Setelah beberapa hari kami berapa di Pulau Jeju, akhirnya kami akan balik ke Seoul semula hari ini. Tak seperti hari hari biasa, hari ini Aejung banyak meluangkan masa dengan Taehyung berbanding Jungkook. Kami sudah ada dilapangan terbang Jeju. Aejung dan Taehyung sedang menguruskan bagasi bagasi untuk masuk ke dalam kapal terbang.
Aejung pelik harini. Yalah, dia seolah olah mahu menjauhkan Taehyung daripada aku. Bila aku berjalan disebelah Taehyung, Aejung menariknya ketempat lain. Ketawa bersama sama, Selamba sahaja Aejung merangkul lengan Taehyung. Dan Taehyung hanya membiarkan. Aku tak tahu kenapa, hati aku sakit. Aku cemburu?
Seriously?! No! Husnudzon jelah, diorang kan kawan... omo omo, kenapa aku nak kisah pula kalau Taehyung dengan Aejung ada apa apa pun. Kan?
"Hey, I feel you." Jungkook menyiku lengan aku sambil memerhatikan Taehyung dan Aejung dari jauh. Oh ya, Jungkook sukakan Aejung.
"You feel me what?" Kata aku tak faham apa yang Jungkook cuba sampaikan.
"Jangan buat buat tak fahamlah, kau cemburu kan? Jungkook ketawa kecil mengusik aku. Dasar arnab.
"Mana ada! Buat apa nak cemburu. Awak tu ha yang cemburu kan? Kan?" Aku mencucuk perutnya berkali kali membuatkan tawa Jungkook terlepas kuat.
"Okay! Okay! Janganlah cucuk lagi!" Jungkook memegang kedua dua belah tangan aku untuk menahan aku daripada terus mencucuk perutnya.
Tiba tiba Taehyung berdehem membuatkan aku dan Jungkook berhenti ketawa. Terus Jungkook melepaskan tangan aku. Heol.. Taehyung nampak marah. U-uh kenapa?
"Hara, ikut aku sekejap." Kata Taehyung lalu dia menarik tangan aku meninggalkan Jungkook dan Aejung.
Tiba sahaja di satu tempat yang agak tersembunyi dari pandangan orang lain, Taehyung berhenti tetapi dia tidak menoleh kepada aku.
"Tae?" Tegurku dan cuba untuk melepaskan genggaman Taehyung. Taehyung menggenggam tangan aku lebih kuat dan menarik aku dekat dengannya. Aku pasti Taehyung dapat dengar degupan jantung aku. Ugh! Jarak kami terlalu dekat buatkan aku menggigit bibir bawah aku kerana gementar. Aku menunduk tak berani untuk memandangnya.
Aku ada buat salah ke?
Taehyung menyelitkan rambut aku ditelinga aku. Serentak itu aku memandangnya kembali. Mata tajamnya tak lepas memandang aku membuatkan aku gugup.
"Still mad at me hm?" Katanya lembut. Terkebil kebil aku memandangnya. Ini tentang malam tadi ke? Aku menggeleng perlahan membuatkannya mengeluh.
Tiba tiba Taehyung mencapai sling bag aku. Aku tersentak dengan tindakannya. "Tae? Awak buat apa ni?" Aku menahan tangannya dari terus menyelongkar bag aku. Taehyung langsung tidak terkesan dengan genggaman aku pada lengannya dan terus mencari sesuatu.
Kening Taehyung terangkat sebaik sahaja dia dapat apa yang dia mahu. Aku turut memandang benda yang dia bawa keluar dari bag aku.
Pin?! Aku mengeluh kecil. Haish! Buat orang risau je dia ni!
"Pakai ni setiap kali kau pergi mana mana." Taehyung menyangkut pin itu pada rambut ikal aku.
"Kenapa awak beria sangat nak saya pakai pin ni?" Berkerut wajah aku dibuatnya pelik dengan sikap Taehyung yang berubah tiba tiba. Tangannya masih lagi mengusap rambut aku.
"Kau nampak cantik." Katanya. Aku dapat rasakan wajah aku memanas. Aku mengalihkan pandangan aku ke tempat lain tak berani mahu bertentang mata dengannya.
"Blushing hm?" Taehyung tersengih kecil melihat reaksi aku.
"M-mana ada! Saya d-demam! Demam!" Ugh, kenapa aku gagap pula ni?! Aku menunduk memejamkan mata aku memaki diri sendiri.
Tiba tiba Taehyung menarik dagu aku untuk memandangnya.
Dahi aku diciumnya sekilas dan dengan sekelip mata pipi aku pula diciumnya. Mata aku membesar, aku tak sempat untuk berbuat apa apa dengan tindakan Taehyung. Aku kaku.
"Demam apa kalau dahi tak panas tapi pipi dah macam kena bakar? Kau tak pandai menipu tahu?" Taehyung tersengih lagi. "Cepatlah Jungkook dan Aejung dah tunggu." Tangan aku ditarik untuk menuju ke tempat tadi semula.
Aku masih terkejut dengan tindakannya tadi jadi aku jalan agak kaku. Wajah sisi Taehyung aku pandang, dia masih lagi tersengih. Aku mengetap bibir kegeraman dan menjelingnya. Pegangan tangannya aku lepaskan dan terus berjalan laju dihadapannya. Benci!
_________tbc
Votes and comments gais 😞 barulah semangat sikit nak update 😞😭 lots of love, I Purple You. 💜
YOU ARE READING
[OG] Heartbeat • 김태형
FanfictionDegupan jantung yang sentiasa membuatkan aku berdebar, risau, gembira dan sedih. Sayang, jaga diri kau. Aku tak sentiasa ada. Start : 22 July 2019 End : - Plot fanfic ni semua dari hasil kepala otak sendiri. Hey copycat, otak kau takde function ke...