8

1.1K 28 6
                                    

Selesai urusan kembara rohani, Haikal menjadi sangat letih seperti baru lepas berlari walhal dia hanya duduk di hadapan guruku. Haikal dibekalkan dengan beberapa ayat pendinding diri.

Keesokan harinya, sekali lagi, Haikal dan keluarga datang ke rumah guruku. Haikal membawa berita bahawa perempuan yang menganiayanya datang ke rumah merayu-rayu agar dia dimaafkan. Haikal meminta pandangan guruku akan hal itu.

"Selagi mana dia Islam, selagi itulah dia adalah saudara atau saudari Islam kamu. Haikal... Kamu juga ada salah pada dia. Kamu permainkan hati dia. Dendam itu berpunca daripada perbuatan kamu sendiri. Sekiranya kamu menjaga ikhtilat kamu dengan wanita yang bukan mahram, in shaa Allah tak akan jadi macam ini. Ini adalah teguran Allah yang nyata untuk diri kamu. Maafkanlah dia dan mohon ampun dan maaf juga daripada dia," ujar guruku tenang.

Haikal dan keluarganya tersentak menerima teguran daripada guruku. Muka mereka kemerahan menahan malu.

Perempuan yang menganiaya Haikal tidak sampai dua minggu meninggal dunia akibat mengalami sakit yang lebih kurang sama seperti Haikal.

Akhir kata, jadikan cerita ini sebagai pengajaran hidup. Jangan sesekali permainkan perasaan orang. Jika tidak sudi, maka katakan yang elok-elok kerana kita tidak tahu sampai tahap mana orang sanggup menjahanamkan diri kita. Wallahu A'lam

-TAMAT-

Ilmu Papan SekepingWhere stories live. Discover now