40.

2.2K 177 0
                                    

Pejam celik sahaja minggu peperiksaan berlalu di balik kesibukan dan isu yang timbul di akademi tersebut. Pelajar-pelajar akademi di situ yang tidak terjejas dengan semua kejadian yang berlaku sejak ke belakangan itu berusaha untuk kekalkan reputasi dan gred masing-masing sepanjang minggu peperiksaan itu.

Maka setelah menunggu selama beberapa hari untuk mendapat keputusan penuh, pelajar-pelajar berdiri di depan skrin papan kenyataan. Skrin yang terletak di dinding lobi utama kampus. Skrin itu berfungsi untuk memaparkan jadual program, majlis atau sebarang makluman yang penting untuk buat pelajar.

Dan seperti biasa semua mula berkumpul di situ untuk melihat nombor ID pelajar masing-masing yang ada di skrin bagi memperoleh keputusan peperiksaan mereka. Ramai disitu yang pandai jadi ada yang hafal nombor ID pelajar orang lain. Jadi mereka ambil kesempatan untuk melihatnya sekali gus.

Di Akademi Damonion, gred pelajar ditentukan berdasarkan total penuh markah dan gred PNGK pelajar. Bukan berdasarkan semester atau tahun. Siapa paling pandai dia berada di kemuncak teratas. Jadi perhatian mereka di situ semua terarah pada nombor 1 dan 2 yang ada di antara senarai 500 ratus orang pelajar akademi di situ.

Biasanya nombor 1 di galas oleh Dylan sendiri berdasarkan nombor ID pelajar lelaki itu yang sudah dihafal oleh semua orang dalam akademi tersebut. Namun apabila mereka lihat ke carta ID pelajar di tangga nombor 1, ID pelajar itu telah berubah.

"Siapa punya tu?"

"Mana Dylan punya?"

"Nombor 2 tu kenapa bukan Damia?"

"Ehh...siapa dua orang yang dah ubah kedudukan carta tu?"

"Rasanya budak baru masuklah..tengok hujung digit ni...dua-dua berusia 19 tahun.."

Ketika semua sedang kalut mencari ID pelajar popular dan berpengaruh akademi, Violet berdiri tegak memandang senarai 16 orang pelajar yang sudah di garis merahkan kerana tidak hadir sewaktu peperiksaan. 16 orang pelajar yang telah tersingkir dari akademi ini kerana insiden yang menimpa mereka.

"Eh..inikan ID Dylan?"tunjuk seorang pelajar lelaki di skrin dimana carta nombor 25 berada.
"Aku jumpa Damia dengan Natalia punya." tunjuk pelajar perempuan yang berada di sebelah kanan skrin dimana carta 118 dan 132 berada.

"Wow...teruknya peratus dia...apa yang dah berlaku?Bukan ke dia orang ni pelajar cemerlang akademi ni?Kenapa boleh jatuh teruk macam ni sekali..."

Semua di situ saling berbicara mempersoalkan ketidakpercayaan mereka terhadap keputusan peperiksa tersebut. Ramai-ramai di situ hanya beberapa orang sahaja tidak menunjukkan sebarang reaksi. Malah hanya bersahaja lihat tidak berminat ke skrin tersebut.

Secara tiba-tiba kedengaran bunyi sesuatu jatuh dan benda patah yang sangat kuat bergema di lantai lobi tersebut. Membuatkan semua orang di situ tersentak lalu mencari punca bunyi tersebut. Pelajar perempuan yang berdiri di belakang kerumunan itu toleh ke belakang sebelum menjerit sekuat hati dan terduduk di atas lantai.

"Arghhhhh!!!!!!"teriak pelajar perempuan itu dengan kengerian. Pucat lesi wajah itu.

Semua orang memandang ke arah belakang dan turut memberi reaksi yang sama seperti pelajar yang ada di situ. Ada yang menahan nafas terkejut, ada yang menekup mulut menahan diri dari menjerit, ada juga yang menjerit sebab tergamam yang amat.

