4

1.2K 26 5
                                    

Malam itu, kami meminta keluarga Haikal untuk menyediakan daun bidara dan membawa air dari tujuh kolah masjid. Haikal juga diminta mendapatkan rehat yang secukupnya kerana malam itu hanya pengenalan awal rawatan kami kepadanya.

Rawatan kami mempunyai tiga fasa iaitu pengenalan, serangan dan yang terakhir sesi syifa serta sesi tarbiah.

Pada malam itu, aku dan guruku mengalami mimpi yang sama. Di kepala Haikal penuh dengan haiwan berbisa. Di perut pula ada ular dan sekeping papan hitam yang menekan perut Haikal.

Usai solat Subuh, aku menceritakan perihal itu kepada guruku. Guruku turut menceritakan perihal yang sama. Guru aku berpendapat bahawa ilmu yang dikenakan pada Haikal ialah ilmu papan sekeping atau ilmu yang dihantar untuk membunuh mangsa secara perlahan-lahan dan mengaibkan.

Ilmu Papan SekepingWhere stories live. Discover now