***
Aku mengheret bagasi berisi baju dari dalam kereta. Perabot sudah tersedia di apartment. Jungkook langsung tidak membantu. Terpaksalah aku bawa empat buah bagasi ulang alik ke timgkat sebelas. Nasib baik ada lif. Kalau tak, aku biar je semua dalam kereta.
Aku masuk ke dalam rumah. Bagasi terakhir aku letak tepi pintu. Jungkook pula seronok je duduk bersantai atas sofa ruang tamu. Aku rasa aku tak kan menyesal kalau tiba-tiba dia mati kena hempuk dengan bagasi.
"Kau pergi letak semua tu dalam bilik hujung sekali.Tak payah guna banyak bilik nanti susah nak kemas." Kata Jungkook. Matanya langsung tidak memandangku.
Suka hati je mamat kelapa ni mengarah orang. Aku hempuk kepala dia betul-betul baru tahu. Aku mengheret keempat-empat beg sekaligus. Aku bukannya rajin sangat nak ulang alik.
Sambil itu, aku melihat sekeliling. Rumah ni agak besar. Ada empat bilik tidur. Tiga bilik air, dapur dan ruang makan. Ruang tamunya juga luas. Mesti selesa tinggal dekat sini.
Selepas itu, aku kembali ke ruang tamu. Aku duduk di sebelah Jungkook.
"Kook, kau marah aku ke?" tanya aku. Aku sengaja nak pujuk dia dulu. Kalau pujuk lepas kemas, nanti dia tak tolong aku. Bijak tak? Hoho..
Jungkook diam. Pandangan dia di alihkan ke arah lain.
"Jungkook, janganlah macam ni," aku masih lagi cuba memujuknya. Namun dia masih tidak menghiraukan aku. Aku tidak dapat bersabar lagi. Bab pujuk memujuk ni memang aku tak suka. Bukan kepakaran aku.
"Kau nak merajuk kau merajuk lah. Kau ingat aku kisah?Kalau nak makan usaha sendiri. Malas aku nak masak. Aku malas nak layan baebi tua macam kau ni. Kau ingat aku banyak sangat masa. Dengan baju-baju tu tak kemas lagi. Pergi mati dengan rajuk kau tu."
Tengoklah bila aku dah geram. Sampai suami sendiri pun aku suruh pergi mati. Aku segera bangun. Sekarang aku pula nak merajuk.
"Yoon." Jungkook menarik pinggang aku. Aku terduduk di atas pehanya. Dia memeluk aku.
"Jangan lah marah aku. Aku gurau jer. Maafkan aku eh?" pinta Jungkook. Dia mengucup pipiku sekali. Aku pula mudah sahaja termakan pujukan Jungkook. Siapalah lahirkan anak Jeon yang comel sangat ni?
"Yalah, " kataku. Aku melingkarkan tangan di leher Jungkook. Entah mengapa aku memeluk lehernya. Jin apa yang rasuk aku ni.
"Yoon, boleh tak aku minta sesuatu?" Tanya Jungkook. Apa pula yang suami aku nak ni?
"Apa dia? Aku akan cuba tunaikan kalau mampu. Jangan minta anak sudahlah. Aku tak bersedia lagi buat masa ni," jawab aku.
"Tukar panggilan kita, sayang?" pinta Jungkook. Kenapa pula anak Jeon ni? Okay lah tu kau-aku. Sweet apa.
"Kau nak aku panggil kau apa?" tanyaku. Sambil itu mindaku berfikir apa panggilan yang sesuai.
"Panggil saya abang ?"
"No. No. Aku geli. Saya panggil awak Jungkook je," aku membantah. Abang? Eei geli.
"Tak nak. Abang-Sayang baru sweet," pintanya lagi. Sweet kepala hotak hang.
"Tak nak abang. Awak-saya jelah," Cadangku.
"Tak nak. Nak abang-sayang, " Jungkook membantah. Suami siapa yang degil sangat ni? Tolong kutip.
"Whatevah," aku menggulingkan mata.
"Sekarang, kau tolong aku kemas baju," Aku meminta tolong. Jungkook diam. Hanya memandangku tanpa reaksi.
Aku mengeluh perlahan."Abang, tolong saya kemas baju," sekali lagi aku meminta pertolongan darinya. Kali ini dia tersenyum lebar. Gedik.
"Okay,sayang.Biar abang kemas baju. Sayang rehat okay? " Dia berdiri dari sofa yang diduduki.
"Tak boleh. Saya malu.Ada pakaian yang kecil-kecil tu. Biar saya kemas sendiri yang itu," aku membantah. Tak kan nak biar dia kemas pakaian dalam aku.
"Alaa..Tak apalah. Isteri saya punya juga.Awak pergilah masak ke sapu-sapu ke.Yang ni biar saya buat," kata Jungkook. Dia mula melangkah menuju ke bilik. Aku pula hanya melihat si kelapa yang degil.
Aku mengambil penyapu dan menyapu seluruh rumah. Nak memasak, tiada bahan. Nanti kena pergi shopping barang dapurlah jawabnya.
***
Nothing to say.
Just..
Don't forget to vote and comment.
YOU ARE READING
Saranghae Mr. Pilot
FanfictionYoona perlu berkahwin dengan Jungkook, rakan karibnya sendiri. Yoona tidak mencintai Jungkook tetapi dia sayang lelaki itu. Sayang sebagai seorang kawan baik. Lain pula bagi Jungkook. Dia telah mencintai Yoona.Tetapi Yoona tidak pernah tahu sehingg...