Di situ, ditengah-tengah lantai lobi, terbaringnya Damia yang masih mengenakan pijama tidur di badan. Terbaring dengan mata terbuka tidak bernyawa. Darah mengalir keluar dari lubang telinga, mulut, hidung dan mata yang berlingkaran hitam tersebut. Perlahan-lahan kolam darah merah crimson mula mengelilingi tempat perbaringan gadis tersebut.

"Call ambulans!"teriak suara pensyarah dari arah tepi mereka.

Pelajar-pelajar di situ memandang ke arah beberapa orang pensyarah yang berlari mengelilingi jasad Damia yang sudah tidak bernyawa itu.

Pensyarah itu dongak memandang ke tingkat atas dengan kening berkerut sebelum mengapai tangan ke udara.

Hairan dengan tindakan pensyarah tersebut, semua yang ada di situ ikut dongak memandang ke atas. Kening mereka berkerut taktala melihat sehelai kain berterbangan turun dari atas menuju ke arah pensyarah tersebut. Kepala mereka mengikut pergerakan kain putih seperti sapu tangan itu sehingga ia jatuh di dalam tangan pensyarah tadi.

Pensyarah itu memeriksa sapu tangan yang sudah dicoret dengan darah pada permukaannya. Di atas kain itu tertulis.’

"Saya tidak mahu hidup lagi. Ini adalah bayaran untuk segala perbuatan saya.Saya tak gila..tapi dunia ni buat saya gila" baca pensyarah itu dengan kuat untuk didengari semua orang di situ.

"Did she just kill her self?"soal pelajar di situ dengan wajah terkejut.

"Ke-kenapa aku rasa macam pernah alami perkara yang sama?"

Violet yang tersembunyi di celah kumpulan pelajar itu tunduk memandang Damia.

Mata Damia yang terbuka luas itu seakan sedang memandang dia. Violet berdiri dekat situ tak berkedip. Air mukanya tiada ekspresi. Dingin tanpa emosi sewaktu  merenung mata tidak bernyawa Damia.

Kosong dan tidak bernyawa.

Macam hatinya sekarang.

"Apa nak jadi dengan akademi ni?tak satu-satu pelajar dia orang cedera dan mati?"

"Kau baru perasan hal ni?"

"Dah lama Cuma tak tahu nak cakap macam mana..."

"Mungkin Damia dia tak  dapat terima kenyataan yang keputusan pelajaran dia teruk agaknya..."

Tidak lama kemudian, suara esak tanggis mulai kedengaran. Mungkin rakan sekelas Damia yang rapat dengan gadis itu.

"Cukup. Semua orang pergi ke kelas masing-masing. Duduk di situ sehingga arahan selanjutnya diberikan. Dalam masa itu kamu semua di larang sama sekali berlegar sana
sini." laung pensyarah wanita yang ada di situ.

Tanpa berlengah mereka semua mula melangkah pergi dari situ. Tidak mahu lama-lama melihat jasad orang yang mati dengan penuh ngeri itu. takut kalau ia menjadi mimpi ngeri mereka.

Sambil jalan menuju ke koridor masing-masing, suara bisikan jelas kedengaran di antara pelajar-pelajar di situ.

Dicelah antara pelajar-pelajar di situ, Ezra sedang jalan seiring di sebelah Violet, gadis berkaca mata bulat dengan air muka ais batunya.

Sekejap-sekejap tangan dia yang lengan kemejanya di lipat sampai ke siku berlaga dengan lengan Violet yang berkemeja lengan pendek. Namun dia sikit pun tidak terkutik dari perbualannya dengan rakan di sebelah.

Sementara Violet pula langsung tidak perasan akan hal itu sebab sedang termenung jauh. Disebabkan Violet tidak perasan akan tangan yang asyik berselisih dengan kulitnya, tangan berjam tangan  hitam itu memegang jari kelingking Violet secara sembunyi.

Violet toleh ke kirinya dan dongak memandang ke tepi wajah Ezra. Disebabkan mereka rahsiakan hubungan mereka, Ezra kerap kali beri skinship padanya secara rahsia.

Sebabnya?

Tak nak tarik perhatian. Eloknya diamkan sahaja. Lebih selamat dengan begitu.

4. Violet EllianaWhere stories live. Discover now