1

2.5K 34 25
                                    

Malam itu, aku tiba lewat di rumah guruku. Setiba aku di situ, terdapat seorang pesakit telah berada di dalam rumah guruku.

Tangannya terikat. Wajahnya kelihatan suram. Kepalanya bersopak; kudis-kudis kelihatan jelas di kepalanya. Tubuhnya kurus kering seperti sudah lama menanggung sakit dan hanya menanti hari untuk pergi menemui Ilahi. Sesekali pesakit itu ketawa, meraung dan juga menangis.

"Jebat, pergi ambik wudhuk cepat! Apa terpacak je dekat situ?" arah guruku. Aku yang dari tadi berdiri melihat keadaan pesakit bergegas untuk mengambil wudhuk. Ketika aku ingin mengambil wudhuk, pesakit tersebut merenung aku secara spontan. Bukan itu sahaja, aku juga diludah oleh pesakit itu. Jika diikutkan darah muda, hendak sahaja aku tinju-tinju pesakit tersebut kerana bersikap biadap.

Aku mencuci muka lalu mengambil wudhuk. Aku beristighfar untuk menyejukkan hati yang sedang menggelegak panas. Kemudian, aku duduk di samping guruku.

"Jebat, kau buka semua ikatan yang ada pada pesakit itu." Walaupun aku masih bengang dengan pesakit tersebut, aku tetap melaksanakan arahan guruku. Ketika aku sedang meleraikan ikatan-ikatan pada tubuh pesakit tersebut, sekali lagi, aku terkena sepakan padu pula daripada pesakit tersebut.

Selesai meleraikan semua ikatan, guruku berkata, " Kau jangan banyak cakap, Jebat. Ikut apa sahaja yang aku suruh. Perhatikan semua gelagat pesakit ini. Banyakkan memerhati dan belajar dari situasi."

Tangan pesakit laju menyentap rambutnya sendiri. Kini, baru aku tahu punca kepalanya bersopak. Bau darah hanyir menusuk ke dalam hidung kami. Cuba bayangkan. Rambut yang kita genggam, kita rentap sekuat hati. Apa yang akan terjadi pada kulit kepala kita? Itulah punca kepala pesakit menjadi kudis.

Ilmu Papan SekepingWhere stories live. Discover now