17.

2.3K 195 3
                                    

Seminggu kemudian...

Buah epal hijau ditangan digigit dengan rakus sehingga mengeluarkan bunyi rangup seperti keropok di perpustakaan tersebut. Namun begitu yang memakannya sepertinya tidak peduli kerana asyik memeriksa nama buku di tulang buku yang tersusun kemas dalam rak.

Krak!

Violet menggigit besar epal hijaunya sehingga keningnya berkerut dek kemasaman buah tersebut sambil sebelah tangan memusing depan belakang kulit buku membaca sipnopsis dan tajuk buku.

Pada masa itulah, dengan senyap seseorang muncul dan bersuara.

"Awak tahu...ada papan tanda mengatakan dilarang makan dalam perpustakaan."tegur satu suara dari arah kanan rak.

Violet melompat terkejut dengan teguran itu sampai dia tercekik sisa epal dalam tekaknya. Terbatuk-batuk, dia memukul dada kerana senak. Keningnya berkerut menahan sakit.

"Buhukk....uhukk!"batuk Violet setelah sisa epal itu berjaya di telan turun ke kerongkong. Dengan air mata bergenangan di kelopak mata dia memberi renungan‘'what the hell' pada lelaki lampai di depannya.

"What the hell! Awak nak bunuh saya ke?"desis Violet dengan berang bersama linangan air mata turun ke pipi.

Lelaki itu mengangkat tangan menyerah diri.

"Bukan itu niat saya.."

Violet menyeka air mata dari pipinya dengan kening berkerut. Dia mengurut tekaknya. Buku yang dipegang tadi sudah terlepas jatuh ke lantai sewaktu sibuk menepuk dada.

Dah siapa pulak ni!

"Siapa awak?Nak apa dari saya?"soal Violet dengan kening berkerut tak selesa dengan kehadiran lelaki misteri di depannya.

"Ini ke sikap sebenar awak?"soal lelaki itu dengan nada bersahaja.

Violet yang sedang tunduk mengutip buku itu kaku seketika. Tersentak seperti baru di simbah ais. Buku di lantai itu di kutip lalu dia berdiri tegak menghadap lelaki lampai itu semula.

"Apa awak cuba katakan ni. Saya tak faham." soalnya dengan kening berkerut.

Lelaki itu berdengus kecil. Dia melirik Violet dari atas ke bawah lantas tersenyum. Untuk seorang yang berwajah polos dan naif macam gadis depan dia ini boleh tahan jugak!

"Kenalkan, saya Ezra Noah"aju lelaki berambut hitam berkilat sikat tepi pacak tengah itu pada Violet.

Violet perhati wajah lelaki tersebut dengan curiga sambil menghulur tangan.

"Sa-"sebut Violet yang terhenti terus.

"....Violet Elliana...saya tahu.." sampuk”Ezra sambil mencengkam kemas tangan Violet sewaktu matanya terarah pada wajah Violet.

Violet cuba menarik tangannya dari tangan Ezra, tetapi tindakannya itu hanya membuatkan dirinya ditarik ke depan lalu berlanggar dengan dada tu.

Kemudiannya, Ezra menolak badan Violet bersandar pada rak buku di situ lalu memagari gadis itu kanan dan kiri. Mata Violet terkebil-kebil bingung tidak faham apa yang berlaku.

"Apa yang awak buat ni...jauhkan diri awak dari saya!"Violet menolak dada lelaki pelik depannya sekuat hati. Tetapi usahanya hanya membuatkan lelaki itu menarik senyuman sinis mengejek.

"No need to scare princess..."”ucap Ezra dengan perlahan sambil menyelak anak rambut Violet ke belakang telinga. Membuatkan Violet diam di situ memandang matanya.

Violet menelan air liur bila matanya terarah pada bibir lelaki itu.

"Sa-saya kenal awak ke?"soal Violet dengan gemuruh.

