"Kau seriouslah?" soal Aejung dengan riak wajahnya yang risau itu. Aku hanya mengangguk sebagai balasan.
"Sekarang ni Taehyung dah tahu tentang phobia aku. Haih, kalau boleh aku tak nak ada orang lain tahu pasal ni kecuali kau dengan 'dia'. Macam mana kalau Taehyung buat apa apa? Aku takut lah Aejung.." aku mengeluh kecil.
"Tak ada lah Hara, Taehyung bukan orang yang suka ambil kesempatan. Aku kenal dia.." Aejung mengusap belakang badan aku untuk menenangkan aku.
"Lelaki semuanya sama je Aejung.." sofa di ruang tamu rumah Aejung aku duduki. Bukan aku tak biasa datang sini. Lagipun Aejung tinggal bersendirian. Rumah Aejung sudah seperti rumah kedua aku pula.
"Habis tu Jungkook? Sama juga lah?" soal Aejung tiba tiba.
"Jungkook mungkin tak. Ya lah.. bagi aku dia gentleman." Aku tersegih kecil.
"Haih, bukan lelaki semuanya sama ke Cik Hara?" soal Aejung memerli aku. Aku hanya tersengih kecil.
"Boleh ke aku tumpang rumah kau dulu ni?" soal aku.
"Boleh je asalkan dia tak kacau kau lagi tapi.... Kau kena ceritakan pada aku semua yang jadi malam tadi tahu dan aku paling curious macam mana Taehyung boleh ada dekat apartment kau." Aejung memandang aku tajam.
_____________
Seminggu selepas kejadian itu aku hidup secara normal tanpa sebarang gangguan. Tapi aku tetap takut. Haih, dapat tahu yang 'dia' sudah kembali di Korea tak membuatkan aku senang langsung!
Telefon aku yang berdering mengganggu tumpuan aku mengajar murid murid aku. Aku meminta Aejung untuk menyambung pengajaran sementara aku menjawab panggilan. Skrin telefon aku pandang. Tiada nama?
"Hello?"
"Hello, ini Cik Hara ke?" suara seorang wanita kedengaran dari corong telefon. Aku tak dapat cam suaranya mungkin orang bank?
"Ya saya Hara. Ada apa ya?" soal aku.
"Saya nak daftar anak saya dalam kelas tarian awak. Kalau boleh, petang ni boleh kita jumpa untuk berbincang?" kata wanita yang sedang bercakap dengan aku ini.
"Boleh. Puan boleh datang ke ala-" belum sempat aku ingin menghabiskan percakapan aku, wanita itu memotong.
"Kalau boleh saya nak awak yang datang ke rumah saya. Saya susah sikit nak keluar.. Maklumlah, anak saya ramai." Kening aku terangkat mendengar ayatnya.
Kesian pula pada wanita itu jadi aku pun bersetuju. Memang pelik, tapi aku husnudzon je lah.
Selepas meletakkan telefon, aku kembali ke dalam studio. Aejung yang sedang memerhati murid murid yang sedang menari itu aku panggil.
"Petang ni kau boleh teman aku tak? Ada client nak daftar anak dia. Dia suruh aku datang rumah dia." Soal aku sambil memandang Aejung yang sudah berpeluh peluh itu.
"Tak boleh lah Hara. Aku dah janji dengan Jungkook nak teman dia cari hadiah untuk mak dia.. sorry tau." Aku mengeluh. Tiba tiba rasa tak sedap hati.
"Kalau kau nak aku boleh panggil Taehyung tolong temankan kau." Aejung mempelawa.
"Tak apa lah Aejung. Taehyung mesti banyak kerja juga. Tak apa. Aku boleh sorang sorang. Lagipun yang call aku tadi tu perempuan." Aku cuba menyedapkan hati. Aejung hanya mengangguk.
"Hati hati okey. Kalau ada apa apa terus call aku atau Taehyung. Jungkook pun boleh." Aku mengangguk bersetuju dengan Aejung. Mungkin dia risaukan aku sejak 'dia' kembali.
