45.

2.2K 161 0
                                    

Hanya mengenakan seluar pijama pendek pangkal peha sutera warna merah jambu dan singlet putih, gadis bersanggul tinggi dan berkaca mata bulat itu duduk di jendela dengan kedua-dua kaki di tegakkan untuk menjadi meja dia baca kertas yang dipegangnya.

Sambil mengepit telefon di antara bahu dan telinga, Violet meneliti dokumen yang baru sahaja di poskan kepadanya sementara mendengar penjelasan dari si pemanggil.

"Lima syarikat ini telah bergabung disahkan mengadakan hubungan usahasama secara rahsia. Masuk tahun ini sudah tiga tahun mereka berkerjasama. Pelabur utama adalah syarikat O'Brian sendiri...yang mana dikongsi bersama dengan Norris, Quinn, Clement, Berke. Mereka cipta usahasama ini untuk menutup segala kegiatan disebalik tabir yang melibatkan wang haram dan pengelapan wang syarikat. Menggunakan lima syarikat ini, duit yang mereka peroleh akan diagihkan kepada lima buah bank secara berasingan. Dengan itu, tiada sesiapa syak kemana duit telah hilang sebab nama syarikat perkongsian yang mereka bina ini tiada dalam daftar pertubuhan syarikat perkongsian."jelas suara lelaki dalam panggilan tersebut.

Mata Violet meneliti setiap butiran di situ dengan kening berkerut. Hairan macam mana lima syarikat kecil ni boleh bersembunyi selama bertahun lamanya tanpa tertangkap. Kalau dia bertugas sebagai Menteri Lembaga Hasil dengan mudah mengesan kegiatan ni. Kecuali ada sesuatu atau seseorang di belakang lima syarikat ni yang bertanggunjawab cover mereka.

"Macam mana dengan sumber kewangan yang diagihkan. Dapat kesan induk bank?"soal Violet sambil menyelak helaian kertas seterusnya.

"Itu yang saya hendak sampaikan kepada cik. Tapi saya tak tahu bagaimana hendak sampaikannya. Saya khuatir sekiranya saya tersalah cakap..."

Violet membuat muka menyampah selepas mendengarnya. Dia paling tak suka kalau orang buat suspen macam ni. Cakap jer lah terus tak payah dan ber tapi-tapi bagai.

"Apa bendanya?"soal Violet.

"Saya telah check sebanyak berbelas kali untuk pastikan kesahihan siasatan ni. Dan ianya memang betul. Bradford Dominion sendiri adalah ketua dalang yang menutup kegiatan lima syarikat ni memandangkan dia mempunyai wide world range. Sebagai bayaran, mereka akan berikan 50 peratus hasil pengelapan duit syarikat dan wang haram elak cukai kepadanya..."

Violet tergamam, dia memandang terkejut ke dinding depannya. Deru angin petang menyapa wajahnya kerana jendela di sebelahnya tidak di tutup.

"Ayah saya?"soal Violet.

"Maafkan saya cik."

Violet mencengkam kuat telefon itu dan terus memutuskan panggilan tersebut sebelum termangu di situ. Tidak faham kenapa Bradford berurusan dengan mereka juga sedangkan ada jer ramai orang yang boleh bagi keuntungan.

Pada masa itu jugalah pintu bilik dorm terbuka. Muncul Natalia dengan wajah sugul berjalan masuk mendekati katil.

Violet perhati langkah Natalia sebelum teringat akan bungkusan yang diterima untuk Natalia.

"Ada bungkusan untuk kau...atas meja kau tu." maklum Violet.

Natalia memandang Violet dengan renungan letih lalu menggerakkan kepala ke arah meja belajarnya. Dimana sebuah sampul coklat terletak. Dia tu baru sahaja pulang dari kelas baletnya. Uji bakatnya telah gagal. Mereka pilih orang lain bukan dirinya. Bukan itu saja, hari ini hari lahirnya tetapi tiada sesiapa yang mengucap selamat ulang tahun kelahiran padanya. Biasanya kalau ada Damia dan Katrina pasti dua orang itu orang pertama yang akan mengucapkannya. Tapi sekarang tidak lagi, dia sendirian.

"Siapa yang bagi?"tanya Natalia sambil membuka sampul surat itu sebelum duduk di kerusi.

"Tak tahu...benda tu ditinggalkan dekat depan pintu macam tu jer..."jawab Violet sambil membaca kertas siasatan di pehanya.

