Tanpa aku sedar aku terpijak sabun mandi. Aku tergelincir dan..

Debush!!

Aku terjatuh kedalam tab mandi yang ada air. Jungkook juga jatuh sebab aku pegang baju dia.

Mama dan mommy Jungkook segera pergi ke bilik air.

"Ya tuhan! Siapa yang ajar kamu bermaksiat ni Yoona?" tanya Puan Min. Telinga aku ditarik kuat. Hampir sahaja telingaku ini tercabut.

"Mama.Mama salah faham. Bukan macamtu.. " aku cuba menafikan.

"Mama suruh kamu kahwin kamu tak nak. Lepas tu sibuk nak buat maksiat," Telinga aku yang ditarik, dipulasnya pula. Tercabutlah telinga aku.

End Flashback..

"Telinga aku okay tapi rasa lagi sakitnya. Sebab benda tu, perkahwinan kita dipercepatkan," kataku perlahan.

"Kau tak suka?" tanya Jungkook.

"Aku tak kisah. Aku takut kau jer yang tak selesa. Yelah, kau kan ramai girlfriend. Mesti susah nak lepaskan," kata aku. Tapi sebenarnya aku pun tak suka.

"Tak apa. Girlfriend aku tak penting pun. Kau yang paling penting, " kata Jungkook tetapi ayat last aku kurang dengar sebab dia cakap perlahan. Aku pun malas nak tanya.

***

Part 2 dah di publish..
Kalau sempat siap, part 3 pun nak publish hari ni.. Don't afraid to vote and comment..Yuyu tak makan orang..
Special sarang from Yuyu 😘

Saranghae Mr. PilotWhere stories live. Discover now