'-four

42 17 1
                                    

Taehyung's POV

Perbicaraan mahkamah habis awal hari ni jadi disebabkan aku tak mahu ke pejabat dan tak mahu pulang ke rumah, aku menelefon Jennie untuk mengajaknya keluar bersama. Tetapi Jennie terlalu sibuk dengan halnya di butik miliknya itu.

Jungkook juga tidak dapat kerja separuh hari kerana kerjanya telah pun menggunung. Keluhan kecil aku lepaskan. Mungkin hari ni aku memang akan bersendirian.

Cafe dihujung jalan pejabat aku, aku tuju. Mungkin dengan Americano sejuk dapat membantu menghilangkan penat aku ni. Ya..

Setelah selesai mengambil pesanan, aku duduk di kerusi dihujung Cafe tersebut.

Sementara menunggu air aku siap dihidang, telefon aku belek. Tiba tiba aku terdengar kerusi di meja belakang aku ditarik oleh seseorang. Suara seseorang yang sangat familiar kedengaran dibelakang aku. Tanpa menoleh, aku hanya memasang telinga mendengar perbualan mereka.

"Tak apa sayang, Taehyung tak ada dekat sini." Mata aku membesar sebaik sahaja aku terdengar nama aku disebut. Betullah, dia orang yang aku syak ada di belakang aku. Aku masih tidak tahu dia bersama siapa tetapi aku masih mengekalkan kedudukan aku untuk terus mendengar perbualan mereka.

Tawa mereka berdua jelas kedengaran ditelinga aku. Terasa seperti ada pisau yang menikam dada aku melihat mereka bermesraan. Inikah rasanya dikhianati? Ini yang dia buat bila aku tiada? Tch, perempuan tak pernah cukup satu.

Imbasan mereka pada cermin dihadapan aku, Aku lihat. Terus sahaja air mata aku jatuh sebaik sahaja melihat mereka berciuman dibelakang aku.

Perempuan yang selama ini aku percaya, perempuan yang selama ini aku sayangi dan cintai betul betul khianati aku dibelakang aku. Sibuk? itu alasannya untuk curang? tch. Klise.

Setelah mereka berciuman, Jennie terus sahaja memegang tangan lelaki yang bersamanya tadi lalu selamba menyandarkan kepalanya dibahu lelaki itu. Rahang aku mengetat. Kecewanya aku melihat dia selamba memperlakukan aku begini.

"Encik, Americano sejuk encik dah sampai." Tegur pelayan itu sambil meletakkan gelas berisi kopi sejuk itu diatas meja. Aku mengangguk lantas pelayan itu beredar.

Gelas itu aku pegang lalu aku bangun dari tempat duduk aku menghadap mereka. Mereka masih lagi bermesraan dan masih lagi tidak perasan kehadiran aku disitu.

Aku menuju ke arah mereka dan terus mencurahkan kopi sejuk itu di atas kepala Jennie.

"What the-" Jennie bangun lalu matanya membesar sebaik sahaja melihat aku. Hilang terus nada marahnya setelah melihat siapa yang mencurahkan kopi di atas kepalanya.

"T-Taehyung.." dia cuba untuk mencapai tangan aku tetapi aku mengelak. Lelaki yang ada dengannya tadi hanya memerhati.

"Jadi sampai bila kau nak bodoh kan aku? Have so much fun hmm?" soal ku masih memandang matanya dalam. Panggilan mesra aku dengan dia serta merta terpadam.

"Taehyung, I can explain.." Mukanya jelas menunjukkan yang dia gugup. Tawa sinis terlepas dari bibir aku.

"Explain? Tak apa, Taehyung tak ada dekat sini, Can you explain?!" suara aku meninggi menyebabkan semua pelanggan dan pekerja disitu memandang kami. Aku mengajuk kata katanya tadi membuatkan matanya membesar.

"After make me trust you, make me fall in love deeper for you, I ask you, are you having fun Jennie Kim-ssi?!" Gelas yang ada di tangan aku, aku hempas ke lantai membuatkan gelas itu pecah dan membuatkan seluruh pelanggan termasuk pekerja disitu memandang kami. Nafas aku mula tak terkawal. Mata aku berair.

Jennie terkejut dan dia hanya menunduk menggigit bibirnya. Lelaki tadi juga cuma senyap.

Aku ketawa sarkastik. "From now on, we are over. Don't you fucking dare to come near me after this!"

[OG] Heartbeat • 김태형Where stories live. Discover now