03.

2.9K 203 3
                                    

Di dewan umum, pelajar-pelajar tahun baru dan pelajar lama sudah mula memenuhi ruangan yang luas dalam akademi.

Gema suara orang bercakap terpantul-pantul sana sini di setiap penjuru dewan. Pelbagai jenis ragam manusia dapat dilihat sebalik kesibukan.

Di sebelah kanan dewan berdekatan dengan pentas, terdapat pelajar berpakaian mewah dan solekan tebal sedang berdiri dan berbual sesama mereka. Di sebelah belakang hujung kiri dewan, berkumpulnya pelajar lelaki sekelompok seakan tidak mahu berada di situ.

Di celah pelajar-pelajar yang lain, kelihatan juga seorang pelajar perempuan berpakaian seperti punk dan bercelak berdiri di situ dengan muka 'what the hell i'm doing her' mengunyah gula-gula getah dengan malas.

Namun begitu satu saja persamaan mereka, semuanya mengenakan pakaian warna gelap dan kusam seperti aura yang mereka tonjolkan.

Antara ramai-ramai pelajar di situ, paling ketara adalah gadis yang mengenakan kot labuh paras lutut berwarna merah jambu di balik hoodie putih yang dipandankan dengan legging hitam dan kasut sneker putih. Rambut yang disanggul malas membuatkan anak rambut keluar di sekitar dahi dan leher.

Gadis itu memandang penuh minat ke setiap orang di situ. Meneliti wajah-wajah di situ bersama senyuman lebar di bibir.

"Baiklah...Perhatian kepada semua pelajar-pelajar Akademi Dominion High."laung satu suara melalui mikrofon di atas pentas.

Serta merta suara orang berbual mati dan digantikan dengan senyap sunyi seperti ada hantu baru lalu.

"Kepada pelajar kemasukkan baru sila bergerak ke kanan dewan, manakala pelajar lama bergerak ke kiri dewan. Beratur dalam barisan panjang dan lurus..."arah lelaki bersut hitam dan berkemeja putih dan slack khaki hitam berkasut muncung tajam berkilat di atas pentas.

Seperti yang diberitahu, mereka semua di dalam dewan itu mula berpecah dan bergerak membentuk barisan di kanan dan kiri dewan dengan senyap. Hanya bunyi derap tapak kasut menghentak lantai seramik dewan itu sahaja yang kedengaran.

Setelah 10 minit berlalu, akhirnya dua bahagian terbentuk di dalam dewan tersebut. Bahagian kanan berdirinya empat barisan pelajar baru yang berjumlah 100 orang. Disebelah kiri pula dua puluh barisan pelajar lama berada. Masing-masing berdiri tegak memandang pentas.

"Terima kasih untuk kerjasama kamu..."ucap lelaki yang menyikat tengah rambut di depan mikrofon. Dia kemudiannya undurkan diri untuk memberi ruang pada lelaki yang bersut kelabu tetapi kelihatan lebih berkarisma dan intermidating.

Lelaki berambut putih sepenuhnya itu berdiri menghadap semua pelajar di situ dengan renungan serius dan dingin. Kebanyakan pelajar di situ mengenakan pakaian warna gelap dan suram. Kecuali seorang itu, paling ketara di antara pelajar di situ. Dari jauh lagi boleh kesan sebab warna pakaiannya kontra dengan pelajar yang lain.

"Selamat datang saya ucapkan kepada pelajar baru...dan selamat kembali kepada pelajar-pelajar lama...saya harap cuti musim sejuk kamu berakhir dengan baik."ucap lelaki itu dengan senyuman nipis di bibir. "Untuk yang belum mengenali saya, perkenalkan, saya adalah dekan dan pengetua akademi ini, Master Bradford Dominion, cucu ketiga anak sulung kepada pewaris sulung."sebut lelaki tersebut.

Pelajar-pelajar di situ memandang kagum ke arah lelaki itu. Seperti baru bertemu dengan idola kesukaan masing-masing ada yang sampai ternganga sebab terlalu kagum. Ada yang terbutang mata dan kaku memandang lelaki tersebut. Tapi tak semua, antara ramai-ramai di situ, hanya seorang sahaja yang memberi renungan biasa tanpa perasaan seperti tidak kisah dengan dekan tersebut.

"Taniah kepada yang berjaya terpilih untuk masuk ke akademi ini. Saya berharap kamu semua akan selesa di sini. Dan taniah juga saya ucapkan kepada pelajar-pelajar lama yang dapat meneruskan pengajian kamu di sini." ucap Bradford sambil memandang pelajar-pelajar di situ dengan senyuman.

4. Violet EllianaWhere stories live. Discover now