"Tak...tapi saya kenal siapa awak..."senyum Ezra dengan mesra.

Violet cuba tenggelamkan kepalanya ke dalam lagi supaya jarak mereka jauh, tapi usahanya tiada guna sebab belakangnya rak, bukannya tilam atau gula-gula kapas.  Malah lelaki pervert ni makin rapat ada lah.

"Okay...tapi boleh awak jauh sikit dari saya?"

Ezra ketawa kecil melihat reaksi Violet. “

"Saya jauhkan diri tapi awak janji jangan lari." minta Ezra.

Violet mengangguk kepala.

Ezra mula menjauhkan dirinya dari Violet lalu bersandar di rak belakangnya menghadap Violet. Tangannya di seluk ke dalam poket seluarnya. “

"Beritahu saya...adakah benar apa yang menimpa pada Mason dan Katrina?"

Violet memandang wajah Ezra dengan renungan bersalah. Ya. Pagi Ahad tu masa dia sedar, melihat keadaan Katrina dan Mason begitu benar-benar mengejutkan dia. Selepas ambulans datang dan membawa dua pasangan itu keluar dari hotel bersama dengannya. Dia dapat tahu bahawa Mason mengalami kecederaan teruk sehingga lelaki itu di sahkan mati otak.

Sementara Katrina setelah diperiksa doktor, Violet dimaklumkan rakannya itu telah dirogol. Katrina langsung tak nak berjumpa dengannya dan hanya mendiamkan diri sepanjang masa dia ada di situ. Violet cuba tanya apa yang berlaku, Katrina langsung tak nak beritahu apa-apa.

"Apa yang awak dengar?"soal Violet pada Ezra. Dua hari selepas kejadian tu, berita tersebar luas di seluruh akademi mengenai apa yang menimpa Mason dan Katrina. Gempar akademi dengan berita itu. Disebabkan kejadian itu berlaku di luar dan di waktu curfew, jadi akademi sama sekali tidak disalahkan dalam hal itu.

"Semuanya..."jawab Ezra sambil melentokkan sedikit kepala untuk meneliti wajah Violet.

Violet menatap wajah Ezra tanpa berkelip sebelum difikirannya terlintas sesuatu.

"Awak yang dekat jendela hari tu kan?"soal Violet yang teringat akan hari dimana dia berada di laman berumput dan melihat seseorang dari tingkat atas sedang memandangnya.

Kening Ezra terangkat tinggi sebab terkejut. Dia tak sangka Violet boleh nampak dia dengan  mata yang mengenakan cermin mata harry potter itu.

"Wow...berapa power cermin mata awak tu..sampai boleh nampak saya sejauh tu?"seloroh Ezra.

Kening Violet berkerut mendengar komen itu. Memanglah dia pakai cermin mata tak bermakna dia buta. Apa masalah lelaki ni?Dah lah datang serang orang macam tu. Kemudian sibuk tanya masalah orang lain.

"Bukan urusan awak..."Violet berpaling ke arah bertentangan. Macam tiada gunanya dia bercakap dengan lelaki pelik tu. Siapa lelaki tu tiba-tiba nak dekati dia! Tiada siapa boleh dekati dia selain dia yang dekati mereka dahulu.

"Play save Violet...you mess with someone that out of you league..."pesan Ezra tanpa beralih dari kedudukan sandarnya di rak.

Violet berhenti berjalan, dia berpaling semula ke belakang untuk memandang lelaki lampai itu. Tanpa membalas kata-kata Ezra, Violet melangkah pergi dari situ dengan wajah bercemberut.

Ezra tunduk memandang ke lantai. Melepaskan dengusan kecil sambil tersenyum sinis lalu menggaru belakang kepalanya. Tidak faham kenapa dia kena buat macam tu sekali. Tanya sudahlah kenapa perlu pegang bagai!

4. Violet EllianaWhere stories live. Discover now