Selepas kelas habis, Jungkook datang untuk mengambil Aejung dan mereka terus ke pusat beli belah. Aku menuju ke kereta aku untuk pergi ke rumah wanita yang menelefon aku tadi. Dia telah menghantar pesanan lokasi rumahnya kepada aku. Terus sahaja aku menuju ke rumahnya mengikut lokasi itu.
Hanya bunyi muzik diradio menemani sepanjang perjalanan aku. Rumah wanita itu sudah dekat tetapi sepanjang laluan ini sunyi. Tiada satu kereta pun yang lalu lalang disitu. Wanita ini memang tinggal jauh dari bandar kah?
Aku pandang sekeliling. Aku lalui beberapa buah rumah yang agak usang sebelum sampai ke destinasi. Kereta aku, aku letakkan betul betul dihadapan rumahnya. Loceng yang terletak di pintu rumah itu aku tekan. Tiba tiba pintu dibuka dari dalam.
"Awak ni Cik Hara ke?" Aku tersenyum melihat wanita ini. Didalam dukungannya ada seorang budak kecil sedang tidur.
"Ya saya."
"Jemputlah masuk. Kita bincang dekat dalam." Wanita itu membuka pintu lebih luas untuk memberi laluan untuk aku masuk. Aku hanya mengikuti wanita itu dari belakang.
"Duduklah dulu Cik, saya nak buatkan air sekejap." Katanya. Aku hanya tersenyum melihat dia. Rumahnya agak kecil dan ada beberapa orang kanak kanak sedang bermain diruang tamu ini. Mungkin ini semua anaknya kan..
Wanita tadi kembali dengan dulang kecil dengan jug dan cawan yang terletak diatasnya. Dia mengambil tempat duduk dihadapan aku.
"minumlah." dia menghulurkan gelas yang dia telah isikan air kepada aku.
"Jadi puan, puan berminat nak hantar anak puan dalam kelas saya ke?" soal aku sambil menghirup air didalam cawan yang disediakan itu.
"Saya dengar awak ni guru tari paling bagus dekat Seoul. Jadi saya nak hantarkan anak saya kesana sebab dia nak belajar tentang tarian." aku mengangguk kecil.
"Puan b-boleh isikan m-maklumat tentang a-anak puan ya." tiba tiba aku rasa mata aku memberat. Aku menghulurkan sehelai kertas kepadanya. Badan aku rasa tak selesa. Mata aku tiba tiba berair menandakan yang aku mengantuk.
"Sekejap ya, saya ada buat biskut sikit tadi saya nak pergi ambil sekejap." wanita itu berlalu. Aku tersenyum memandangnya.
Kepala aku, aku letak pada meja. Aku tak tahu kenapa mata aku terasa sungguh berat. Dah beberapa kali aku menguap. Aku rasa lain macam. Oh tidak.. inilah perasaan itu. Aku cemas jadi aku mencapai telefon aku. Tangan aku menggigil. Panic attack aku dah datang. Nafas aku tak teratur.
Telefon dipegangan aku terlepas. Fuck! Aku cuba berdiri tetapi terus aku rebah. Pandangan aku terus gelap.
___________tobecontinuedApa jadi dekat Hara guys? Siapa lelaki tu? Hara selamat ke? Haaa stay tune okey! Genap 100 votes fanfic ni, saya buat triple update okey! Jangan lupa tekan votes and comments la sekali! Hehe thanks alot, Lots of love, I purple you! 💜💜💜💜
YOU ARE READING
[OG] Heartbeat • 김태형
FanfictionDegupan jantung yang sentiasa membuatkan aku berdebar, risau, gembira dan sedih. Sayang, jaga diri kau. Aku tak sentiasa ada. Start : 22 July 2019 End : - Plot fanfic ni semua dari hasil kepala otak sendiri. Hey copycat, otak kau takde function ke...