Nama pesakit ini Haikal. Sebelum Haikal menderita penyakit ini, dia ada menolak cinta seorang perempuan. Haikal seorang 'Happy Go Lucky'. Jadi, dia mudah dan cepat mesra dengan sesiapa pun. Dia juga suka memberi harapan palsu kepada para wanita sehingga dia dicop sebagai kasanova.
"Kalau aku tak dapat kau, kau ingat kau boleh terlepas begitu sahaja daripada aku? Kau pernah simpul mati perjanjian kau ingin menikahi aku. Tapi sekarang kau dah hancurkan hidup aku. Sekarang, masa kau pula rasa apa yang aku rasa."
Saban hari, tubuh badan Haikal semakin susut. Dia juga mengalami gatal-gatal di seluruh tubuh badan sehingga ke kepala. Selera makan langsung tiada, ibarat nafsu Haikal diikat. Haikal menjadi seperti orang gila; bercakap seorang diri, menangis dan yang paling mengerikan ialah Haikal mulai menggigit tangannya sendiri. Akibatnya, tangan kanannya mendapat infection.
Bukan itu sahaja, Haikal akan menghentakkan kepalanya ke dinding kerana ada suara-suara halus yang sering menghantuinya. Haikal juga akan mencabut rambutnya kerana dia tidak mampu lagi menahan gatal di kepalanya.
Ada suatu hari, Haikal bertindak seperti orang kurang siuman. Dia lari dari rumahnya tanpa seutas benang pada tubuhnya. Haikal terus dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Pihak hospital mengesahkan bahawa Haikal mempunyai masalah schizophrenia (mental disorder). Sepanjang tempoh beberapa bulan, keluarga Haikal berikhtiar dengan pelbagai cara seperti berjumpa dengan bomoh, uztaz dan sebagainya.
YOU ARE READING
Ilmu Papan Sekeping
HorrorIlmu papan sekeping ialah satu ilmu yang dihantar untuk membunuh mangsa secara perlahan-lahan dan mengaibkan. Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang terkena ilmu papan sekeping akibat daripada angkaranya sendiri. Ibu bapa lelaki tersebut...