Lisa dan Rose merupakan kawan baik sejak dari bangku sekolah lagi. Mereka ibarat pasangan kembar yang mirip hampir segala aspek, terutama sikap dan perangai mahupun minat. Namun setelah tamat SPM, mereka berdua membawa haluan masing-masing dimana Lisa melanjutkan pengajian di Universiti terkemuka di Kuala Lumpur, manakala Rose hanya sekadar duduk di kampung mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakannya. Ya, Lisa merupakan seorang yang bijak pandai dan mendapat keputusan yang cemerlang hanyalah mudah baginya. Tetapi lain pula dengan Rose kerana dia lemah dalam pelajaran dan keputusan SPMnya hanya cukup makan.
Kini setelah lebih dua tahun tiada khabar berita, Lisa menghubungi Rose. Dia ajak berjumpa. Rindu katanya. Rose tentunya teruja kerana dia juga rindu dengan 'kembar'nya itu. Sudah bertahun dia terperuk di Membakut, Sabah tempat kelahiran mereka berdua. Disitulah dia mencari rezeki dan meneruskan kelangsungan hidup.
"Eeee tak sabarnya!"
"Tak sabar apa?" tanya Jennie pelik.
"Esok kawan baik aku balik ke sini. Dah lama kitorang tak jumpa. Aku rindu gila kat dia!"
"Oh Lisa ke? Yang kau selalu cerita tu.."
"A ah. Makin cantik dia. Aku ada tengok instagram dia. Dah macam artis kpop. Jelesnya.."
"Alaa nak jeles apa? Kau pun cantik apa. Lagipun dia tu make up je lebih aku tengok."
"Oi mulut tu jaga sikit. Berani kau kutuk kawan baik aku depan-depan. Sekeh kang." Marah Rose.
"Yelaa..sorry cik Rose."
Rose memang pantang kalau ada orang cuba memburukkan kawan baiknya. Dia memang seorang yang setiakawan dan amanah dalam persahabatan.
"Lisa tu kerja apa?" tanya Jennie cuba memujuk hati Rose.
"Dia student. Tahun depan kot dia tamat belajar. Dia ambil course Accounting."
"Perghh hebat juga dia eh. Budak pandai.."
"Yela..kalau nak dibandingkan dengan kerani macam aku ni, ibarat langit dengan bumi."
"Lain orang lain rezeki. Kau takyah la nak sedih sangat. Dah la, aku nak sambung kerja."
Jennie sudahpun balik ke mejanya. Manakala Rose masih menerawang fikirannya mengenangkan nasib dirinya yang tidak sebaik Lisa. Layakkah dia berkawan dengan Lisa? Namun pertanyaan itu segera dibuang jauh.
Petang itu Rose singgah di pasaraya untuk membeli barang dapur. Dia turut mencari bahan-bahan untuk dimasak. Sampai sahaja di rumah, Rose segera mandi dan bersolat. Usai solat, dia memasak makan malam untuk dirinya. Rumah sewa dua bilik itu hanya didiami oleh dia seorang. Walaupun dia hanya bekerja sebagai kerani, tetapi cukup untuk dia membayar duit sewa dan kereta.
'TING!' mesej whatsap diterima.
Lisa: Hi Rose! Tak sabar nak jumpa kau esok. Jangan lupa bagi alamat rumah kau kat aku. Nanti sesat pula. :P Good night :*
Rose tersenyum. Dia gembira kerana mereka masih mesra seperti dulu. Walaupun sudah jarang berhubung, namun ikatan persahabatan yang sudah bertahun terjalin takkan mudah terputus.
Rose: Alright! Jumpa esok! Rindu kat kau tau! Nite nite! :*
Malam itu Rose tidur dengan lena sekali.
***
"Selamat pagi!"
"Selamat pagi. Amboi semangatnya pagi ni. Seronok la tu nak jumpa member lama." Seloroh Jennie.
"Uish yeke? Untunglah..." Taeyung pula menyampuk.
"Of course laaa.." Rose tersenyum lebar. Tidak dapat menahan rasa terujanya.
YOU ARE READING
JANJI TERIKAT MATI
HorrorLisa dan Rose merupakan sahabat baik yang sangat akrab. Dari bangku sekolah lagi mereka suka berkongsi hampir segalanya. Mereka juga ibarat kembar, mempunyai minat dan perangai yang sama. "Ingat tak janji kita dulu?" tanya Lisa perlahan. "Mestilah a...