Natalia mengeluarkan beberapa helai kertas dan juga gambar dari sampul itu sebelum sebiji thumdrive keluar dari situ sewaktu dia tarik sampul coklat itu saat mahu mengeluarkan kertas di situ. Pelik dengan kertas-kertas di situ, Natalia membaca semua yang ada di situ dengan kening berkerut.

Kertas itu adalah bahan bukti perniagaan haram yang dijalankan oleh syarikat ayah Natalia. Syarikat rahsia yang dibina untuk songlap duit dan elak cukai. Dengan wajah cuak Natalia baca helaian lain.

Semua itu adalah jumlah wang yang dimasukkan ke dalam nama-nama akaun yang tidak asing buat Natalia. Paling mengejutkan Natalia adalah maklumat tentang rancangan Dylan yang mahu menggulingkan semua ahli kongsi yang lain terutama sekali ayahnya sendiri.

Dylan merancang mahu menipu ayah Natalia dengan memalsukan dokumen perjanjian yang disangka hanya pemberian syer, tapi sebenarnya adalah dokumen pemindahan hak milik saham dan propetiti syarikat yang sah. Natalia cuba cari nama pengirim di situ, tapi apa yang tertulis ialah

'Anoynomus, p.s Hadiah hari lahir. Happy Birthday to you'

Natalia bangun dari kerusi lalu pergi ke arah katil dimana begnya berada. Telefon dalam poket kanan beg di capai lantas dia menghantar pesanan pada Dylan yang dia mahu bercakap dengan lelaki itu di luar. Beberapa minit kemudian. Dylan membalas mesej itu dengan berkata okay.

Telefon bimbit dicampak ke atas katil oleh Natalia semasa gadis itu bergegas ke almari pakaian. Gadis itu kemudiannya bergegas masuk ke bilik air untuk mandi dan bersiap.

Violet yang menjadi pemerhati sejak tadi memandang sampul coklat yang berada di atas meja. Dokumen yang dihantar oleh Violet sendiri selepas dia siasat perbualan Dylan dengan pengintip yang ekori dia dua minggu lepas. Dalam chat yang dia baca Dylan merancang mahu menggelapkan semua harta ayah Natalia.

Jadi disebabkan dia sedia maklum akan perasaan Natalia terhadap Dylan, Violet merancang untuk musnahkan perasaan suka tu seperti mana Natalia telah lakukan terhadap MJ semasa MJ sukakan Dylan. Kalau bukan kerana Natalia yang menghasut Dylan, lelaki itu pasti percaya kata-kata MJ yang MJ hamilkan anak lelaki itu. Semua itu tertulis di dalam jurnal merah MJ sendiri.

Violet memalingkan pandangan keluar jendela. Melihat langit ungu keorenan dimana beberapa ekor burung masih berterbangan di udara. Melayah-layah di udara cuba mencari makanan.

Seronoknya jadi burung, boleh terbang ikut suka, tiada masalah, dan tak perlu hadap pelbagai ragam manusia yang suka memusnahkan kaum sendiri.

Tiba-tiba Natalia keluar dari bilik air dah bersiap mengenakan pakaian untuk keluar.
Natalia hanya ringkas mengenakan skinny hitam, t-shirt round neck purple dan jaket kulit hitam di luarnya. Rambut panjangnya dibiarkan lepas. Wajah pula tidak bersolek. Dia capai dokumen tadi lalu disumbat ke dalam beg tangan, telefon bimbit dan kasut sneaker sebelum berlalu keluar dari bilik itu tanpa mengerling ke arah Violet.

Violet memandang pintu bilik itu tertutup dengan kuat. Termenung dia seketika ke arah pintu itu sebelum memandang ke arah dua katil yang sudah pun kosong tanpa lapik mahupun barang hiasan.

Violet memeluk kedua-dua kaki rapat ke dada sambil melempar pandangan ke arah matahari yang mahu terbenam.

Sejak apa yang menimpa pada Katrina dan Damia, katil itu dibiarkan putih tidak berlapik. Yang tinggal hanya katil Natalia dan Violet sahaja dalam bilik itu.

Dan Violet yakin, selepas ini satu dari dua katil itu akan kosong. Dia tidak pasti bila, tapi masa itu akan tiba. Masa dimana semua orang yang menyakiti MJ menerima karma masing-masing. Kerana apa?

Revenge is sweet!


Sekiranya hukuman itu tidak datang pada mereka, maka dia yang akan jadi hukuman itu dan menghantui mereka. Hantui mereka sama seperti apa yang mereka telah lakukan sehingga mereka berputus asa untuk meneruskan hidup lagi.

4. Violet EllianaWhere stories live. Discover now